Tahukah anda apa itu pengiklanan evergreen di internet?
Mesti ramai yang terbayangkan laman sesawang (website) Mudah.my kan?
Betul, tetapi iklan yang anda lihat di laman sesawang (website) tersebut adalah
salah satu contoh cara pengiklanan di internet.
Saya akan terangkan apa itu maksud pengiklanan evergreen di internet
serta jenis-jenis pengiklanan di internet.
Pengiklanan evergreen adalah sesuatu yang bukan trending.
Ia adalah pengiklanan yang berpanjangan dan long term marketing.
Mudah.my merupakan salah satu laman sesawang (website) yang memaparkan
iklan-iklan yang didaftarkan oleh pengguna di Malaysia dalam mengiklankan produk
mereka secara percuma ataupun berbayar.
Jenis pengiklanan evergreen adalah website itu sendiri atau platform tersebut.
Pengiklanan evergreen di internet bermaksud memaparkan ataupun memasarkan
segala jenis pemasaran produk tidak kiralah apa jua barangan ataupun produk
seperti jamu kecantikan, makanan ringan, pakaian, serta banyak lagi barangan
secara talian terbuka ataupun disebut online dalam masyarakat kita pada hari ini
melalui search engine dengan secara percuma ataupun berbayar.
Biasanya bayaran yang dikenakan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu oleh
pihak-pihak tertentu dalam menguruskan urusan pengiklanan tersebut.
Iklan di internet juga biasanya digambarkan sebagai kegiatan memasang iklan
untuk menawarkan produk secara di alam maya selepas modul pemasaran melalui
akhbar, majalah, flyer dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memudahkan penjual
mempercepatkan proses penjualan, menjimatkan kos serta tidak memerlukan waktu
yang lama untuk memaparkan iklan.
Antara Jenis-Jenis Medium Pengiklanan Evergreen Di Internet:
1. Direct Advertising
Direct Advertising adalah dimana pemasang iklan dan pemilik media berhubungan
secara langsung dan menandatangani kontrak untuk menampilkan iklan atau inisiatif
promosi lainnya.
Wah macam menarik bukan? Akan tetapi sistem pengiklanan secara ini mempunyai
kelebihan serta kekurangannya. Apa kelebihan dan kekurangannya?
Kelebihan dalam direct advertising adalah prosesnya amat cepat dan memerlukan
tajuk produk iklan, detail produk secara ringkas dan gambar produk tersebut..
“ibarat korang tengok series “The Flash” kat television tu… zuppp.. Pantas dalam masa beberapa minit je iklan dah siap dipaparkan”
Akan tetapi kekurangannya adalah kos biaya berdasarkan saiz gambar yang akan
diiklankan sesuai dengan kontrak harga yang ditetapkan si pemasang iklan tersebut.
Biasanya semakin mahal harga kontrak yang diberikan, semakin tinggilah iklan
tersebut untuk dipaparkan berbanding iklan pengguna-penguna yang lain.
Contoh Direct Advertising yang dikeluarkan oleh laman sesawang (website) adalah yang
berkaitan produk pakaian sukan.
Ad Networks adalah dimana iklan tersebut diletakkan dalam sebuah jaringan iklan yang dimana menghubungkan antara pemasang iklan dengan pemilik laman web tersebut.
Jaringan iklan seperti ini biasanya mahu mendapatkan sebanyak mungkin orang yang melihat iklan dengan kos yang lebih kecil tetapi tidak mempunyai target pengunjung yang khusus.
Kelebihan kos pemasangan iklan jenis ini adalah sangat rendah biasanya.
Lumayan.
Tapi kena ingat... kekurangan dalam pengiklanan jenis ini adalah sekiranya terlalu
banyak iklan lain yang turut dipaparkan memberi saingan serta sekiranya tidak
banyak pengunjung yang mengunjungi laman sesawang (website) tersebut.
Contoh salah satu laman web yang menawarkan Ad Networks di Malaysia.
Pengiklanan jenis ini adalah dimana iklan yang berfungsi sebagai tweet dari pemasang iklan
yang menggunakan keyword yang dikhaskan kepada pengguna yang membaca kandungan
yang bersesuaian dengan keyword yang diinginkan. Antara biasa yang di“keyword”kan adalah
nama produk, sample produk, dan banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu iklan
yang ingin dipaparkan oleh pengiklan kepada pemasang iklan tersebut.
Kelebihannya adalah iklan jenis ini biasanya memperolehi pengunjung tweeter yang amat
banyak serta twitter merupakan media sosial yang biasanya digunakan semua orang. Wah…
makin ramai yang taip keyword tu… makin ramai lah ye yang akan lihat produk kita? Tetapi
kekurangannya dimana setiap tweets awal yang muncul, tweets yang lama yang dimasukkan
oleh pemasang iklan ini akan bergeser turun kebawah, serta karakter aksaranya sahaja
hanya 140 patah perkataan. Makin unik “keyword” iklan korang tu.. makin lama la tweets
korang tu akan muncul diatas..
Contoh twitter advertising
Salah satu pengiklanan evergreen di internet juga adalah social advertising.
Social media advertising amat popular dalam kalangan masyarakat kita.
Betul tak? Sekarang mesti terbayang iklan-iklan yang korang share kat media sosial
korang tu kan? Untuk pengetahuan anda, format dan jenis iklan evergreen ini adalah
untuk memanfaatkan viral marketing, pengaruh sosial serta banyak lagi.
Kelebihannya adalah ia tidak memerlukan kos yang banyak dan hanya memerlukan
perkongsian dari pengguna internet yang lain. Kekurangannya adalah korang
memerlukan akaun media sosial bagi memudahkan proses promosi iklan anda.
Ia juga melibatkan kos yang besar sekiranya anda ingin menjalankan iklan melalui
facebook ads dan sebagainya.
Contoh Social Advertising melalui laman media sosial.
Sekarang, anda dah jelas antara jenis-Jenis Pengiklanan Evergreen Di Internet?
Kesimpulannya, walau apa pun jenis pengiklanan evergreen yang anda buat,
anda perlu fahami bahawa setiap salah satunyapasti ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Jadi..
Buatlah perancangan dengan sebaik-baiknya untuk memulakan perniagaan di
internet.
Bagi medium pengiklanan seperti tiktok, instagram dan lain-lain social media, itu lebih kepada pengiklanan jenis trend. Bukan evergreen.
Jelas?
Anda nak dapatkan khidmat SEO marketing?
Nak bisnes anda dilihat oleh jutaan pelanggan di internet?
Bisnes dijumpai seumur hidup di Google dan mendapat prospek berkualiti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan