RINA KIFLI

Ahad, 16 Jun 2024

Brand Story: Rina Kifli (Dulu usahawan, kini penulis usahawan)

7:50 PTG 0
Brand Story: Rina Kifli (Dulu usahawan, kini penulis usahawan)


Rina Kifli? Bukan sekadar nama orang, tetapi ia juga nama Brand. Jenama Rina Kifli ini juga ada cerita di sebaliknya. Dan daripada berjuta-juta usahawan di Malaysia, brand ini mempunyai kesinambungan dari kisah lalu seorang usahawanita Malaysia.

“Bila orang skeptikal dengan cita-cita beliau semasa berumur 18 tahun lalu, bertahun-tahun beliau bangkit buktikan beliau mampu capai apa yang beliau inginkan.”


Puan Rina Kifli tidak pernah bosan dalam merealisasikan cita-cita beliau menjadi seorang usahawan dan penulis Malaysia.

Rinakifli.com ditubuhkan oleh Puan Rina Kifli yang merupakan seorang blogger, penulis dan usahawan. Pada mulanya, beliau langsung tidak pernah terfikir untuk memberi manfaat dan membantu ramai usahawan dalam bidang penulisan copywriting dan SEO ini.


Pada tahun 2020, Puan Rina Kifli nekad berhenti kerja dari pegawai bank untuk menjadi usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan sunnah.  Bermulanya bisnes, beliau turut menguruskan seramai 40+ orang ejen. Sepanjang berniaga, beliau juga aktif dengan dunia penulisan blog sebagai medium perkongsian secara random.


Dari usia 18 tahun beliau sudah berkecimpung dalam dunia blogger, ketika itu beliau mengambil kesempatan untuk menceburkan diri berguru dengan salah seorang Pakar SEO Internet Marketer pada usia 27 tahun ketika melakukan perniagaan secara sepenuh masa.


Semasa berbisnes, 


Beliau mempunyai seorang staf copywriter, designer serta ejen-ejen yang sama-sama menjalankan perniagaan makanan sunnah tersebut. Sikap suka belajar membuatkan Puan Rina tekad berguru dengan lebih rapat lagi bersama salah seorang guru bisnes di Malaysia. 


Hampir setiap hari, pasti ada sahaja kelas online perniagaan dan penulisan yang beliau ceburi sepanjang 3 tahun tersebut. 


Ramai langsung tidak tahu bahawa dalam masa beliau mengusahakan perniagaan, beliau tak lokek berkongsi ilmu penulisan di salah satu private apps dengan menjadi seorang private tutor mengajar ilmu blog dan penulisan SEO kepada student yang terdiri dari pelajar serta usahawan.


Lebih mengejutkan, 


Beliau diam-diam rupanya adalah seorang penulis artikel SEO secara freelance di beberapa buah website dan blog yang terkemuka di Malaysia sejak 2020 lagi. Sebagai freelance writer, beliau juga adalah seorang ghostwriter yang menulis di belakang tabir dan dirahsiakan namanya untuk website penulisan niche kewangan, makanan, travel, pengurusan, pemasaran dan banyak lagi.


Selain itu, beliau juga menghasilkan content dan menguruskan content media sosial untuk pemilik bisnes restoran, kecantikan, klinik, produk kesihatan, produk rumah dan banyak lagi.


5 tahun sebagai seorang freelance writer SEO, content dan copywriter membuatkan beliau makin agresif ingin memberi manfaat kepada ramai orang. 


Dengan pengalaman berbisnes dan berguru, beliau lebih fokus untuk membantu para usahawan yang ingin menaikkan jenama dengan cara menaikkan brand mereka di 1st page Ranking Google serta menghasilkan content yang tepat kena pada pembaca anda di media sosial serta platform lain.


Dari pembaca skeptikal, kini menjadi pelanggan setia.


Memahami apa yang pembaca dan pelanggan inginkan, content yang dihasilkan rinakifli.com mempunyai nilai dimana mereka akan scan siapa sasaran yang anda ingin targetkan supaya mendapat pembaca berpotensi menjadi pelanggan dan pelanggan pula bakal menjadi pelanggan berkualiti.


Itulah nilai yang rinakifli.com bawakan.


Kini, bersama rinakifli.com, Puan Rina juga komited melahirkan penulis dibawah brand Rina Kifli. Antara penulis yang beliau bimbing adalah usahawan, usahawan OKU dan juga pelajar universiti.


Bagi beliau, percaya kepada proses dan tak pernah putus harapan adalah langkah menuju kejayaan. Jangan takut untuk berimpian, jangan takut untuk percaya akan kejayaan itu milik kita.


Bila kita percaya, energi akan kuat, wajib buat tindakan, kejayaan akan datang. Tak perlu takut apa orang fikir, it's you to become what you want. Not others.




Brand Story of Rina Kifli.

Dulu usahawan Malaysia, kini penulis usahawan Malaysia.


Ahad, 19 Mei 2024

KITA CUMA ADA SESAAT UNTUK HIDUP

11:08 PTG 0
KITA CUMA ADA SESAAT UNTUK HIDUP

 

Antara yang akan berlaku hari pertama buat manusia yang ‘berpindah’ ke alam barzakh adalah mereka akan mengulang-ulang kata: 

“Wahai Allah, kembalikan aku hidup di dunia.”

Golongan itu menyesal kerana tidak sempat beramal soleh ketika diberikan peluang oleh Allah SWT ketika hayatnya di dunia. 

Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” 

(Surah al-Mu’minuun, ayat 99)


Bagaimanapun, Allah SWT menyatakan perkara itu tidak sama sekali akan berlaku. Tidak ada sesiapa pun yang berada di alam barzakh dapat dikembalikan sehinggalah mereka dibangkitkan semula pada hari akhirat.

Seperti dinyatakan dalam Surah al-Mu’minuun, ayat 100 yang bermaksud: 

“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” 

Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia saja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Seandainya esok kita mati, bermakna hanya setakat malam ini saja segala ibadat dan amalan kebaikan yang dapat kita lakukan. 

Islam mengajar umatnya supaya mempercayai dengan penuh keimanan, kehidupan di dunia ini adalah tempat beramal sebanyak mungkin.


Kehidupan di akhirat semata-mata bagi menerima pembalasan atas setiap amalan yang dilakukan di dunia. Kematian adalah proses kembalinya semula asal usul kejadian manusia.

Ketahuilah kita cuma ada sesaat untuk hidup sekiranya bila-bila masa sahaja Allah SWT menjemput kita. Perbaiki ibadah dalam hidup kita.

15 CARA BINA PERSONAL BRANDING DIRI DAN BISNES

10:38 PTG 0
 15 CARA BINA PERSONAL BRANDING DIRI DAN BISNES

Cara bina personal branding diri dan bisnes tak ramai yang tahu, tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk

kejayaan sesebuah perniagaan dan apa sahaja yang kita lakukan.


Personal Branding sangat penting untuk kita dikenali oleh orang lain, terutamanya target pasaran kita serta

dalam kalangan penduduk setempat mahupun di luar negeri untuk diri sendiri dan juga

bisnes yang dijalankan.


Personal branding penting dan diperlukan untuk membina ‘kepercayaan’ dalam masyarakat setempat

mahupun luar negara agar yakin dengan apa yang ditawarkan oleh kita.


Nak bina personal branding diri dan bisnes supaya orang ingat kita bila dengar jenama kita?


Kami senaraikan 15 Cara Bina Personal Branding Diri dan Bisnes kepada anda. Jom buat satu demi satu.


1. Jadi Diri Sendiri


Untuk bina personal branding, anda haruslah menjadi diri sendiri.

Jangan terikut-ikut dengan cara orang lain untuk mengekalkan reputasi.


2. Guna Nama Sebenar


Selain itu, untuk membina personal branding, pastikan anda menggunakan nama sebenar. Ianya untuk memastikan anda lebih dipercayai oleh orang ramai.


3. Cari Platform Yang Sesuai Atau Bagus


Platform yang sesuai juga diperlukan untuk membina personal branding.

Contohnya, Facebook, Twitter, Tiktok dan sebagainya. Zaman sekarang, sangat

penting untuk kita bina branding menggunakan sosial media.


4. Kenalpasti Keunikan Servis Yang Ditawarkan


Bagi anda yang ingin membina personal branding untuk bisnes,

pastikan servis yang ditawarkan mempunyai kelainan atau keunikan

yang tersendiri berbanding peniaga lain.


5. Berikan Manfaat Kepada Servis Yang Ditawarkan


Untuk menjadikan personal branding diri dan bisnes anda dikenali ramai,

pastikan servis yang ditawarkan mampu memberi manfaat kepada semua.

Barulah orang kenal anda sekaligus inginkan servis bisnes anda.




6. Penuhi Kehendak Pelanggan

Memenuhi kehendak pelanggan juga dapat membina personal branding. Jika anda tidak percaya, cuba tengok brand Iphone yang selalu memenuhi kehendak pelanggannya.


7. Faham Kehendak Pelanggan


Nama brand anda juga akan dikenali ramai sekiranya anda faham kehendak pelanggan.

Selesaikan masalah pelanggan untuk buat pelanggan puas hati dengan kita.


8. Bina ‘Relationship’


Pastikan anda bina ‘relationship’ dengan pelanggan anda untuk nama brand anda

dikenali ramai. Relationship sangat penting kerana kita semua adalah manusia, ada

'humor' di situ.


9. Buat ‘Content’ Bersesuaian Dengan Servis / Bisnes


Bagi anda yang suka membuat ‘content’ untuk branding anda, pastikan ianya

bersesuaian dengan servis yang ditawarkan. Selalunya, content yang relate dengan

masalah pelanggan akan membuatkan mereka percaya dan pilih kita.


10. Selesaikan Masalah Pelanggan


Masalah pelanggan yang dapat selesaikan juga dapat menaikkan nama branding diri

dan bisnes kita. Pelanggan akan ingat kita dan berkali-kali mungkin akan repeat

dengan kita.


11. Konsisten


Pastikan anda sentiasa aktif dalam menyampaikan post mengenai produk anda untuk

menaikkan lagi nama brand anda. Jika tidak konsisten, pasti pelanggan juga tidak

akan mempercayai servis yang diberikan oleh anda.



12. Jadi Lebih Kredibiliti


Untuk memastikan nama anda lebih dikenali ramai, anda juga harus menjadi lebih

profesional dari segala-galanya. Tidak kiralah dari segi pemakaian atau apa jua aspek,

pastikan ia menampakkan anda berpengaruh dan dipercayai.


13. Bekerjasama Dengan Influencer


Bekerja dengan ‘Influencer’ juga dapat menaikkan nama branding anda.

Biasanya influencer ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menaikkan nama

branding anda.


14. Hadiri Event-Event Besar


Event-event besar juga dapat menaikkan nama branding diri dan bisnes anda. Jadi,

jangan lupa untuk menghadiri mana-mana event besar untuk menaikkan nama brand

anda.


15. Bina Komuniti


Akhir sekali, untuk menaikkan nama branding anda adalah membina komuniti anda

sendiri. Semakin ramai yang bersama dengan komuniti yang anda bina, semakin cepat

nama anda akan naik.


Itulah 15 cara bina personal branding diri dan bisnes. Persoalannya, dimana perlu anda bermula? 


Media sosial seperti facebook, tiktok dan instagram sangat membantu. Yang penting, anda perlu konsisten keluarkan content untuk branding diri dan perniagaan anda.


Isnin, 13 Mei 2024

APA ITU PENULISAN SEO DAN KELEBIHANNYA

7:19 PTG 0
APA ITU PENULISAN SEO DAN KELEBIHANNYA

Tertanya-tanya apa itu penulisan SEO dan kelebihan penulisan SEO ini? 

Cuma pernah dengar orang kata itu ini, tapi tak cukup faham. Jangan risau. Di blog ini, Rina akan share dengan jelas dan mudah untuk anda fahami apa itu penulisan SEO.

penulisan seo
Penulisan SEO (Search Engige Optimization) merupakan proses merancang, mencipta dan mengoptimumkan kandungan sesuatu topik dengan matlamat utama bagi ‘ranking’ dalam ‘search engine’ seperti Google.

Mesti tak faham kan? hehe. Ceritanya macam ini.


Apa itu SEO (Kefahaman kaitan SEO Blog dengan SEO di Pencarian Google)


Bila kita google apa-apa, mesti kita akan jumpa blog yang ada apa maklumat yang kita cari dekat google tu kan. Kenapa kita jumpa blog itu? Sebab ada di 1st page google. Kalau blog lain-lain mungkin page google yang belakang-belakang pun ada juga infonya. Tapi kita google-google terus jumpa dekat 1st page google untuk maklumat yang kita cari tu.


Itu maksudnya blog itu gaya penulisannya dah ada SEO atau berjaya ditulis dengan SEO.



Cara Buat Penulisan SEO

Jadi, untuk membuat penulisan SEO, ia mestilah membuat penyelidikan kata kunci (keyword) dahulu, kemudian mencipta kandungan terkemuka (content atau penulisan dengan baik) dan juga menyusun kandungan ‘header’(ada subtopiknya). Jadi, untuk membuat penulisan SEO juga perlu ada proses dan juga pelan yang mantap. 


Maksudnya, ada struktur, ada keyword dan heading semasa menulis di blog atau website anda.


Penulisan SEO ini amat penting untuk mendapatkan ‘ranking’ yang paling teratas dalam ‘search engine’. Untuk mencapai ‘ranking’ yang paling teratas dalam ‘search engine’, ia juga memerlukan pengoptimumam ‘search engine’ yang sah.


Ada caranya!



Kelebihan Penulisan SEO


Ramai orang tertanya-tanya, masih releven kah penulisan SEO ini? Masih dan sangat-sangat releven. Hanya beberapa jenis atau niche bisnes yang selalunya sedar kepentingan SEO ini. Yang lain-lain tak sedar-sedar lagi dan mengharap jualan hanya di media sosial semata. Sedangkan penulisan SEO akan buat anda terus dapat pelanggan berkualiti!



1. Bina Branding atau Jenama Dengan Lebih Besar


Dengan ‘content’ penulisan SEO yang berwibawa, ia dapat membantu dan memberikan maklumat berharga kepada mereka yang memerlukannya. Jadi, jika anda pemilik perniagaan dan pakar dalam penulisan SEO, ia akan dapat membina branding atau meningkatkan jenama yang anda miliki dengan mantap. 



2. Jana ‘Income’ Yang Lumayan


Bagi anda ingin membuat servis penulisan SEO, ia juga boleh dijadikan antara ‘side income’ yang berbaloi. Dengan memiliki blog atau website yang sering berada di ‘ranking’ teratas ‘search engine’ dengan penulisan SEO yang mantap, pasti akan dikunjungi ramai pelawat. Haa.. jadi mungkin pelawat ini akan menjadi ‘customer’ anda dalam penulisan SEO milik mereka.


Begitu juga dengan pemilik bisnes, jika anda hire penulis SEO untuk menulis tentang produk atau bisnes anda, pelanggan atau target sasaran anda yang mempunyai masalah akan menemui penyelesaian dengan memerlukan produk anda, akan temui anda di 1st page ranking google!



3. Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan


Selain itu, dengan penulisan SEO, ia dapat membina hubungan baik dengan pelanggan anda. Sekiranya ‘content’ penulisan anda berguna, bermanfaat, menarik dan memikat hati pembaca anda, pasti akan membawa kepada lebih banyak jualan dan juga rujukan.


Penulisan SEO yang berkualiti merupakan salah satu cara terbaik dan paling mudah untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan.



4. Mengurangkan Kos Pengiklanan


Dengan membuat penulisan SEO, anda akan dapat mengurangkan kos pengiklanan produk anda seperti di ‘Facebook Ads’, ‘Tiktok Ads’ dan sebagainya. Jadi, dengan membuat penulisan SEO di blog dan website, anda tidak perlu mengeluarkan modal pengiklanan yang besar.


Cukup sahaja dengan ‘content’ yang menarik, kena dengan apa yang disampaikan dan sering menjadi carian pembaca di ‘search engine’. Pelanggan berkualiti pula sentiasa kunjung tiba dari artikel yang naik di ranking 1st page google.


Berbaloi bukan?


Penulisan SEO Untuk Bisnes / Perniagaan


Penulisan SEO untuk perniagaan lebih kepada tujuan utama pelanggan mencari sesuatu di Google menggunakan Search Engine atau pencarian yang perlu ditaip di google.


Apa keyword yang pelanggan akan taip?




Sebagai contoh, taip 'Kereta sewa murah di Langkawi' kerana pelanggan ingin mencari kereta sewa murah di Langkawi untuk percutian mereka.


Selepas tekan enter, maka akan keluar banyak blog-blog pilihan. Pasti kita akan tekan yang berada di 1st page. Kalau tak dapat info, barulah ke page google yang lain. Betul? 


Jadi, jika penulisan seo itu bagus, artikel itu akan berada di 1st page google dan berpotensi ramai pembaca akan tekan dan baca.. Dalam artikel itulah yang akan menyelesaikan masalah pelanggan, serta penulis akan memberi solution kepada pembaca untuk menggunakan produk anda. 


Begitulah yang tekan untuk hubungi anda pastinya yang berkualiti kerana mereka sudah tahu detail produk dan tekan kerana ingin menyelesaikan masalah mereka.


Rugi jika pemilik bisnes masih belum gunakan artikel SEO ini sebagai salah satu medium marketing.



Pesanan Ikhlas:


Nak gunakan Artikel SEO untuk promote bisnes atau produk anda, Passionate Writer Malaysia ada servis penulisan yang terbaik dan berbaloi untuk anda!


Tekan hubungi di bahagian blog ini sekiranya berminat nak tahu tentang servis penulisan SEO untuk bisnes.


Khamis, 3 November 2022

Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

8:39 PG 1
Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Keperluan e-panggilan semakin meningkat dengan pesat di Malaysia dan perkhidmatan ini merupakan aspek penting untuk perjalanan setiap hari. Pengguna lebih suka menggunakan perkhidmatan e-panggilan sebagai rutin harian mereka, ini kerana ianya boleh mengelakkan pening kepala untuk mencari tempat letak kereta.

Maxim sebagai salah satu perkhidmatan e- panggilan pengangkutan terkemuka di dunia dengan data aplikasi, pemandu, penumpang dan sejarah perjalanan yang boleh dikendalikan, pengguna mendapat peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemandu mereka dan jenis kereta selepas membuat tempahan.

Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Maxim Malaysia untuk tiga model kereta teratas yang digunakan oleh pemandu. Jenis model kereta yang lebih suka digunakan oleh pemandu untuk e-panggilan sangat mengagumkan. Perodua Myvi seperti diketahui ramai merupakan raja jalan raya telah mendahului senarai kerana fakta kecekapan, penggunaan bahan api yang rendah dan kemapanan. Pada masa yang sama, Perodua Axia dan Perodua Bezza muncul sebagai kedua dan ketiga dalam senarai tinjauan. 

Carta visual untuk dikongsi untuk mendapatkan pandangan yang menarik:

 

Satu lagi tinjauan telah dijalankan mengenai 3 nama teratas yang selalu untuk pemandu Maxim Malaysia. Pemandu Maxim seperti semua rakyat Malaysia yang lain mempunyai pelbagai nama dan unik, antaranya ialah nama 'Muhammad' yang teratas, dan seterusnya Abdul dan Nur. 

3 nama teratas pemandu yang digambarkan dalam carta visual:


Beralih kepada julat umur, Maxim Malaysia membuka peluang untuk semua orang menyertai sebagai pemandu. Pemandu dikehendaki memiliki lesen memandu yang cekap dan permit kenderaan E-panggilan (eVP) daripada pihak berkuasa berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan  kepada pengguna.

Pemandu mempunyai fleksibiliti  untuk memilih jadual mereka sebagai kerja sepenuh masa atau sambilan.

Di bawah ialah carta untuk menggambarkan julat umur pemandu Maxim kami:


Maxim Malaysia sentiasa memastikan keselamatan penumpang, dan berkongsi fakta-fakta kecil ini dengan harapan untuk membina kepercayaan yang boleh diadaptasi oleh pengguna Maxim.

Jika anda membuat tempahan Maxim di aplikasi, berkemungkinan anda akan mendapat pemandu yang berumur 18-35 tahun, bernama Muhammad dan memandu Perodua Myvi. Penumpang boleh muat naik aplikasi Maxim di google play store atau apple play store.


Shafiqah Shajari

Pakar Perhubungan Awam

Perkhidmatan Maxim Malaysia






Selasa, 4 Oktober 2022

PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

1:29 PG 0
PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

 Kelas Kafa Swasta


Pada 1 Oktober 2023, bermula dari pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur. Pendaftaran untuk program ini sentiasa penuh pada bila-bila masa sahaja setiap kali diadakan. Buktinya, program kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar. 


Hatimurni bantu dengan mewujudkan Program UPKK Final Countdown (UFC) ini adalah bertujuan untuk menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti. Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa. 



Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi. Dan apa yang lebih menarik, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih. 


Ceramah Tentang Ibu Bapa




Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni. 


Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. Dalam perkongsiannya, DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa. 


Ceramah tentang ibu bapa dari Ustaz Kazim Elias ni memang terbaik.


Perkongsian Dari Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias berkongsi ceramah tentang ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, sikap dan perangai anak-anak zaman sekarang yang harus ibu bapa lihat dalam mendidik anak-anak.


Kata Ustaz, ajarilah anak-anak untuk kenal Al-Quran. Zaman sekarang, anak-anak lebih kenal Christiano Ronaldo dari kenal nama-nama Allah. Ustaz Kazim Elias juga mengajak ibu bapa untuk ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan ajar anak untuk melawan syaitan. Tidak lupa juga untuk ajari anak mengenal nabi dan mencintai nabi.


Selain ceramah tentang ibu bapa, Ustaz Kazim Elias juga berkongsi tips untuk ajar anak-anak. Perkara penting yang turut perlu diajar kepada anak adalah amalan harian seperti witir, puasa 3 hari dan juga tentang solat dhuha.


Banyak perkongsian dari Ustaz Kazim Elias pada majlis ini.



Kenali Hatimurni Pusat Pendidikan Islam Swasta


Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil. 


Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak. 


Kini, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. 





Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225.


Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen, juga kelas kafa swasta di sini. 


Sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta, Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya. 


In Shaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini. In Shaa Allah.