PENGENALAN




Kenali Penulis:

Nama Pena Penulis:  Rina Kifli
Tarikh Lahir:  5 Disember 1992

Telah berkecimpung dalam bidang perniagaan online sejak universiti lagi. Bermula dengan meniaga barang-barang wanita seperti aksesori, eyeliner dan ebook ketika di bangku universiti.

Bermula dengan minat menulis blog pada zaman universiti, telah mula berblogging untuk berbisnes. Mula buat duit di internet bermentorkan Irfan Khairi, produk pilihan adalah produk digital pada ketika itu. Dari situ, mula menjana pendapatan dalam bidang perniagaan. 

Sepanjang tempoh selepas grad, berkecimpung dalam industri perbankan bersama Maybank selama beberapa tahun dan kemudiannya bersama third party industri tersebut.

Bertemu dengan seorang 'guru' yang memberi peluang menulis SEO artikel untuk pelbagai niche bisnes bagi client-client bisnes. Berguru tanpa henti bertahun-tahun sambil menulis SEO artikel sejak 2020. 

Mula mendapat tempat dalam pasaran pemilik blog yang terkemuka di Malaysia. Hampir 1500 jumlah artikel telah ditulis dalam masa 1-2 tahun untuk website client-client pelbagai niche di Malaysia. 

Setelah itu, mula menjadi penulis tetap atau guest writer untuk blog di seluruh Malaysia seperti saji.my, ammboi.my, ilabur.com, majalahlabur.com, profhariz.com, maukerja.my dan banyak lagi. 

Dalam masa yang sama, berkecimpung dalam penulisan konten sosial media khas untuk perniagaan. Juga mengusahakan konten peribadi mahupun konten perniagaan untuk founder dan pemilik bisnes secara peribadi.

Pernah bekerja sebagai content writer di salah sebuah syarikat konsultan perniagaan yang dikenali di Malaysia. Kini, merupakan founder kepada WINthinker yang mengusahakan khidmat penulisan di Malaysia khas untuk pemilik perniagaan dan website.



Whatsapp: TEKAN SINI


Catat Ulasan

0 Ulasan