Adakah Terlambat Mulakan Bisnes? Pada Usia 30 - 50an.

Ramai rasa takut nak buat bisnes sebab salah satunya mereka fikir usia dah makin bertambah, macam terlambat je nak mulakan bisnes.

Jika anda usia 30-an, 40-an atau 50-an sekalipun, sebenarnya tidak terlambat. Sebab dalam bisnes, yang menentukan kejayaan itu bukanlah siapa lama atau baru berbisnes. Tetapi ia adalah siapa dalam dunia bisnes yang laju dan cepat buat perubahan.



1. Siapa Cepat Buat Perubahan Bisnes Yang Akan Menang


Dunia bisnes ini ada turun naik, ada trend, ada cabaran yang mendatang setiap hari, bulan dan tiap-tiap tahun. Tak pernah lagi bila tahun meningkat, bisnes makin mudah. Tetapi ia lebih mencabar sebab setiap hari akan wujudnya bisnes-bisnes baru. Jelas?

Jadi, setiap hari akan wujud pesaing bisnes kita. Orang lama sekalipun berniaga tetapi masih tak buat marketing atau tak buat orang kenal jenama mereka, tetap akan tenggelam. Walaupun artis sekalipun jika tak buat marketing, orang tetap tak membeli.

Jadi, ia bukan tentang terlambat mula bisnes. Tidak sama sekali. Cuma, kalau nak bisnes, terus buat. Tak perlu lewat-lewatkan.


2. Tak Perlu Sempurna, Baru Nak Mula


Dalam bisnes, tak perlu tunggu ada kesempurnaan baru nak mula, sebaliknya, Mula dahulu, sikit-sikit buat sampailah tahap yang lebih sempurna.

Jangan bertangguh. Tangguh kerja, tangguh tindakan untuk capai impian akan merugikan diri kita sendiri. Sampai bila nak berjaya kalau sekarang pun kita masih tak usaha untuk capai impian atau big why kita.

Cuba bayangkan, kita nak capai sesuatu lagi 2 tahun atau tempoh 5 tahun, tapi dari sekarang pun kita belum buat apa-apa tindakan. Maka, tiada momentum dan belum tentu kita akan agresif. Jadi, apa hasilnya?

Mudah tak kita nak capai? Macam mustahil.


3. Perancangan Dan Tindakan Awal


Ada orang masa zaman belajar dulu, suka belajar last minit. Katanya sebab lebih faham, lebih mudah dah memang macam tu sikapnya. Ada juga bagi alasan sebab dia memang malas nak study sebelum ni. 

Ya, kita mudah bagi apa-apapun alasan. Tapi adakah alasan itu mendatangkan kejayaan? Tidak. Sebaliknya yang mendatangkan kejayaan adalah perancangan dan tindakan awal yang kita buat.

4. Proses Pembelajaran Dan Perniagaan


Perniagaan itu sendiri mempunyai proses yang panjang bertahun-tahun. Hanya yang sanggup sahaja akan menjalaninya dan meraih kejayaan. Bila buat separuh jalan, dah tentu takkan berjaya.

Tapi itu tidak bermakna kita perlu push bisnes atau strategi yang merugikan kita atau menyukarkan kita. Sebab itu banyak usahawan syarikat gergasi yang berjaya dalam perniagaan atau jenama mereka itu, adalah bisnes yang entah keberapa mereka usahakan. 

Maksudnya bisnes pertama tak semua orang akan terus berjaya. Mungkin bisnes ke 2, bisnes ke 5, bisnes ke 10 yang kita buat tu yang benar-benar berjaya.

Jadi, tak salah jika kita sudah berusia tapi nak berbisnes. Kita boleh dengan syarat kita belajar ilmu bisnes dan buat tindakan, laksanakan ilmu-ilmu yang kita dah belajar.

5. Jangan Buat Seorang Diri


Jika kita ingin bisnes berjaya, jangan buat seorang diri. Buat seorang diri akan menyebabkan bisnes kita tu memang susah nak berkembang. 

Pada fasa yang tepat, kita perlu ajar orang lain pula untuk buat marketing, buat kuih, buat kek, memasak dan sebagainya, yang mana dulu kita yang buat semua benda tu. Sekarang, kita hanya perlu kembangkan bisnes. 

Biar staf atau team pula yang buat. Of course akan ambil masa juga untuk kita mula ada team atau staf, tetapi aim big. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita buat sekarang.



Fikirkan, kita pun perlu masa untuk diri, keluarga dan kesihatan kita. Jangan biar bisnes pula menguasai kita sehingga hilang nikmat ibadah, makan, kebahagiaan bersama keluarga dan sebagainya.


Mungkin kita perlu muhasabah diri semula tentang beberapa perkara seperti ini:




Catat Ulasan

0 Ulasan