RINA KIFLI: inspirasi
Memaparkan catatan dengan label inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inspirasi. Papar semua catatan

Jumaat, 17 September 2021

NIAGA PASAR TANI, KINI JUTAWAN KETIKA PANDEMIK | TITAN SUMMIT 2021

11:54 PTG 1
NIAGA PASAR TANI, KINI JUTAWAN KETIKA PANDEMIK | TITAN SUMMIT 2021

Kita selalu terfikir bagaimana nak berjaya dalam perniagaan. Apabila kita cari kisah motivasi dan inspirasi, pastinya kebanyakan daripada mereka yang berjaya bermula daripada kehidupan yang susah, yang biasa-biasa ataupun sama sahaja seperti kita.

Sebab itulah tak ramai usahawan berani nak sebut jutawan. Sebab mereka tak percaya boleh ker capai? Macam mustahil je bunyinya. Kisah yang bakal saya kongsikan di blog ini pasti akan membuka mata anda semua, rupanya tak susah kalau kita tahu apa tindakan terbukti yang perlu kita buat untuk menggapai impian!

Wanita atau lelaki, yang baru mula berniaga atau sudah lama berniaga, anda telah berada di tempat yang betul. Kisah Puan Ainul Mardhiah ini adalah sama seperti kita semua yang bermula dari kepayahan berbisnes, tidak tahu buat dan urus bisnes, struggle untuk bisnes bertahan dan sebagainya. Jom ikuti kisah beliau.


Sebelum bermula, ingin rina jelaskan bahawa ini adalah kisah benar, real people dan real story. Selepas baca kisah ini, kalau korang pergi cari Puan Ainul Mardhiah ini, memang ada orang nya dan hebat sekali perniagaannya sekarang yang korang boleh lihat nanti.


PUAN AINUL MARDHIAH ABDUL KUDUS  

KISAH INSPIRASI USAHAWAN


Siapa sangka Puan Ainul Mardhiah yang dulunya pernah melanjutkan belajar di luar negara terpaksa tamatkan pelajaran pulang ke Malaysia begitu sahaja. Pada waktu itu telah berlaku pergolakan di Negara Egypt, dalam masa yang sama ada hikmah nya beliau pulang ke Malaysia kerana terpaksa menjaga ibu yang sedang sakit dan sudah 2 minggu di ICU ketika itu.

Luruh hati apabila terpaksa buat keputusan yang sebegitu, dalam masa yang sama sangat-sangat risaukan keadaan ibunya. Namun Rezeki Allah siapa yang tahu. Kalau kita pun, pasti kecewa dan sedih sebab dah belajar elok-elok tiba-tiba kena stop belajar.

Untuk pengetahuan anda, kehidupan Puan Ainul biasa-biasa sahaja. Sama macam kita semua juga, hidup yang sederhana. Abangnya pula berniaga di pasar tani. Sejak puan Ainul berhenti belajar, abang kandungnya meminta tolong beliau menjaga bisnes pasar tani sedikit demi sedikit.


Permulaan Puan Ainul Mardhiah Abdul Kudus Dalam Bisnes Pasar



Mereka hanya berniaga di pasar sahaja iaitu di pasar awam Taman Sardon Pulau Pinang. Puan Ainul membantu abangnya menguruskan perniagaan tersebut dengan dengan menjual ikan, barang tangkapan hasil laut dan barangan segar. Pada waktu itu, perniagaan abang Puan Ainul sangat bermasalah!

Hutang dengan suplier tidak terbayar-bayar, pengurusan duit keluar masuk pun entah ke mana. Walaupun sudah beroperasi lebih dari 13 tahun (dari 2005), sehingga waktu itu mereka masih lagi berniaga di pasar tani dan tidak mempunyai aset dari perniagaan.

Pada waktu itu juga, mereka mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu di pasar. Apabila Puan Ainul masuk ke bisnes Pasar abangnya, beliau membantu menguruskan akaun perniagaan. Ketika abangnya mengerjakan umrah, Beliaulah yang diamanahkan menguruskan perniagaan abangnya sepenuhnya.


Cabaran Bisnes Tidak Berkembang Bertahun-Tahun


Dari tahun 2017 sehinggalah 2019, Beliau masih lagi struggle dan susah dalam menguruskan bisnes. Semuanya makin payah, semua perlu dibuat sendiri, kurang pula pelanggan membeli dan mereka pula cuma menunggu sahaja. Akhirnya Puan Ainul sedar bahawa beliau tidak mempunyai ilmu bisnes!

Beliau sedar mereka tidak tahu asas bisnes yang kukuh, Buktinya walaupun telah lama berniaga, tetapi bisnes tidak growth atau berkembang. Nak kembangkan pun sangat mustahil kerana mereka langsung tidak mempunyai team / kumpulan.


Nasiblah beliau tidak ego dan tidak menyalahkan orang lain, namun lebih suka memperbaiki diri dan bisnes. Alhamdulillah beliau telah menghadiri kelas perniagaan. Dalam kelas tersebut beliau terdengar satu ayat yang sangat-sangat memberi kesan kepada beliau.

Sekarang zaman online! Berubahlah ke Platform online!

Ya, Suara Datuk Wira Dr Azizan Osman itulah sentiasa memberi semangat untuk beliau teruskan usaha tersebut! hmmm apa yang beliau buat selepas menghadiri kelas marketing?

Dengan ilmu yang dipelajari dalam kelas MMM tempoh hari, beliau tekad untuk terus tambah ilmu dan belajar tentang pemasaran online dan branding. Itulah orang kata, bila hati sudah kuat, pegangan sudah kuat, beliau terus membina marketing di media sosial dengan sangat efektif!


Bisnes Makin Berkembang, Pun Ada Cabaran


Alhamdulillah, pada tahun 2020, perniagaan kini lebih dikenali, sangat huru-hara kerana terlalu banyak tempahan. Sehinggakan Puan Ainul sendiri tidak sempat untuk menjaga ibunya, malah urusan perniagaan di pasar dilakukan dengan sistem manual. Sangat makan masa dan tenaga!

Disebabkan itu jugalah, beliau terfikir, sampai bila nak macam tu, habiskan masa berbisnes dengan penat dan letih. Rezeki betul tak salah alamat, tapi bagaimana kita nak uruskan rezeki yang kita ada. Bagaimana nak syukur? Puan Ainul mengambil keputusan untuk sertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) dari Richworks International Sdn Bhd. dan seterusnya mengambil keputusan sertai Program Mentorship SPIRE.


Pada waktu itu adalah Musim PKP, permintaan online untuk barangan segar seperti ikan, hasil laut semuanya semakin meningkat naik. Beliau sudah mula faham bagaimana onlinekan bisnes secara besar-besaran, mudahkan jualan, belajar bina kumpulan, menguruskan masa dengan baik dan paling penting mempunyai strategi yang betul untuk kembangkan bisnes.


MUTIARA BERSATU ENTERPRISE | INSPIRASI USAHAWAN


Inilah perniagaan Puan Ainul Mardhiah kini yang berjaya mengorak langkah dan terkenal di seluruh Malaysia. Barangan segar yang mudah didapatkan walaupun anda berada di rumah! Dengan kualiti dan nilai terbaik dari mereka, sudah pasti jenama Mutiara Bersatu ini menjadi pilihan ramai!


MasyaAllah perniagaan yang dibina hari ke hari berkembang maju. Dan semuanya sudah ada sistem! Mereka mempunyai peminat tersendiri, terus berkembang dan meningkat hasil jualan sehingga mencecah jutaan ringgit dan terus meningkat.



ASBAB DIBANTU OLEH DATUK WIRA DAN TITANIUM CIRCLE


Adakah Puan Ainul anak murid Dr Azizan Osman? Ya, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga adalah insan disebalik kejayaan seorang wanita ini asbab belajar dalam program Titanium atau lebih digelar Titan Richworks. Titanium Circle pasti dikenali dalam kalangan mereka yang pernah hadir ke program Richworks.

Asbab sertai Titanium Circle, Puan Ainul mendapat nasihat dan bimbingan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk onlinekan bisnes. Paling mengejutkan, jualan beliau sudah pecah rekod dari tahun sebelumnya iaitu 7 angka.

Pencapaian Puan Ainul setelah menyertai program Titanium Circle dan menjadi seorang Titan Richworks adalah perniagaannya makin berkembang, culture dapat diwujudkan dalam syarikat, skill leadership juga makin baik. 100% perniagaannya bertambah baik dari pelbagai aspek. Bukan senang kalau usahawan nak berjaya dari segi itu. Inikan pula Puan Ainul sudah berjaya buat berjuta-juta dalam perniagaannya.

Selain itu, Mereka kini mempunyai Mobile apps yang telah siap sepenuhnya, sangat mudah hanya terima order dari pelanggan. Pelanggan juga tak perlu ke kedai. Jumlah team juga makin bertambah walaupun kebanyakan pelanggan dari online.


Selain itu, setelah Puan Ainul Mardhiah mempelajari pelbagai ilmu dalam titanium circle, proses perniagaannya semakin produktif, mereka hanya fokus kepada aps dan media sosial sahaja. Terus sales boleh naik dan dapat capai 1 juta, Alhamdulillah. Sebenarnya setiap masalah ada caranya. Selain itu, Puan Ainul juga telah mempunyai office untuk menguruskan perniagaan.

Beliau juga tidak sangka bahawa dengan berada dalam Circle Titan dan dibimbing, beliau sudah berjaya mencapai jualan 7 angka. Pastinya dengan izin Allah SWT dan juga keberkatan apabila belajar. Rupanya, selepas sertai mentorship SPIRE, Puan Ainul Mardhiah merupakan salah seorang ahli Titanium dilahirkan dari Kelas Titanium Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Apa Itu Titan Richworks? Kelas Lahirkan Jutawan Yang Puan Ainul Sertai


Titan Richworks adalah sebuah program mentorship hebat yang dibimbing secara dekat oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kebanyakan perniagaan yang menyertai Titan juga adalah yang layak dan dipilih oleh Datuk Wira Azizan Osman untuk dibimbing sehingga mencapai 1 juta pertama dalam masa beberapa bulan sehingga 3 tahun perniagaan.

Tengok gambar di bawah, korang perasan tak? Nana mahazan yang artis pun merupakan salah seorang titan Richworks!

Tahun 2021 ini, seramai 300 lebih usahawan jutawan dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri dari dalam dan luar negara 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Dr. Azizan. Program yang diadakan 3x setahun ini diadakan khusus untuk usahawan yang telah berjaya mencatatkan jualan lebih RM1juta setahun dalam program mentoring Titanium. 

Menjadi Titan Richworks bermaksud, anda perlu bersedia untuk menjadi market leader yang sangat kuat membina bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi. Titanium circle bukan sahaja dibimbing, tetapi mereka dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.

Hebatnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata pada sidang media bahawa beliau berkongsi ilmu, strategi dan hasil berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi menjaya perniagaan pada tahun 2022. Titanium circle juga bukan hanya diajar teori, teapi mereka menyaksikan dan akan merasakan sendiri bisnes fasa growing dan expansion.

Patutlah Puan Ainul Mardhiah yang merupakan anak murid Dr Azizan Osman kini telah menjadi jutawan ketika pandemik, walaupun dulu hanya menguruskan perniagaan Pasar tani. Tapi asbab jadi Titan Richworks, dapat bantu ramai orang dengan perniagaannya.


PERKONGSIAN DARI 100 USAHAWAN JUTAWAN RICHWORKS


Dari senarai titan Richworks yang dihimpunkan, seramai 100 usahawan jutawan akan berkongsi tentang apakah yang mereka lakukan sehingga berjaya mencapai jualan 7 angka walaupun ketika pandemik melanda.

Menurut kenyataan media, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd (RichWorks), Radz Mohd memaklumkan bahawa "100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia."

Untuk pengetahuan anda, 100 usahawan jutawan dari Titanium Circle Richworks ini adalah mereka yang dibimbing secara terus oleh Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.


Dengan segala cabaran yang dialami sehinggalah siapa mereka pada hari ini, anda boleh saksikan di Program Titan Summit 2021. MasyaAllah terujanya kita nak lihat siapa 100 usahawan dan jenama perniagaan hebat ini sebenarnya. Siapa kata masyarakat kita tak boleh maju? Ramai sudah berjaya menjadi usahawan kaya dan jutawan, bila pula tiba giliran kita?

Jom kita ambil sebagai inspirasi untuk belajar dari 100 usahawan jutawan Titan Richworks ini, termasuklah Puan Ainul Mardhiah yang mempunyai kisah duka sebelum merasai kemanisan kejayaan dalam bisnes beliau.


Siapa Richworks International yang Melahirkan Jutawan Usahawan ini?


Richworks adalah sebuah syarikat latihan keusahawanan terbesar di Malaysia yang khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan. Sudah lama dalam industri iaitu sejak 2008 lagi, Richworks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat melalui program Master Coach Azizan Osman. Dari program tersebut, seramai 1,500,000 peserta telah hadir bagi lebih 1,500 seminar live dan acara / talian virtual online.

Walaupun PKP, Richworks sangat komited membantu ramai usahawan untuk berjaya dan ini adalah proven success dimana kejayaan mereka adalah terbukti! Bukan 1, tapi 100 usahawan jutawan dari Titan Richworks dihimpunkan untuk berkongsi. Semua adalah real people dan real story!

Sejujurnya rina pernah sertai kelas Richworks dan alhamdulillah ketika PKP , jumlah jualan sales kami betul meningkat asbab berguru dengan Datuk wira. Kadang-kadang, bila kita buat sendiri tanpa bimbingan, tak sama macam mana kita ada seorang guru yang mengajar kita.

Richworks sebenarnya adalah Netflix bagi usahwan yang ingin belajar bina bisnes berjaya dengan 100 juta pelanggan menjelang pada tahun 2025 dengan akses yang sangat mudah dan dapat memiliki kandungan berorientasikan hasil yang dipercayai di seluruh dunia. Sangat bernilai dan bermanfaat bila belajar dengan Richworks, Alhamdulillah.


Jom Lihat Perkongsian 100 Jutawan Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pandemik


Dengan 100 jutawan dalam misi Bantu The Nation, mereka akan kongsikan antara strategi dan perkara yang mereka lakukan untuk menaikkan perniagaan dan sekaligus menjana dalam waktu ini. Paling terharu, hampir semua dari usahawan jutawan titan Richworks ini telah membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang.

Dalam kalangan 300 orang titan Richworks, 100 usahawan jutawan bakal ditampilkan dalam Titan Summit, iaitu sebuah program khas.  

Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya terbuka kepada semua pengasas dan pemilik bisnes atau sesiapa sahaja yang ingin sertai. Program Titan Summit ini adalah secara percuma bermula pada 24 sehingga 26 September ini. Sis pun nak sertai juga, jom kita belajar dari mereka yang berjaya!

Korang tak perlu risau tentang harga kelas titanium Dr Azizan Osman, penting sekali mari kita lihat anak didik dan anak murid Dr Azizan Osman. Kadang-kadang, kita perlu lihat dengan mata hati, siapa yang capai kejayaan dan kenapa dia capai. Jom kita sama-sama lihat sendiri dengan mata kita sendiri usahawan jutawan sebenar Titan Richworks yang dilahirkan oleh Titanium Circle Richworks.


JOM SERTAI PROGRAM TITAN SUMMIT PERCUMA

Tarikh: 24 - 26 September 2021

KLIK UNTUK MENDAFTAR


Khamis, 27 Mei 2021

TUHAN TAK JANJI KITA KAYA KALAU BERNIAGA!

9:25 PG 0
TUHAN TAK JANJI KITA KAYA KALAU BERNIAGA!

Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan Kaya Raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya.


Jangan takut untuk berniaga, sesungguhnya 9 / 10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Saya ada kenal ramai kawan yang sangat takut untuk berniaga. Saya sendiri pun takut pada awal-awal dulu. Takut apa? Takut kalau tak ada orang beli maka tak ada duit.

Dah kenapa?

Dalam masa yang sama saya terfikir kenapa kita nak buat tuhan pulak?
Yang beri rezeki tu Allah SWT. Kerja kita adalah usaha dan bertawakal kepadaNya.

Alhamdulillah bila saya mencari-cari lebih banyak info pasal perniagaan, Allah buka hati saya untuk berniaga. Secara fulltime. Berhenti kerja bank dan nak berniaga. Sebenarnya risau tu memang risau namun saya ada sebab yang tersendiri ketika itu. Big why saya sangat kuat untuk memulakan perniagaan pada ketika itu.

Sekarang, apabila ada masalah atau cabaran yang saya hadapi, saya akan teguh kuat dan takkan putus asa. Saya akan ingat balik kenapa saya bermula suatu masa dahulu. Manusia sebenarnya sangat lemah, namun manusia juga sebenarnya memiliki satu aura yang kuat. Iaitu yakin pada diri sendiri dan bersangka baik.


Allah sentiasa menurut sangkaan hambaNya. Jangan sesekali mengeluh dan putus asa dengan apa yang kita lakukan. Jom bangkit untuk kecapi apa jua yang anda inginkan!

Sabtu, 3 Oktober 2020

Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

11:08 PTG 5
Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

 Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Syukur kepada Allah SWT yang kurniakan rezeki tanpa henti-hentinya buat kita semua sehingga ke hari ini. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat yang tak mungkin dapat kita bayar kembali melainkan syukur, solat dan sujud kepadaNya. Allah Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani hamba-hambaNya dan Allah menurut sangkaan hambaNya. Subhanallah.


Pada entry kali ini, Rina akan ceritakan Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes yang telah berlaku pada diri rina sendiri. Ini adalah kisah benar dan full story yang mungkin akan menjadi penceritaan sempurna dalam hidup rina untuk memacu impian dunia akhirat yang dibina, buat empayar Rihura, generasi akan datang, kawan2 semua dan juga seluruh masyarakat sejagat.


Jom baca kisah siapa rina, bagaimana rina berhenti kerja memulakan perniagaan sehingga bagaimana wujudnya Rihura.



Umur Dan Sebab Berkecimpung Dalam Bidang Perniagaan

Pada awal umur 18 tahun, Rina memang suka bidang perniagaan sebab waktu tu selalu dipengaruhi dengan seminar bisnes sana sini, selalu dapat flyers MLM hihihi dan pernah jela pergi dengar bab-bab MLM ni. Waktu umur 18 tahun tu, pasti kita ni cepat terpengaruh dengan cerita orang kaya-kaya ni, tapi apapun benda2 ni buat rina jadi positif pasal bisnes. Rina ada mindset dimana untuk bebas kewangan dan dapat income unlimited, seseorang tu perlu bina perniagaan. Itulah sebab rina minat sangat bisnes sejak umur 18 tahun.


Tapi kehidupan kita akan mengikut keluarga kita dalam masa kita membesar. Waktu tu, Rina sambung belajar di Uitm Jengka Pahang. Rina tinggal bersama mak, adik, akak dan tok di rumah kampung Penang. Itupun rumah tok, sebabnya sejak arwah abah meninggal waktu rina umur darjah 1 dulu, kami dari Ipoh Perak pindah duduk dengan tok dan membesar di Penang.


Mama bekerja sebagai seorang pembantu klinik swasta dengan gaji tak sampai RM1,000 pada masa tu.  Mama membesarkan akak & rina (sekolah asrama) serta 2 orang adik kecil pada masa tu. Tapi lepas akak habis spm, dia masuk Unisel, kemudian dia dapat kerja kerajaan, dia banyak bantu mama dan family kami. 



Tak Cukup Wang Nak Survive Di Universiti

Waktu tu Rina belajar di uitm Jengka dan belum dapat kemudahan Ptptn. Sepanjang awal semester tu, kadang-kadang duit kurang dan terpaksa makan megi ikut hari (beli 1 maggi RM4.50 dalam tu ada 5 paket). 1 paket 1 hari untuk seminggu. Cuba bayangkan sampai macamtu sekali la rina pernah catu. Kadang2 masak magi letak kuah banyak, makan separuh tengahari, nanti petang sambung makan lagi separuh. Tapi benda ni tak pernah rina cerita kat sapa2 pun, dan hari ini rina kongsi kat sini.


Semuanya sebab rina tak nak susahkan mak dan akak. Mereka dah banyak susah untuk Rina selalu. Bila ingat perkara ni, memang rasa nak menangis tapi inilah kehidupan dan cabaran kita. Itu hanyalah ujian kecil buat kita sebenarnya. Bagi rina, apalah sangat terpaksa tahan makan atau lapar tu, daripada orang lain yang banyak diuji lebih teruk dari ini.


Sebab itu, Rina punya minat berniaga tu bertambah-tambah, sebab rina dapat buktikan pada diri yang rina dapat duit bila dah start niaga online. Produk pertama rina jual adalah celak hashmi kajal pakistan. Bermula niaga di blog, mudah.my, facebook page. Akhirnya taktahu dari mana orang jumpa iklan2 tu, mula beli celak tu. Benda tu sedikit sebanyak bantu rina dapatkan duit poket. Seminggu boleh dapat dalam RM 15 - 50 untung bersih waktu tu memang rina syukur sangat. Lepas tu bertambah seminggu capai RM100. Bagi seseorang yang tak pernah bisnes online dan perlukan duit, pasti akan rasa syukur sangat bila dapat gitu.

Dekat kelas dalam uitm Diploma pula, rina ada jual pengilat kuku. Maklumlah kelas ramai pempuan dan pengilat tu pun rina beli kat kedai rm2 dan mydin jee jugak, sama cam celak tu. hehe. Contoh, modal rm2 tapi jual rm5-6.


Alhamdulillah dengan perniagaan sebegitu, maka dapatlah duit poket tambahan nak beli buku, makanan dan lain2 lagi. Tapi rina sangat berterima kasih kat mama dan kaklong sebab selalu support rina. Sebenarnya banyak juga duit-duit mereka tampung rina kat sana sebab risau tak cukup dan lain-lain. Selalunya duit mereka bagi tu rina utamakan untuk buat assignment, beli buku, internet, beli barang keperluan macam ubat gigi, sabun, biskut, makan.


Tamat Universiti Dan Mula Bekerja


Waktu graduate, Alhamdulillah dapat1st class dan dekan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat (Minor Business). Semasa praktikal job, rina telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan banyak pelajari bab management.


Tamat praktikal selama beberapa bulan dan sudah grade, bermulalah kisah nak mencari kerja. Walaupun dalam hati ni minat bisnes, tapi tanpa ilmu rina sedar semua takkan menjadi kalau terus berniaga. Nak berniaga adalah secara serius, jadi mana mungkin tanpa ada ilmu dan pengalaman, terus boleh berjaya. Sebelum mula berniaga pun, bagi seorang fresh grade macam rina ni, mestilah kena ada pengalaman bekerja dulu. Barulah dapat belajar banyak perkara tentang syarikat.


Macam-macam kerja Rina apply di jobstreet dan akhirnya rina hadir Interview Maybank Terbuka sebagai sales Consumer Executive dan diterima bekerja di sebuah cawangan Maybank di Penang. Pasti ramai tertanya kenapa Rina belajar Office Management tetapi sanggup interview bahagian sales dan akhirnya bekerja sebagai Consumer Sales Executive? Tapi semua orang tak peduli pun, diorang dengar nama Maybank dia rasa kita kerja bank bestt dan hebat. Hehe.


Kenyataannya, bila masuk bidang sales ni ada target, ada sales nak kena fikir, kena power knowledge untuk produk bank dan macam-macam lagi. Memang rina challenge diri untuk masuk bahagian ini. Sebab waktu rina cari kerja dulu, rina cari kerja yang gaji tinggi untuk fresh grade, kebanyakan adalah dalam bidang sales dan banking. Nampak sangat memilih kihkih. Jadi kena la sanggup kalau betul2 nak!


Masuk Kerja Bank | Perubahan Hidup

Sebagai seorang fresh grad dalam bidang office dimana kitorang belajar bab mekap, bab setiausaha, kerja admin bagai.. tiba-tiba nak kena buat sales jumpa orang, sembang-sembang, cakap pasal produk bank.. waktu mula-mula memang agak kekok sebab tak biasa. Tapi lama-lama dah boleh follow rutin kerja tu dan happy sebab hari-hari dapat semangat dari bos, dapat belajar dari senior dan lain-lain lagi.


Walaupun banyak produk bank yang nak kena handle dan achive target tapi... Rina paling suka sangat fokus 1 produk ni iaitu kad kredit. Boleh dikatakan sales kad kredit ni memang boleh dapat lebih selalu. Selain tu, rina juga fokus untuk bahagian loan rumah dan asb.


Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rina ingat boleh stay lama dekat tempat ni, tapi disebabkan sakit dada yang melampau sampai doktor sahkan ada acute respiratory, terlampau berfikir, stress. Rina pun fikir apalah sangat aku ni sampai sakit dada dan stress tu. Bahaya betul bila melibatkan kesihatan yang macam tu. 


Benda tu berlaku secara tiba-tiba, mungkin tak cukup rest agaknya atau rina jenis fikir banyak.

Sebenarnya sakit tu pada masa tu bukanlah satu sebab untuk rina berhenti kerja, cuma rina sedar pada masa tu, mungkin rina terlalu push diri nak jadi seorang sales person. Setelah hampir setahun bekerja, rina terdetik hati nak kembangkan kerjaya dalam bidang Kad Kredit sahaja, sama ada masuk card credit centre atau apa yang berkaitan.


Sehinggalah rina ditawarkan bekerja di salah satu Agensi Third Party Bank bahagian Kad Kredit, jadi itu adalah sangat bestt bagi rina sebab sebenarnya Rina percaya, untuk berjaya kita perlu fokus apa yang kita minat dan pakar.


Bahagian Kad Kredit Maybank


Apabila berkecimpung dalam bidang ini, Alhamdulillah everything go smooth. Kat sini pun buat sales tapi telemarketing, banyak sangat pengalaman rina dapat dari sini. Ilmu kewangan, marketing dan macam-macam lagi yang boleh rina guna dalam hidup ni. Sampai satu tahap, rina boleh buat sales kredit kad sehari lebih dari 10 - 18 kredit kad pernah pecah rekod la time tu dalam sehari hanya menggunakan call sahaja.


Selain call rina juga ada banyak database untuk customer yang have-have ni, jadi selain online, hari cuti kerja, rina juga ada jumpa orang yang nak daftar kad kredit. Cuma ini kadang2 risiko sikit sebab ada ja yang jenis suruh jumpa di Apartment dia dan lain2. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan sebab waktu tu rina ada seorang kawan baik nama Ashraf (sekarang suami), dialah yang wajib teman rina jumpa semua client ni. 


Income kat sini pun best kalau sales banyak. Sebab tu rina sendiri dah setkan matlamat aku akan behenti kerja hanya kerana dapat better office dari syarikat lain yang basic 3k ke atas sehaja lepas ni atau untuk buka bisnes sendiri sahaja. Selain dari tu, aku takkan berhenti kerja. Boleh dikatakan itulah pegangan rina waktu tu.



Waktu tu rina baru je berkahwin, jadi suasana pun dah berubah. Tibaa-tiba Rezeki pada waktu tu bila dinaikkan pangkat jadi Team Leader dan mula belajar cara nak manage team sendiri. Alhamdulillah semua baik-baik. Tapi bila tanggungjawab bertambah, selalu archieve target balik jam 6 - 7 petang. tapi bila dah jaga team, balik dalam jam 8 - 9 malam. Suami yang balik kerja dulu, mertua yang masakkan makan malam. Rina pergi kerja awal pagi tak sempat tengok matahari, dan balik kerja pula pada malam tak sempat tengok matahari juga.


Paling rina rasa nak behenti kerja masa tu sebab rina kerap migrain sangat, pening, balik rumah je makan dan tidur. Kadang-kadang kesian kat suami macam dia pulak jaga rina untuk segala-galanya. Tapi waktu tu la rina mula kenali diri dia Alhamdulillah syukur sebab dia tatang macam minyak penuh, sangat2 supportive bagi rina.


Waktu dah kawen ni, ada suami, jadi terasa macam kan best kalau balik kerja 5 petang macam kerja office hour yang lain tu. Tapi kalau patah balik kerja macam tu, income pun dah takkan sama macam sebelum ni. Disebabkan tu, Rina cuba cari better offer yang membolehkan fokus kerja dalam waktu pejabat sahaja tapi apa yang rina jumpa memang tak berbaloi, tetap tak boleh sama macam gaji + komisen yang sedia ada waktu tu.


Berhenti Kerja tetapi Sebelum Tu...


Macam gila kalau fikir nak terus berhenti kerja tapi kenapa pula nak berhenti. Sekurang-kurangnya kalau dapat better offer, barulah berhenti. Ya, bila rina tengok kerja yang boleh balik jam 5-6 petang ni ada je , tapi itulah bila rina cakap dekat suami.. Suami tak kisah dia ok jer dan selalu bagi semangat kat rina. Tapi tiap kali rina nak go kepada kerja lain, mesti tak jadi sebab rina tahu tak ada kerja setakat ni yang rina dapat tu lagi better dari kerja sekarang.


Rina pun bagitahu suami pasal lama dah nak berbisnes tapi ok ke sebab rina cuma ada pengalaman kerja yang tak lama iaitu 3 tahun sahaja dalam sektor perbankan. Akhirnya suami bersuara dan bagitau, kalau nak buat bisnes, buat je. Pengalaman kerja memang penting tapi bila dah masuk dalam bisnes, pengalaman bisnes tu jugalah akan mengajar kita. 


Betul juga apa dia cakap tu, rina terfikir. Sebabnya kalau rina dah selesa makan gaji dan kerja sampai umur 30-40 nanti, waktu tu rina nak masuk bidang bisnes buat bisnes sendiri ni agak susah nak fikir, nak dapat ilham tu dan lain-lain. Kadang2 Allah bagi ilham kat kita dan boleh tarik balik macam tu sahaja. Cuma risikonya adalah rina akan jatuh teruk kalau tak buat sungguh2 lepas berhenti kerja ni. Ini aadaalah risiko sebab komitmen banyak dan besar. Beli kereta , ada ptptn dan lain2 lagi pulak tu! 


Tapi rina percaya Sekarang Allah tengah bagi ilham dan buka hati rina. Maksudnya, sekarang terbuka hati rina nak sangat buat bisnes dan fokus full time bisnes, cuma tulah rina macam terikat dengan kerja sebab ada hutang dan komitmen kereta. Tapi benda tu takkan buat rina tersekat untuk tidak capai impian nak bisnes tu. So rina perlu bersedia sebelum mula bisnes full time. Tu kuncinya.


Persediaan Berhenti Kerja Dan Mulakan Bisnes


Tak lama pun masa yang rina ambil untuk bersedia. Kalau diikutkan sebelum berhenti kerja kita kena buat simpanan gaji 6 bulan tapi pada masa tu rina cuma ada simpanan gaji 2 bulan sahaja. Waktu tu jugalah rina dah mula cut cost benda-benda yang tak penting sebab banyakkan simpanan. 


Dalam masa yang sama mula merangka apa perniagaan yang akan rina buat kalaulah tiba hari rina betul-betul nak fokus bisnes. Untuk pengetahuan anda, rina bercadang mulakan bisnes Ashrin Food iaitu sandwich borong. Kenapa dapat idea ni? Sebab sebelum berkahwin dengan suami, rina pernah dapat offer hospital untuk supply sandwich kat situ. Jadi rina nampak peluang market yang besar dalam bisnes makanan ni,. Apatah lagi bisnes kecil-kecilan ni pun sebenarnya kita boleh conquer pasaran kalau kita betul-betul buat.


Ini Terjadi Sebaik Sahaja Berhenti Kerja...Bisnes Sandwich!


Selepas berhenti kerja, rina betul2 mulakan bisnes ini. Waktu nak berhenti tu memang risau la adakah bisnes ni dapat tampung macam gaji rina dulu-dulu. Kedengarannya macam mustahil kan? Tapi rina percaya bisnes adalah long term dan boleh buat.


Sejak buat bisnes sandwich ni, Alhamdulillah kami sering terima order borong yang banyak seperti 100 - 3,000 sandwich. Jadi, untuk bisnes ni kami run dan fokus bisnes sandwich borong. Pembelian untuk 100 pax ke atas seluruh KL dan selangor. 


Bila buat bisnes makanan ni, tak cukup tangan, Rina hire staf-staf dari kalangan ibu tunggal dan jiran-jiran. Suami adalah orang yang tolong manage di sebalik tadbir walaupun dia bekerja. Jom tengok gambar, biar gambar yang berbicara. 





Rezeki Datang Alhamdulillah...


Memang susah kita buat banyak benda takut tak fokus. Tapi bila bisnes sandwich ni dah ada staff dan boleh run sendiri. Rina ada masa untuk manage benda lain.  Sebab tu ada yang tanya, macam mana rina ni jadi penulis walaupun ada bisnes? Ok, itu bermula dari sini:-


Dalam masa yang sama juga , ada orang offer untuk rina menulis dengan website mereka. Bayaran dia pun agak berbaloi sangat untuk sebulan. Memang mencecah gaji rina dahulu, sebabnya, bukan 1 client tapi 2 orang client buka tawaran ni dan alhamdulillah rina terpilih. Jadi, rina ambil job ini, ini salah satu rezeki menulis sebab rina ada pengalaman kerja bank memandangkan website mereka ni pasal kewangan dan sebagainya.


You all cuba bayangkan minda rina ni fikir berniaga, tiba-tiba rina jadi writer pula untuk beberapa website di Malaysia. Tapi, disinilah rupanya bermulanya kekuatan rina untuk menjadi seorang owner bisnes tu. Sebab apabila rina mula buat kerja freelance ni, dia adalah self employment iaitu kalau kita buat , kita dapat duit. Tak buat tak dapat. Kalau buat banyak, maka dapat duit banyak. Buat sikit, maka dapat sikit.


Bayaran sebulan tu mengikut berapa content rina siapkan dalam sebulan. So rina buat betul2 dengan job freelance ini sehinggalah sebulan pun pernah mencecah RM 4,000 hanya dengan menulis. Kiranya selepas berhenti kerja tu, freelance writer ni adalah job rina yang utama, kedua baru rina fikirkan bisnes. 


Kita merancang tapi sebenarnya perancangan Allah tu yang terbaik. Allah tak bagi rina terus buat bisnes sepenuhnya lagi rupanya. Tapi dia bagi rina belajar lagi, dapat skill kan diri dalam bidang penulisan dan marketing dulu.


Bisnes sandwich tu masih berjalan seperti biasa walaupun rina buat freelance menulis. Sandwich tu kami hantar di petrol station, kedai2, kiosk, universiti , sekolah dan lain2. Maklumlah waktu tu kerja menulis di rumah, so memang bisnes sandwich berjalan sekali la.


Semua Berkembang, Jadi Tak Mustahil



Sebenarnya, sejak rina menulis, rina banyak terima job penulisan lagi sehingga rina hire seorang kawan rina untuk menulis, sebab kalau rina nak tulis sorang-sorang memang tak sempat. Rina train dan ajar dia sehingga dia pun pandai menulis. Untuk job penulisan, dia adalah penulis rina, kiranya kami buat sama-sama. Bila dia banyak bantu, Alhamdulillah rina dapat leverage masa untuk buat benda lain juga. 

Inilah kawan rina yang rina ajar untuk menulis bersama

Rina terfikir, kalau job freelance pun boleh berkembang, rugi kalau tak buat bisnes sungguh-sungguh dan kembangkannya. job freelance tu pun dah dikira macam bisnes juga sebab kami bagi khidmat penulisan kat orang.


Pemilihan Bisnes / Perniagaan Untuk Berkecimpung


Kiranya pada bulan 12 2017 rina berhenti kerja. Jadi seorang freelance writer pada 2018 dan mengusahakan perniagaan Ashrin Food sepanjang 2018 dan 2019. Dan pada hujung tahun 2019 rina terfikir untuk membina sebuah perniagaan. Sebab waktu tu bisnes Ashrin Food hanya motif mengalirkan wang masuk, tak betul-betul grow atas jenama nya. Senang cerita, rina cuma buat bisnes tu sebab nak sara hidup semata-mata.

Tapi pada hujung 2019 tu rina tersedar bahawa untuk mendapatkan perniagaan yang berjaya, kita kena bantu orang lain, kita kena bina sistem, kita kena bina branding yang dapat bagi manfaat kat orang lain. Dan rina syukur sangat sebab rina sedar hal ini waktu tu. Kalau lambat lagi sedar, sampai ke sudah bisnes pun akan cukup-cukup makan je.


Rihura Wujud Kerana Delima....


Hujung tahun 2019 rina ada alami masalah hormon dan bila difahamkan, untuk selesaikan masalah rina iaitu hormon dan istihadah berpanjangan ni, buah delima elok dimakan selalu. Dari situlah rina cuba amalkan buah delima. Tapi agak susah hari-hari nak kena ada stok delima, delima kena kupas haha malas sungguh nak kupas. 


Ditakdirkan Allah SWT, suatu hari rina terjumpa dengan seseorang ni sangat pakar dalam bidang produk kesihatan. Dia bantu rina patternkan satu formula jus botanical delima, letak madu, kurma, pueraria mirifica (formula ini dicipta selepas tahu apa masalah rina nak selesaikan). Alhamdulillah maka dari situ terhasilnya Jus Aimra'a iaitu produk pertama keluaran Rihura. Dari situ juga Rina dapatkan satu nama untuk jenama yang rina bawa bagi membantu ramai wanita yang ingin sihat dalaman.



Rihura Herbs Enterprise adalah nama syarikat yang rina tubuhkan dan Rihura adalah jenama kami bagi membantu ramai orang diluar sana yang tertekan akibat was-was dengan diri sendiri, tak yakin diri serta yang tak tahu ada penyakit atau gangguan apa dengan diri dia.


Rihura Herbs Enterprise menjadi sebuah nama syarikat yang Rina pilih utk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan. Ri adalah sempena nama saya Rina, dan Hura pula adalah dari nama gelaran seorang tokoh wanita Islam iaitu Sayyida Al-Hurra yang diberi gelaran ratu bajak laut kerana kekuatan perjuangannya (Al-Hurra bermaksud wanita berdaulat).



Masalah 'Gangguan' Mendatangkan Ilham Dan Penyelesaian

Selain amalkan jus Aimra'a, rina juga mula buat kajian tentang pemakanan sunnah sebab apa yang rina dapati sejak amalkan delima, kebanyakan makanan sunnah ni merupakan penawar banyak penyakit rupanya. Salah satunya kurma Ajwa.
Kalau kita rasa badan ada gangguan, kurma Ajwa Madinah dapat mencegah segala gangguan syaitan terutamanya sihir, santau, saka dan lain-lain. Jadi, rina beli kurma ajwa untuk makan saja-saja untuk kesihatan diri dan untuk elak sebarang gangguan. Tapi tula bila dah beli kat shopee, tak sangka pula bila kurma tu sampai.. rupanya kurma ajwa ni rasa macamtu, sedap tapi mahal, macam tak puas la makan tu.


Beberapa bulan kemudian, bapa mertua rina nak ke Mekah tunaikan Umrah dan rina kirimkan dia beli kurma Ajwa Madinah. Bila dibawa balik, MasyaAllah rupanya sedap, moist dan best la makan. Tak terlalu manis dan sangat-sangatlah berbeza daripada yang mula-mula rina beli tu. 


Kenapa berbeza? Banyak orang yang rina tanya dan sumber yang rina dapat dari Madinah, rupanya sekarang banyak sangat kurma Ajwa palsu dan tipu. Kurma Ajwa yang ditanam di negara lain seperti Yaman, Iran, Tunisia tetapi dikatakan ditanam di Madinah. Ciri dan harganya tak sama, kalau di Madinah ni korang kena tau apa ciri-ciri Kurma Ajwa Asli Madinah ni, baru beli.


Sejak haritu, rina cuma beli dengan pembekal dari Madinah sahaja untuk makan saja. Cuba korang bayangkan, sanggup rina beli untuk makan sorang-sorang dari pembekal kurma Madinah. Rasa macam tak percaya sangat lah kurma ajwa kat pasaran ni ..Ada yang jual sekilo RM 55 - 75, itu semua auta, kemungkinan bukan ditanam di Madinah. Inilah info sahih rina terima daripada seorang supplier Madinah yang rina kenal. Dia yang bantu rina dalam dapatkan kurma Ajwa yang betul-betul Asli ditanam di Madinah. Alhamdulillah.

Abaikan celak tercomot tu. hehe.

Masalah Selesai, Bantu Orang Lain Juga

Pada bulan Mac 2020, Allah hadirkan satu petunjuk untuk rina supaya banyakkan buat benda bermanfaat dalam hidup ni, sebab hidup ni tak lama. Tu je yang rina fikir satu hari tu.Tapi, kenyataannya macam mana lagi cara rina nak bantu orang sebabnya rina bukanlah jutawan pada masa tu untuk sedekah banyak-banyak. Itu mindset rina waktu tu. Walaupun sedekah dengan apa yang ada je, tapi kalau sedekah sahaja rina rasa tak cukup.


Allah Maha Baik sangat sebab rupanya dia nak dorongkan rina untuk bantu orang selesaikan masalah mereka alami juga. Macam rina dulu beramal makan kurma dapat selesaikan masalah, insyallah mereka pun boleh juga. Tapi mereka je yang taktahu kurma Ajwa tu pengubat bagi pelbagai penyakit.


Akhirnya, rina buat keputusan untuk bantu orang lain dengan sharing manfaat kurma Ajwa Asli Madinah. Ajwa Asli Madinah adalah buah kurma Ajwa asli dari tanah Madinah, dari pembekal kami yang berpengalaman sejak tahun 1990-an lagi. Dan untuk pengetahuan anda semua, Rihura (syarikat rina) provide kurma Ajwa yang 100% asli dari Madinah, kami ada sijil Certified Origin dari Arab Saudi, kualiti premium dan eksport (antarabangsa). 

Inilah kurma Ajwa Asli Madinah keluaran Rihura :) Alhamdulillah.

Rina nak pastikan masyarakat yang perlukan Kurma Ajwa ni betul-betul dapat kurma Ajwa yang original , asli dari Madinah Al Munawarah. sebab kadang-kadang orang jual kurma ajwa ni cakap ajwa madinah tapi sebenarnya ajwa mereka di tanam di yaman. Kenapa penting cari yang Madinah ? Sebab hanya kurma Ajwa asli dari tanah Madinah ada keberkatan Nabi SAW. 

Inilah Perniagan Sebenar 


Alhamdulillah sepanjang 2 tahun rina sudah berhenti kerja, inilah perniagaan sebenar yang rina bina iaitu Rihura. Perasan tak, tak semestinya kita berhenti kerja , terus mula bisnes tu terus berjaya? Pasti kita akan gagal atau ambil masa untuk belajar dulu kan? Bisnes sandwich rina mula-mula tu cuma try n error, buat sendiri, tak ada ilmu perniagaan tapi belajar sendiri sahaja.


Tapi lepas 2 tahun barulah rina buat bisnes yang sebenar, ada mentor yang betul untuk tolong guide apa perlu dibuat dalam bisnes dan apa yang tak perlu buat. Perniagaan yang sebenar adalah bila mana ia ada sistem yang efektif dan perniagaan tu boleh berjalan dengan baik membolehkan kita bantu orang lain seperti pelanggan, staf kita dan lain-lain. 


Kalau sekadar kita bisnes untuk duit cukup2 makan, asalkan ada duit. Tu sebenarnya kita menjual, bukannya berbisnes.. Tapi untuk dapatkan bisnes yang bagus kita harus melalui fasa sebelumnya dulu.. iaitu kita kena jual dan buat duit dahulu. Pada mulanya memang amat struggle sebab itu pentingnya ilmu dan circle kita, siapa orang disekeliling kita yang sentiasa ada untuk support kita.


Kalau kita seorang yang motivated person, tak mudah down dalam kehidupan dan perniagaan, pasti lebih mudah untuk kita bangkit dan berjaya. Tapi kalau kita perlukan sokongan dan dorongan, kita kena ada inspirasi, motivasi dan mentor yang betul. Belajar dari mereka yang telah berjaya. Kawan dengan mereka yang sudah berjaya. Itulah circle terbaik untuk kita berbisnes.


Perbezaan Bekerja Dan Buat Bisnes Sendiri



Pada mulanya kita fikir, kerja sendiri ni senang. Ia memang senang tapi kalau senang, kerja kita tak berjalan. Tapi kalau kita fikirkan di luar kotak, banyakkan idea dalam perniagaan, buat apa orang berjaya buat, kita takkan sempat nak rasa senang pun. Sebab setiap hari kita belajar benda baru dan ada cabaran.


Paling penting, bila kita buat bisnes sendiri ni, kita kena pastikan personal energy kita gila tinggi. Kalau energy kita down, tindakan kita pun akan pengaruhi kejayaan kita pada hari itu. Kalau kita kerja makan gaji, kita buat sambil lewaa atau sungguh-sungguh pun gaji kita tetap sama. Tapi kalau kita bisnes, lebih kuat kita bersungguh-sungguh, lebih mudah kejayaan kita capai.




Rina pegang dengan kata-kata ini.

Man Jada Wajadda
Siapa bersungguh-sungguh, pasti akan berhasil


Maka, niat paling penting sebelum kita mula sesuatu perniagaan, setkan matlamat yang jelas dan mulakan dengan tindakan yang konsisten. Insyallah pasti akan berhasil. Apabila sudah mula bisnes, jangan sesekali mengalah atau patah balik. Jika kita down dan gagal, tak apa, terus cari ilmu yang betul. Belajar dengan mereka yang betul berjaya dan proven success. Insyallah semuanya baik-baik. 


Akhir Sekali, semoga kisah ini bermanfaat buat anda semua.

Doakan Rina dan Rihura berjaya dunia akhirat. Semoga kami dapat bantu ramai lagi orang diluar sana untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam hidup. Terima kasih semua.

*****

Sesiapa yang berminat menjadi sebahagian dari Team Rihura, boleh personally contact Rina.
Klik Whatsapp di sini.

*****

Berminat join Group Whatsapp sembang bisnes? Join Group di Sini. 


Terima kasih sudi baca kisah berhenti kerja bank dan jadi owner bisnes ini. Jom baca juga Persediaan berhenti kerja, Capai 5K Sebulan Dengan Menulis dan Cara Bahagikan Masa Kerja Dan Berbisnes.