20 Cara Bebas Hutang Dan Kewangan & Cara Cepat Habis Bayar Hutang

Hutang, tanpa kita sedar kita terhutang juga. Apa tidaknya komitmen seperti kereta, rumah, pinjaman peribadi yang telah dibuat memerlukan kita bayar tiap bulan. Kalau tak bayar, gawatlah rekod CCRIS kita. Memang tak bestlah tiap bulan nak kena keluar duit bayar hutang pula. Tambah-tambah kalau dah terguna kad kredit banyak-banyak pula. Aduh nasi sudah jadi bubur.

Nak tak nak, kita tetap kena bayar hutang. Jangan runsing, bertenang dulu. Hidup masih belum berakhir walaupun hutang bertimbun. Walaupun kita terbeban dek hutang, ketahuilah bahawa masih ada cara bebas hutang dan bebas kewangan yang boleh kita lakukan.

Sabar ya, jom kita buat sama-sama cara cepat habiskan hutang ini. Pertama sekali nak bagitau, jangan menangis keluar air mata darah, sebab hutang ni memang takkan habis kalau kita meratapinya, tapi insyallah hutang akan habis bayar kalau kita bertindak.

Bukan sis saja-saja nak advise, tapi sis pun pernah alami zaman kejatuhan dan zaman hutang yang menakutkan. Bak kata orang, kita dah di ambang maut macam tu. Apa-apapun sis percaya ketika itu, belum kiamat lagi buat kita. Insyallah ada sinar yang akan menanti.

Alhamdulillah keadaan kewangan kini semakin baik setelah mengamalkan 20 cara bebas hutang dan bebas kewangan ini. Jom baca satu persatu.  Semoga bermanfaat buat anda juga.

1.  Catat Jumlah Komitmen Dan Hutang

Kita semua sedar yang kita mempunyai hutang piutang dan hal itu memang tak dapat dinafikan lagi. Cara bebas hutang dan bebas kewangan pertama sekali perlu kita buat adalah dengan mencatat segala komitmen dan hutang yang kita ada. Buat catatan apakah jenis hutang tersebut dan jumlahnya setiap bulan yang harus kita bayar.

Contohnya:

Kad Kredit - RM 200
Insurans - RM 68
Kereta - RM 600
Personal Loan - RM 200
PTPTN - RM 100

Total Hutang (WAJIB):  RM 1,168

Dengan menulis, kita akan dapat lihat berapa jumlah wang perlu kita keluarkan untuk bayar hutang piutang. Beginilah duit-duit akan terus melayang untuk bayar hutang. Tetapi jangan risau, biar kita sedar diri daripada tak sedar yang kita ni banyak komitmen!

2.  Tentukan Bajet Pendapatan Dan Hutang

Fikirkan dan kira berapa gaji atau pendapatan bulanan anda dan relate dengan berapa jumlah hutang anda. Jika selepas bayar hutang, gaji anda tinggal RM100 - RM500 itu sangat bahaya seolah-olah anda sudah berada di zone merah.

Kalau baki masih ada RM 1,000 itupun dikira zone sesak.  Sebab belum tolak komitmen untuk diberi kepada isteri, anak-anak dan keperluan keluarga lagi.

Oleh itu, tentukan pendapatan dan hutang kita ni supaya kita sedar diri yang mana gaji kita tak cukup nak menampung segala hutang dan komitmen. Apa lagi, kena fikirkan something untuk tambah income lagi.

3.  Rangka Rancangan Kewangan 

Rangka rancangan kewangan anda dengan menyenaraikan keperluan atau apa yang bakal anda lakukan dengan gaji anda nanti. Antara semua perkara yang perlu disenaraikan adalah:

KOMITMEN / HUTANG

Kad Kredit - RM 200
Insurans - RM 68
Kereta - RM 600
Personal Loan - RM 200
PTPTN - RM 100

Total Hutang (WAJIB):  RM 1,168

SIMPANAN TETAP (BULANAN)

ASB - RM 100
Tabung Haji - RM 100
Sedekah / Zakat - RM 100

Jumlah: RM 300

KEPERLUAN UNTUK KELUARGA (Yang perlu standby)

Nafkah isteri - RM 300
Keperluan barang rumah - RM 300
Ibu bapa - RM 200
Anak-anak (termasuk untuk keperluan sekolah dan lain-lain)  - RM 400

Jumlah: RM 1,200

KEPERLUAN DIRI

Minyak kereta - RM 200
Makan minum - RM 200
Belanja diri - RM 100

Jumlah: RM 500

Berikut adalah contoh rangka kewangan untuk mereka yang bergaji dalam anggaran RM 3,000. Silalah create anda punya sendiri berdasarkan gaji dan komitmen masing-masing. Kenapa perlu buat rangka kewangan perancangan begini, supaya apa yang tak penting boleh kita tolak tepi dan masukkan dalam kategori simpanan.

Sebagai contoh, belanja diri, atau keperluan barang rumah tu boleh dijimatkan dan masukkan baki semuanya ke dalam akaun simpanan anda yang tak boleh dikeluarkan lagi! Ataupun masukkan dalam tabung emergency dan lain-lain yang bersesuaian.

4.  Tolong Bawa Bekal Makanan Dan Kurangkan Beli Makanan Remeh Temeh Di Luar

Tahukah anda, beli air atau kertas tisu di luar amatlah tak patut. Kenapa? Sebab kita boleh bawa sendiri dari rumah. Memang bunyinya macam kampung tapi ia adalah kesusahan harus kita lalui untuk bebas kewangan. 

Selain dapat menjimatkan wang, bawa bekal membolehkan kita amalkan gaya hidup sihat juga. Stop bagi alasan kalau nak cepat habiskan bayar hutang. Bangun awal untuk masak dan bawa bekal! 

Tisu juga tak penting untuk beli, sebab boleh tukar beli sapu tangan dan basuh jika kotor, kemudian boleh guna semula. Sebenarnya banyak cara kalau kita nak berjimat cermat.


5.  Buat Duit Tambahan

Zaman sekarang ni memang banyak cara untuk buat duit tambahan tambah-tambah dalam internet. Memang banyak sangat, sampaikan kita pun tak tahu apa nak buat. Kena survey satu-satu tau!

Antara cara untuk dapatkan duit lebih selain dari duit makan gaji adalah:

1.  Buat bisnes shopee secara part time hanya guna handphone atau laptop je. Apa salahnya kalau korang buat sambil-sambil rehat kat rumah pada malam hari, tengah kerja pun boleh belek-belek fon juga. Tup tup duit banyak masuk, bolehla topup untuk bayar hutang. Senangje cara bebas hutang dan bebas kewangan ni!

2. Buat bisnes lazada secara part time guna telefon bimbit atau laptop juga. Lebih kurang macam bisnes shopee tadi, tapi ini di platform lazada pula. Cara cepat habiskan bayar hutang ni memang kita kena usaha lebih sikit okey.

Kedua-dua bisnes di atas adalah khas untuk mereka yang selalu sibuk, tak ada masa nak fikir banyak dan memang penat bekerja dan tak mungkin buat part time yang memerlukan banyak masa. 

3.  Jadi penulis separuh masa. Sekarang ramai yang dah jana pendapatan sampingan walaupun bekerja tetap. Tapi paling tak sangka adalah yang jana pendapatan dengan menulis ni tiba-tiba income boleh cecah RM 1,000 - 2,000 ke atas hanya dengan menulis. Dah sama macam gaji bekerja tetap pula. Patutlah ada orang sampai berhenti kerja nak fokus menulis. Sis sendiri pun dah 4 tahun kerja sendiri, berhenti kerja dari bank sebab dah generate income lebih RM 4,000 sebulan gara-gara panduan penulis ni.



Kalau diikutkan memang banyak lagi cara untuk buat duit tambahan bagi bebas kewangan dan cepat habiskan bayar hutang ni. Yang penting kita kena bertekad dan rajin usaha.


6.  Selesaikan Hutang Yang Paling Tinggi Interestnya

Ya, antara kad kredit, kereta dan juga personal loan, anda tahu mana satu yang interest lebih tinggi kan? Jadi, apabila dapat cut cost perbelanjaan bulanan tu, duit lebih tu boleh terus digunakan untuk bayar hutang pada komitmen yang lebih tinggi interestnya.


7.  Simpanan Pelaburan

Tolong jangan selesa dengan kehidupan yang dapat gaji bayar hutang sahaja, sebenarnya lebih banyak hutang anda, lebih banyak anda kena dapatkan duit. Simpanan pelaburan adalah simpanan yang membolehkan duit tersebut membiak dengan lebih banyak.

Banyak simpanan yang tawarkan dividen dan bonus untuk anda jika membuat simpanan, apa lagi? Pilihlah mana satu terbaik dan mulakan simpanan. Apabila dapat pulangannya nanti, boleh guna untuk bayar hutang! Selalunya jumlah pulangan adalah tinggi bergantung kepada % dividen tahunan juga.


8.  Bonus Tahunan Dan Rajin Bekerja

Tiada pilihan lain lagi jika anda seorang yang cuma tahu membanting tulang sahaja. Cara bebas kewangan dan bebas hutang adalah dengan menggunakan bonus tahunan yang syarikat beri untuk membayar hutang yang tertunggak atau membuat advance payment. 

Jadi, jangan bercita-cita untuk berjoli atau bercuti dengan duit bonus tersebut. Itulah cara cepat habiskan hutang piutang demi merasai nikmat bebas kewangan.

Penting juga untuk anda rajin bekerja kerana dengan rajin bekerja, mana tahu pangkat akan mudah naik dan gaji pun naik kan!


9.  Berhenti Guna Kad Kredit

Rasa mustahil sangat untuk kita berhenti dari guna kad kredit. Tapi kita terpaksa berhenti kejap. Dah bebas kewangan kang, guna la balik. Actually kad kredit ni kita just simpan untuk kecemasan sahaja. Jangan guna jika tidak perlu! 

Cara bebas hutang dan bebas kewangan ramai tak sedar adalah mereka masih guna kad kredit, sedangkan ini masanya untuk anda sorok kad terlebih dahulu. Makin digunakan, makin bertambah hutang kena bayar nanti.

10.  Hidup Bersederhana

Bagaimana nak hidup dalam keadaan sederhana? Mudah saja, tukarkan barangan berjenama yang mahal kepada yang biasa-biasa. Kenapa perlu? Untuk kurangkan kos perbelanjaan kita. Haruslah kita ukur baju di badan sendiri dahulu, baru boleh pakai kan. Itulah cara untuk cepat habiskan bayar hutang dan bebas hutang. 

Kalau kita nak bebas kewangan, kita memang kena berkorban. Hidup besederhana adalah pengorbanan paling kecil sekali sebenarnya. So, jangan risau. Rileks dan buat je.


11.  Potongan Automatik Komitmen Hutang

Jika ada loan kereta, personal loan dan lain-lain hutang, set kan ia menjadi pembayaran secara automatik. Ini kerana, secara automatiknya hutang anda akan dibayar, jadi anda tak perlu bankin sendiri ke akaun komitmen tersebut. Kalau kita bankin sendiri, takut-takut kita bayar kurang pula sebab rasa tak berapa banyak duit. Eh eh.


12. Tabung Keluarga

Ini tidak memerlukan duit dari kita sahaja, tetapi satu keluarga harus menabung. Semua masukkan duit syiling dan duit kertas setiap hari dalam 1 tabung keluarga. Selain disimpan untuk kecemasan, duit tersebut juga boleh cover perkara penting yang tak berapa banyak seperti buat bayar bil internet atau bil elektrik.


13.  Restruktur Semula Pembayaran

Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yang tinggi nilai interestnya, buatlah balance transfer. Cara bebas hutang dan bebas kewangan ini adalah konsep dimana anda menukarkan kad anda dari bank A kepada bank B dan langsaikan hutang kad kredit tersebut dengan nilai interest yang lebih rendah. Menarik bukan?


14.  Sentiasa Mencari Peluang

Peluang dan ruang masih terbuka selagi kita masih berusaha. Jangan bimbang. Disamping berjimat cermat dan jana pendapatan sampingan untuk mudahkan cara cepat habis bayar hutang, kita juga boleh bebas hutang dan bebas kewangan dengan cara mencari peluang lain.

Antara contoh peluang adalah masuk mana-mana pertandingan yang membolehkan anda menang hadiah wang tunai, emas, motor atau apa-apapun yang hadiahnya lumayan. Dengan peroleh wang tersebut, anda boleh menjelaskan segala hutang piutang tersebut. Jika menang barang bernilai, jual dan gunakan wangnya untuk bayar hutang.

15.  Bersedekah Dan Zakat

Jangan lupa satu perkara ini, apabila kita sangat sempit, ia mungkin salah satu kerana rezeki kita tak berapa nak berkat. Maksudnya gaji kita mungkin tinggi tapi ia tak setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Jadi sebab itu kita rasa gaji kita macam cuma RM 600 sahaja nilainya. 

Untuk sucikan harta dan niat bebas hutang serta bebas kewangan, selalulah bersedekah dan berzakat sekurang-kurangnya RM 1 sehari.


16.  Downgradekan Lifestyle

Jika kita guna kereta besar yang komitmennya ribu riban sebulan, tukarkan kepada kereta yang lebih murah. Ia berbaloi! Nak bebas hutang ke tak nak? Mungkin waktu kita beli kereta mahal dulu tu, kita fikir kita sejenis yang banyak hutang macam sekarang kan?

Kalau kita guna astro, tukarkan kepada astro njoi. Sekali je yuran seumur hidup, tak perlu bayar bulan-bulan macam astro biasa tu. 

Selain itu, cara cepat habis bayar hutang juga adalah dengan menjual segala barang yang bukan keperluan dalam rumah. Contohnya barang seperti rumah kucing, sangkar kucing terpakai, pakaian prelove, almari yang tak digunakan, semuanya boleh mendatangkan duit dan bayar jumlah hutang yang bocor!


17.  Berhenti Merokok

Kalau hari-hari rokok, tiap bulan habis berapa banyak untuk rokok? Percaya atau tidak, setahun anda boleh jimat sebanyak RM 4,000 sehingga RM 5,000 kalau tak merokok. duit rokok tu simpan ketat-ketat dalam tabung kalis bukaan sehinggalah anda guna duit tu bayar hutang. Cara bebas hutang dan bebas kewangan ni macam rare jugak kan!


18.  Konsultansi Kewangan

Sekiranya ada seseorang yang pakar dalam urusan kewangan, berbual dan dapatkan konsultansi kewangan bersama mereka. Mungkin nasihat yang diberikan akan memudahkan urusan anda untuk cepat habis bayar hutang.


19.  Berdoa Dan Berzikir

Ramai tak sedar bahawa Allah SWT akan beri keajaiban kepada mereka yang betul-betul meminta. Pernah dengar cara menjemput rezeki? Banyak caranya tetapi yang paling berkesan adalah jika kita selalu membaca zikir ini. Jom sis ajar.

Ya Razzaq Dzulquwatil Matin Urzuqni
Maksudnya: Wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki yang tidak putus-putus, sebaik-baik tempat bersandar, berikanlah aku rezeki.

Ya Fattah Ya Razzaq 
Maksudnya:  Maha pembuka dan pemberi rezeki 

Jom amalkan zikir tu sehari 100 kali sehingga 1,000 kali. Insyallah Allah bantu kalian semua. Alhamdulillah zikir asmaul husna ini benar-benar berkesan pada sis. Haritu time sis mula jual kurma  0 sales sehinggalah jana RM 49,000 dalam masa satu bulan. Allahu. Jangan sesekali tinggal zikir ni, time basuh pinggan ke bekerja ke apa ke, baca je ok. 

20.  Sentiasa Positif

Selalunya orang yang diambang berhutang atau hampir muflis ni, makan pun tak kenyang, mandi pun tak basah. Sakit otak nak fikir hal hutang saja. Tapi jangan jadi macam tu, kita kena positif dan sentiasa positif.

Kalau kita negatif, rezeki memang susah nak masuk. Kita kena fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Insyallah semua yang berlaku baik-baik. Percaya pada Allah yang hutang kita akan selesai tak lama lagi. Amin.

Sebelum kita berjimat cermat tahap cipan tu, penting untuk kita labur ilmu lunaskan hitang ni secara mendalam. Sebab kalau kita sekali imbas je buat impian nak bebas hutang, kita akan tersadai dalam hutang yang panjang juga. 

Sis sarankan korang laburkan ilmu terlebih dahulu, dengan ilmu dari Jom Bebas Hutang ini, pasti akan membantu anda 100% insyallah. Setakat RM 20 tu, kita dapat ilmu yang kita boleh praktikkan setiap hari sampai kita tiba-tiba bebas hutang dan habis bayar hutang! 

Daripada nak biarje diri kita tak tahu menahu cara setel hutang, akhirnya kita terperangkap dalam jangka masa yang lebih lama untuk berhutang. Korang pilihlah sendiri. 

Alhamdulillah sis sendiri sudah bebas kewangan. Subhanallah. Terima kasih sangat dengan panduan Bebas Hutang ini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Zaza Azman berkata…
Alhamdulillah tips2 kak rina share ni kebanyakan nya za dan suami sedang buat. Mmg kena down size lifestyle sikit sbb za dah berhenti kerja. Fulltime Housewife.

Mmg kena jaga kewangan betul2. Thanks for this sharing. I akan terapkan yg lain juga nnt.
Rina Kifli berkata…
Alhamdulillah. Sama lah rina pun tengah buat semua ni utk cepat selesaikan komitman dan bykkan simpanan. Semgoa kita semua berjaya. Amin.
Bonde Zaidalifah berkata…
Menarik info yang dikongsikan ini, duit gaji memang kena asingkan siap-siap untuk komitment bulanan agar tak tertangguh apa yang perlu dibayar. Barulah selebihnya simpan dan guna untuk reward diri sendiri
Fiza Aizzawa berkata…
Bagusnya perkongsian dari sis nie.. betul mmg paling parah kalau terlebih pakai kad kredit. Kalau mampun urus tak salah tp kalau terlajak mmg susah nak undur.. nice sharing dan sangat bermanfaat
Yaya Azura berkata…
Sedang berusaha untuk buat duit tambahan. Semoga rezeki sentiasa bersama kita semua.