Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak sedar akan kepentingan pemakanan anak yang sihat, ramai ibu bapa telah mengabaikan pemakanan anak secara tidak sengaja. Apa kita bagi, anak makan begitu sahaja. Apa ada dirumah, itulah yang anak makan! Oleh itu, siapa sebenarnya yang beri makan kepada anak dan apakah khasiat makanan tersebut?
Percaya atau tidak, masalah pemakanan anak yang tidak sihat sangat banyak di Malaysia. Mengikut kajian dan fakta dari sumber Sinar Harian, didapati bahawa anak-anak membesar mengalami masalah pertumbuhan dan masalah kesihatan yang serius. Jom lihat antara kajian terhadap masalah anak alami beserta dengan statistik.
![]() |
Gambar hiasan: Akibat makan gula-gula selalu, habis gigi anak rosak |
Kajian / Fakta tentang Anak Terbantut, Tidak Sihat dan Masalah Kurang Berat Badan
- Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa 17.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut.
- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) tahun lalu pula melaporkan kes kalangan kanak-kanak miskin bandar iaitu seramai 23 peratus golongan itu mengalami masalah tumbesaran terbantut. Manakala 15 peratus pula berdepan masalah kurang berat badan.
- Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) pula menyebut, kadar kanak-kanak yang tumbesarannya terbantut meningkat daripada 17 peratus pada 2006 kepada 20.7 peratus pada tahun 2016 iaitu kira-kira dua daripada 10 kanak-kanak. Selain itu, bagi tempoh sama, kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan juga meningkat daripada 12.9 peratus kepada 13.7 peratus.
- Berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), satu daripada tiga keluarga Malaysia kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium.
Masalah Utama Ibu Bapa Adalah Pemakanan Anak
Apabila berlakunya masalah kesihatan yang serius seperti kurang berat badan, tumbesaran anak terbantut, mempunyai penyakit sejak dari kecil dan banyak lagi di sebabkan kurangnya zat dalam tubuh badan, penting untuk ibu bapa reset minda semula. Fikirkan apakah penyelesaian terbaik untuk anak-anak.
Masalah utama ibu bapa yang sebenarnya di sini adalah dari segi pemakanan anak. Mungkin kita kurang sedar khasiat makanan yang kita beri atau mungkin kita salah bagi makanan. Kenapa makanan? Ia adalah salah satu faktor yang dapat menyihatkan anak-anak. Dan pemakanan ini perlulah di amalkan sejak dari kecil lagi.
6 Cara Atasi Masalah Pemakanan Anak Yang Tidak Sihat
- Kurangkan makanan ringan yang bahaya seperti keropok yang mempunyai pewarna, pengawet dan sebagainya.
- Jaga pemakanan anak seperti beri makan pada waktu yang sepatutnya, tepat dan dalam kuantiti terbaik untuk mereka.
- Tukar pemakanan yang kurang zat kepada jenis makanan yang berkhasiat, makanan sihat dan juga makanan sunnah
- Jadikan amalan makan makanan sihat dan sunnah ini sebagai satu rutin dalam kehidupan harian anda sekeluarga. Jangan tunggu sudah sakit baru nak jaga makan, sebaliknya mula dari sekarang. Bukan orang sakit atau anak sahaja amalkan, tetapi seluruh isi keluarga perlu amalkan juga.
- Buat kotak makanan sihat di rumah di depan TV. Tiap kali nak berkudap-kudap, anak dan ahli keluarga lain boleh makan makanan yang terkandung dalam bekas makanan tersebut.
- Saranan makanan sihat yang perlu ada dalam setiap rumah adalah seperti buah kurma Ajwa Rihura (segar dan original ditanam di Madinah), buah aprikot kering, kismis sultana, mix fruits, mix fruits nut (buah kering seperti kiwi, mangga dan lain-lain lagi.
Makanan Sihat Sesuai Untuk Anak
Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura | Kurma Ajwa Madinah Original
Khasiat Kurma Ajwa Madinah Original Dari Rihura
- Meningkatkan tenaga tubuh badan sepanjang hari (sama ada bekerja atau duduk rumah), tubuh akan lebih cergas dan mudah untuk lakukan urusan setiap hari.
- Sesuai untuk ibu hamil, ibu mengandung, ibu menyusu, anak-anak kecil, golongan tua serta seisi keluarga.
- Sesuai juga untuk suami isteri yang ikhtiar hamil kerana kurma ajwa dapat meningkatkan kualiti sperma kaum lelaki.
- Dapat meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu menyusu
- Menguatkan rambut, tulang, kuku, gigi dan melebatkan rambut anak
- Meransang pertumbuhan minda dan otak anak
- Anak lebih cergas, cerdas dan bijak
- Menghalang racun dalam tubuh badan
- Membantu untuk rawatan ikhtiar bagi sakit santau, sihir, penyakit misteri dan terkena buatan orang
- Melancarkan sistem pembuangan dan pencernaan
- Dapat menguatkan antibodi / Memenuhi nutrisi yang tubuh perlukan
- Meningkatkan stamina bagi kaum ibu bersalin, memudahkan proses bersalin, menguatkan urat rahim
- Mengawal makan bagi mereka yang ingin diet dan kawal makan
- Sesuai untuk pesakit yang kurang selesa makan, dapat alas perut dan dapat tingkatkan selera makan dewasa dan anak-anak kecil
- Mengatasi masalah sembelit dalam kalangan anak-anak dan dewasa
6 Ulasan
Junk food mmg try sgt nak elak.
Selalu bg anak anak makan buah ganti junk food.
Tapi dah start sekolah rendah, dah pandai juga request nak makan aiskrim and keropok.