RINA KIFLI: motivasi
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2022

Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

11:03 PTG 1
Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

Apa itu big why?


Semua orang ada big why masing-masing. Big why tu apa? Lebih mudah kita cakap ia adalah impian atau apa yang kita nak dalam hidup ini.  Semua orang ada, kalau taktahu apa bigwhy anda, itu tak bermaksud kau tak ada bigwhy. Kau ada tapi kau taktahu je, kau tak sedar.. Kalau kau diam-diam fikir, kau akan dapat apa impian kau.


Baca juga: 

Apa Itu Big Why

Big Why Perlu Jelas Dan Visual


Tak terkecuali, aku juga mempunyai impian. Pada mulanya aku tak tahu bahawa itu adalah impian. Namun, aku sedar, sebenarnya itulah yang aku mahukan. 

Big why itu adalah impian atau apa yang kita betul-betul nak dalam hidup.

Ya, big why itulah impianku. Tak terlambat jika kita makin hari makin berusia tapi baru nak bercerita tentang big why. Ingat ya, belum terlambat lagi. Hatta kau umur 40,50 sekalipun masih belum terlambat.

Semua orang layak untuk berimpian, berjaya, bahagia dan dapat apa sahaja yang dia inginkan. Termasuklah cita-cita kita. Itu juga adalah big why.

Semua orang berhak ada impian. Semua orang berhak ada matlamat hidup. Dan tiada siapa yang boleh halang kita. Ya, mungkin tetap aja ada orang halang kita, tapi ketahuilah bahawa kita akan berjaya kerana kemahuan kita. Itu sudah juga. 

TETAPI, aku juga belajar bahawa kemahuan saja tidak cukup. Rupanya tindakan lah segalanya yang menjadikan kemahuan kita sebagai satu kenyataan. Tetapi berjuta manusia di bumi ini berusaha, ada yang tetap gagal. Ada sebab di sebalik itu sebenarnya. tapi hari ini kita akan bercakap tentang big why.


Kenapa big why penting?

Big why akan memacu kita untuk berjaya. Percayalah, tanpa big why tak mungkin kita berjaya, tapi dengan big why, sudah pasti kita berjaya. Apa big why anda? Pernahkah anda terfikir apa impian atau cita-cita anda?


Impian Dan Big Why Rina Kifli



Sebagai seorang wanita yang hidup bersederhana bersama keluarga, aku dibesarkan di sebuah rumah kampung bersama nenek dan ibuku. Ya ini realiti hidup aku. Sehingga aku tamat belajar dan berusia 25 tahun sampai aku berkahwin, baru ibuku pindah ke rumah flat yang sebelum ni ibu sewakan rumah itu. 

Kiranya aku membesar secara sederhana. Hidup bersederhana dan alhamdulillah aku syukur dengan apa yang aku lalui sepanjang hayatku. Terima kasih Ya Allah.

Apabila aku dewasa kini, aku sangat terkesan apabila memikirkan susah payah ibu membesarkan aku seorang diri. Tanpa abah di sisi. Aku sangat terkesan fikirkan ibu besarkan adik-adikku juga. Sebagai anak, aku nak sangat balas jasa ibuku, tapi aku sedar tak mudah untuk anak balas jasa dan takkan terbalas. 

Untuk balas jasa ibu, selain meluangkan masa bersama, meringankan beban keluarga dan lain-lain, of course kita perlu berjaya, perlu wang untuk bantu keluarga dan lain-lain. Amat sedih pun ada bila kita fikir orang lain berkorban untuk lihat kita berjaya.  Apa yang kita fikir, pasti sesuatu yang datang dari hati. 

Disudut hati, aku rasa aku tak ada apa-apa. Aku masih lagi level ikan ikan bilis yang anak. Aku kena mula dari bawah semula untuk berjaya. Kesilapan aku masa lalu adalah aku tak all out dengan apa yang aku usahakan. Dan aku taknak buang masa lagi. Aku akan tebus semua kesalahan itu untuk berusaha sungguh-sungguh capai impian aku.

Apa impian aku? Impian utama aku? Terlalu besar dan banyak. Aku sendiri tak tahu adakah Allah izinkan aku capai impian aku ini atau tidak.

Tapi big why aku cukup kuat.


Kebebasan Kewangan 


Bebas kewangan dimana aku mampu bahagiakan semua orang tersayang terutamanya mak, keluargaku, adik-adikku, suamiku dan semua orang yang memerlukan di luar sana. 

Aku selalu terbayang aku ada freedom yang tak perlu untuk aku korbankan masa aku bekerja atau buat apa-apa. Contohnya, kita boleh beri wang atau sedekah sesuka hati tanpa fikir kita perlu cari duit atau struggle lagi. 

Contoh yang lain, kita boleh beri wang berapa ribu kepada mak kita tanpa perlu susah-susah fikir nak kerja lagi cari duit. Tapi kalau itu berlaku, tak rasa lah kita akan kehidupan ini. 

Cuma aku percaya aku akan dapat freedom life, financial freedom dan retired young!

Sungguh aku nakkan bebas kewangan sebegitu. Jangan kata mustahil, ia sebenarnya tak mustahil. Aku sudah jumpa penyelesaian dan dalam proses capai big why aku tu. Semoga dipermudahkan. Nanti aku kongsikan apakah penyelesaiannya.


Baca Juga:


Sebuah Rumah Idaman Keluarga



Rumah idaman rumah teres atau landed house. Ini adalah idaman aku untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku sangat idamkan nak beli atau nak duduk rumah idaman aku walaupun kecil takpe. Janji aku nak rumah sendiri yang landed house dan rumah hasil titik peluh aku sehingga aku dapat retire young dan retire rich dalam usia yang muda.

Alhamdulillah , aku bersyukur bila Allah tunjuk jalan yang tepat pada aku. Sekarang Allah cuma nak aku usahakan sahaja dengan platform atau kepakaran yang Allah beri pada aku. 

Perjalanan takdir aku adalah bersama mereka yang minat bisnes, yang sukakan bisnes, circle yang suka mencari ilmu bisnes. Alhamdulillah aku syukur dengan rezeki Allah beri ini.

Aku juga mengenali seseorang yang memberi peluang dan ruang perniagaan untukku. 

Gambar bersama seorang hamba Allah yang Allah hantar.


Bersama beberapa Bisnes Partner Rina yang sempat hadir juga



Dalam video di bawah ini, adalah rumah dia. 

Terima kasih dia sebab banyak ajar aku untuk terus berjuang dalam platform ini. Dan hampir 1 tahun aku baru bermula , kini tengah membina legasi untuk ini. Terima kasih juga bisnes partner aku yang join sama-sama untuk berjaya sama-sama. 




Macam mana? Terbakar kan tengok rumah mentor aku. Terima kasih banyak kepada beliau yang sudi bimbing aku dan partner bisnes aku sehingga berjaya! amiin.

Alhamdulillah, aku masih buka peluang untuk sesiapa yang berminat nak jadi bisnes partner dengan aku. Yang berminat dan ada impian, yang nak ubah hidup supaya lebih bermanfaat dan bebas kewangan dan masa. Cukup lah kalau betul-betul nak, itu saja yang paling penting.


Boleh terus wasap Rina ya di SINI. BTW ini adalah pasif income sampingan, untuk penulisan, korang boleh hubungi rina macam biasa!



Jom Baca Juga:

Tarbiah Big Why Bisnes
7 Tips Fokus Capai Matlamat
50 Kata Semangat untuk Berjaya Dan Motivasi Diri

Isnin, 13 Jun 2022

Big Why Perlu Jelas Dan Visualkan

7:49 PTG 0
Big Why Perlu Jelas Dan Visualkan

Sudah lama kita dengar pasal big why. Dan kita sedia tahu apa itu big why. Namun, tak ramai dalam kalangan kita yang faham apa itu big why tapi mampu lakukannya dengan baik. Agak sukar jika kita fikirkan, tahu apa yang kita nak dan lakukan tindakan untuk mencapainya. Amat sukar sekali. Serius.

Jadi, bagaimana nak konsisten dan pastikan kita benar-benar on track untuk capai big why kita? Apa yang kita perlu buat? Sebelum tu, anda kena tahu dahulu apa itu big why. Big why adalah sesuatu sebab atau titik yang kita letakkan untuk kita benar-benar capai sesuatu seperti kejayaan dan lain-lain. Ia adalah apa yang kita ingin capai, tak kiralah dalam hidup, hubungan, kerjaya dan freedom dan banyak lagi.



Baca Juga: Apa Itu Big Why?


Big Why Perlu Jelas

Sekiranya kita sudah tahu apa yang kita nak, kita perlu fikirkan bagaimana untuk membuatnya menjadi lebih jelas. Nyata sekali, kita perlu fahami apakah big why kita, kenapa kita inginkan ia, bagaimanakah gambaran big why kita itu. Jadi, Big Why perlu benar-benar jelas untuk memudahkan kita mencapainya. 


Big Why Yang Jelas

Bagi mendapatkan big why yang jelas, mudah sahaja. Kita kena buat formula ini. 

Apa, Kenapa, Bagaimana, Kesannya.


1. Apa Big why kita?

2. Kenapa kita mahukannya?

3. Bagaimana cara untuk kita capai big why tersebut?

4. Apa kesannya jika kita dapat capai big why itu?


Apabila kita cukup fahami secara mendalam akan apa yang kita inginkan dengan berpaksikan jawapan-jawapan tersebut, pasti kita akan jelas akan big why kita. Big Why ini perlu jelas seolah-olah kita sudah nampak apa akan berlaku jika kita capai impian tersebut. Sebelum capai pula, kita sudah tahu dan rancang apa kita akan buat untuk capai semuanya.

Ia juga melibatkan jangka masa panjang dan pendek. Matlamat itu pula perlulah yang boleh kita capai dengan usaha dan rancangan yang kita telah buat. Benda tak mustahil tau. Jadi, kita kena kerja keras. Kita kena buat dan mencapainya.





Big Why Perlu Visual

Apakah maksud visual? Big why perlu visual maksudnya kita perlu menampakkan big why itu dengan mata kasar. Maksudnya kita perlu lihat gambarnya, perlu ada gambar nya untuk kita lihat hari-hari, selalu, setiap masa. 

Apabila kita visualkan big why kita, ia akan menyuntik semangat kita untuk terus berusaha melakukan usaha dan kerja kita bagi mencapai big why tersebut hari demi hari. 

Tapi tujuan utama big why perlu divisualkan adalah untuk mengingatkan kita hari-hari bahawa kita ada big why. Sebabnya, manusia mudah lupa. Harini ada duit sikit, kita malas nak usaha. Kita fikir takde bigwhy atau tak kisah sebab ada duit, nanti boleh usaha balik. 

Salah tu, sebaliknya kalau kita gila-gila nak capai big why, kita ingat dan nampak big why kita hari-hari, maka kita akan lebih kuat berusaha walaupun kita baru senang sikit jer.


Cara Visualkan Big Why


Cara visualkan big why adalah mudah, kita boleh gunakan gambar apa yang kita nak, impian kita. Contoh macam jika nak umrah, kereta, rumah dan lain-lain. kita tulis ayat apa yang kita mahu itu dan gambar apa yang kita nak tu. Print dan tampal di tempat kerja, rumah, bilik atau mana-mana sudut yang anda selalu lihat atau duduk hari-hari. 

Untuk lebih menarik, anda juga boleh buat vision board. Vision board ni lebih kepada gambaran impian kita serta tempoh berapa lama yang kita nak dapatkannya atau mencapainya.

Sekiranya anda tidak berapa suka melihatnya didalam bentuk gambar atau ayat, anda boleh letakkan di dalam telefon bimbit sebagai sesuatu yang boleh anda lihat selalu untuk lihat setiap hari.


Jom baca juga:

20 Cara Bebas Kewangan Dan Bebas Hutang

Cara Buat Duit Di Internet Jika Terdesak

Sebab Perlu Gila Menulis Mudah Buat Duit Cara Ini


Untuk memudahkan kalian, pada next entry rina akan share apakah big why dan impian rina serta buat rancangan terperinci supaya anda boleh lihat contoh macam mana kita perlu pastikan big why kita terlalu jelas dan visual tu.

Setakat ini dulu perkongsian berkaitan Big Why perlu jelas dan visual ini. Terima kasih semua pembaca. Semoga entry ini bermanfaat, ringankan tangan untuk share link blog ini dengan masyarakat di luar sana ya.


Assalamualaikum wbt.

Isnin, 10 Januari 2022

Komited Dengan Perniagaan, Sebab Kau Ada Big Why!

2:02 PG 0
Komited Dengan Perniagaan, Sebab Kau Ada Big Why!

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt kalian semua.

Sama ada kita berniaga sendiri, kita bekerja makan gaji, semuanya sudah pasti ada sebabnya. Ya, kalau ikut jawapan Islam, kita akan cakap kita bekerja atau berniaga kerana Allah SWT.

Tetapi kalau kita fikir dari dunia atau logik, kerana kita semua nak cari duit atau rezeki. Apapun sebab kita bekerja, itu adalah kerana Big Why kita. Ya, kita semua sebenarnya ada big why atau sebab utama yang membuatkan kita betul-betul nak buat sesuatu.

Cuma sayang, tak ramai daripada kita tahu apa big why kita dan ramai tak sedar sebenarnya dia pun ada big why. Rina pasti anda semua di sini kerana anda juga ada big why atau mungkin tengah mencari kekuatan atau inspirasi untuk terus berjuang.


Big Why Yang Kuat, Buat Kau Komited Gila-Gila



Itu jawapannya. Kalau kau buat bisnes, kau gila-gila kena komited. Sebab kau ada big why. Seseorang pasti akan ada big why. Siapa hidup dia tidak ada impian? Mungkin ada orang akan angkat tangan dan mengaku. tetapi selepas balik rumah, dia fikir nak duit, nak rumah, nak bahagia macam orang lain, nak bebas kewangan, nak ada banyak masa, itu semua big why. Apa sahaja yang korang nak, itu adalah big why.

Sekarang faham kan?


Jika Pilih Perniagaan Sebagai Jalan Hidup

Betapa ramai orang yang buat pilihan untuk berniaga dan sanggup tinggalkan segalanya kerana minat berniaga. Itu adalah pilihan. Kerana dalam hidup ni banyak pilihan tapi berniaga atau yang kita pilih.

Bisnes sendiri tak salah tetapi salahnya adalah bila kita buat bisnes tanpa ilmu. Akhirnya kita gagal dan menyalah diri serta orang lain. Mungkin ada orang berkorban untuk kita capai cita-cita kita, tapi berbaloikah pengorbanan mereka.

Ingat, ketika kita sudah pilih jalan untuk berbisnes sendiri, jangan rasa menyesal. Dugaan dan cabaran itu normal, itu semua adalah cabaran bisnes yang perlu kita hadap bila bisnes sendiri ni. 



Dan anda kena tahu kelebihan buat bisnes ni lebih banyak dari bekerja sendiri. Kena tahu tujuan sebenar anda. Kalau objektif semata-mata kerana dunia memang takkan ke mana. Pada hari pertama kita decide untuk buat bisnes sendiri, saat itu jugalah kita serah segalanya pada Allah SWT.

Kenapa? Bisnes dan kerja umpama ibadah, Tetapi bisnes atau berniaga ini adalah dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabat Nabi. Malah, isteri tercinta Nabi Siti Khadijah RA juga merupakan salah seorang peniaga paling berjaya dan kaya. Begitu juga dengan Abdul Rahman Bin Auf, Umar Al-Khattab, Abu Bakar As Siddiq dan ramai lagi.


Jadi, Apa Big Why Atau Sebab Kita Berniaga?


Apa tujuan utama anda berniaga? Perlu ada tujuannya, jika belum ada, cepat cari dan fikirkan. Sebenarnya ia bukanlah semata-mata kerana duit, nak cari rezeki dan sebagainya. Tetapi ia adalah kerana saham akhirat.

  • Dengan berniaga, kita dapat bantu bagi manfaat kepada orang lain
  • Dengan berniaga, kita dapat bantu orang yang ada masalah dan selesaikan masalah dia
  • Dengan berniaga, kita dapat bersedekah dengan banyak dari segi wang, tenaga, dan lain-lain lagi.
  • Dengan berniaga, kita dapat wujudkan peluang perniagaan dan bantu lebih ramai orang untuk beri manfaat kepada orang lain lagi
  • Dengan berniaga, kita dapat sebarkan ilmu bermanfaat juga

Banyak lagi sebenarnya, tujuan berniaga ni kita kena gali lagi. Yang pasti, ia juga adalah sunnah yang dituntut dan ia juga adalah merupakan satu ibadah buat kita juga. 

Kemudian, penting untuk kita jadikan perniagaan ini sebagai salah satu saham dunia dan akhirat. Dekat sinilah yang dikatakan kita kejar dunia dan akhirat. Tapi bila dah berniaga nanti, kita akan terasa bila kita kejar akhirat, pasti dunia akan kejar kita. Itu sudah pasti.

Jadi, apa big why korang lepas ni? Jangan lupa ya, komited dan fokus pada bisnes korang semua, Ingat big why, buat sungguh-sungguh dan sunguh-sungguh gila-gila. Capai impian bergelar jutawan dunia dan akhirat insyallah.


Khamis, 27 Mei 2021

TUHAN TAK JANJI KITA KAYA KALAU BERNIAGA!

9:25 PG 0
TUHAN TAK JANJI KITA KAYA KALAU BERNIAGA!

Tuhan tidak berjanji siapa berniaga akan Kaya Raya. Tetapi Tuhan berkata, siapa yang bertawakkal kepadaNya pasti dicukupkan keperluannya.


Jangan takut untuk berniaga, sesungguhnya 9 / 10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Saya ada kenal ramai kawan yang sangat takut untuk berniaga. Saya sendiri pun takut pada awal-awal dulu. Takut apa? Takut kalau tak ada orang beli maka tak ada duit.

Dah kenapa?

Dalam masa yang sama saya terfikir kenapa kita nak buat tuhan pulak?
Yang beri rezeki tu Allah SWT. Kerja kita adalah usaha dan bertawakal kepadaNya.

Alhamdulillah bila saya mencari-cari lebih banyak info pasal perniagaan, Allah buka hati saya untuk berniaga. Secara fulltime. Berhenti kerja bank dan nak berniaga. Sebenarnya risau tu memang risau namun saya ada sebab yang tersendiri ketika itu. Big why saya sangat kuat untuk memulakan perniagaan pada ketika itu.

Sekarang, apabila ada masalah atau cabaran yang saya hadapi, saya akan teguh kuat dan takkan putus asa. Saya akan ingat balik kenapa saya bermula suatu masa dahulu. Manusia sebenarnya sangat lemah, namun manusia juga sebenarnya memiliki satu aura yang kuat. Iaitu yakin pada diri sendiri dan bersangka baik.


Allah sentiasa menurut sangkaan hambaNya. Jangan sesekali mengeluh dan putus asa dengan apa yang kita lakukan. Jom bangkit untuk kecapi apa jua yang anda inginkan!

Selasa, 11 Mei 2021

PERKARA YANG NAK DICAPAI PADA TAHUN 2021

6:09 PG 2
PERKARA YANG NAK DICAPAI PADA TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt, 2020 melabuhkan tirai. Tapi masih belum terlambat Rina nak ucapkan Selamat tahun baru 2021 walaupun kita sudah masuk Quarter 2 iaitu Bulan April 2021 dan sekarang sudah May 2021. Lambat wish sini sebab terlalu sibuk sangat.

Alhamdulillah Allah SWT izin rina untuk terus menulis di sini biarpun banyak hal yang tak sempat rina share kat sini tapi alhamdulillah rina sempat dan akan share apa yang rina lalui sepanjang tahun ni di sini.

Sebenarnya pada tahun 2020 macam-macam suka duka yang telah rina lalui dan pada 2021 Rina bangkit semula dengan azam baru. Berkaitan bisnes dan kehidupan peribadi. Bak kata mentor rina, fokus pada jalan penyelesaian dan jangan fokus pada masalah. Itulah yang rina pegang supaya tak cepat putus asa dan down.


Tahun 2021 ini, segala perancangan dan kertas kerja dah dibuat. Yeeyeee je tu. Tapi tak de la sejelas dan details. Sekadar Draft. hehe. Ok Alkisahnya adalah apa yang nak dicapai pada tahun 2021. Antara perkara yang kita nak capai wajib kita tulis. sebab bila kita tulis minda dan tindakan akan selari untuk menghasilkan result.

Penting untuk kita tulis impian dan apa yang kita nak capai.


A. TULIS IMPIAN DAN PERKARA NAK CAPAI


Antara perkara yang Rina nak capai pada tahun 2021 adalah:-

1. Nak ada simpanan Peribadi RM 15,000 ke atas

2. Nak dapatkan jualan RM 100,000 dalam masa setahun ini.  Alhamdulillah quarter 1 bulan 1,2,3 dah cecah separuh target.

3. Nak beri ibu wang belanja minimum RM 500 sebulan seterusnya RM 1,000.

4. Nak selesai segala hutang piutang segera.

5. Nak tiap bulan dapat income tetap atau bersih lebih 5 K dan ke atas walaupun bekerja atau bisnes di rumah.


B. CARA CAPAI PERKARA TERSEBUT.

Penting untuk kita tulis apa yang kita nak capai dan cara untuk mencapainya. Jika dah tulis apa impian kita, sekarang kita fokus kepada cara capai impian tersebut. 

1. Melalui bisnes / perniagaan

2. Perlu letak target berapa nak dicapai, mengikut tempoh sebulan , seminggu dan sehari.

3. Perlu tahu cara nak capai target setiap hari,bulan dan minggu tu.

4. Macam-macam lagi. Kena plan. Kejayaan adalah sesuatu perkara yang perlu kita plan. Kita yang design hidup kita, nak berjaya atau tidak. Usaha sangat penting dan selebihnya kita minta dengan Allah SWT.



Rina yakin ramai dalam kalangan korang yang ada macam -macam impian dan tak tahu nak mula capai macam mana. Sebenarnya, mulakan sahaja apa yang ada ditangan dan terus usaha. Tak perlu nak tunggu semua benda sempurna.  Penting sekali, usaha tangga kejayaan. Ubah nasib diri sendiri dahulu, insyaAllah Allah bantu kita. Insyallah semoga dipermudahkan urusan.

Salam kejayaan 2021 buat semua.

Selasa, 27 April 2021

APA ITU 'BIG WHY'?

9:08 PTG 0
APA ITU 'BIG WHY'?

Assalamualaikum wbt semua, para pembaca blog sisrina. Harini mood menulis entry datang membuak-buak. Setelah hampir 4 bulan tak berblogging. Ya, salah sendiri kerana tak konsisten akibat fokus hal lain.


Hari ini Rina nak share something berkaitan dengan kemahuan. Ramai orang anggap kemahuan ini benda yang fizikal, contohnya nak harta. Tapi tak ramai tahu kemahuan itu adalah apa yang kita nak gembirakan orang lain. Nak buat orang lain bahagia atau happy pun kemahuan.


Dalam erti kata lain, ia adalah Big Why. Semua orang sebenarnya ada big why masing-masing. Bezanya adalah big why dia biasa-biasa , tak kuat atau benar-benar kuat.


Apa Maksud Big Why sebenarnya? Ia adalah Sebab atau kenapa?



Kenapa kita nak berjaya. Apa benda yang bakar semangat kita untuk berjaya. Itulah hal yang sebenarnya perlu kita tahu.


Penting sangat sebab pushing faktor yang menentukan kejayaan seseorang adalah dari segi Why dia. Kenapa dia nak buat dan nak berjaya. Mungkin sebab anak-anak, nak balas jasa ibu bapa, bengang dengan apa yang orang mengata dia suatu masa dulu dan banyak lagi.


Selalunya big why ini adalah perkara yang kita betul-betul marah dan bengang. Disebabkan perasaan itulah kita akan bersungguh-sungguh buat bisnes (contoh).


Of cos rina pun ada big why dan big why rina ni sangat sedih. Rina nak buat bisnes sungguh-sungguh dan ada duit banyak supaya rina sempat bahagiakan mak. Sebab rina tahu tak ada apa yang dapat buat jasa seorang ibu terbalas, sebab memamg kita tak mampu nak balas jasa melahirkan kita. Tapi dengan kejayaan kita mungkin mampu realisasikan apa yang mereka nak, bawa pergi umrah, beli macam-macam dan sebagainya.


Ya betul.Mungkin mereka tak nak apa-apa. tapi Percayalah untuk kita jaga mereka pun kita perlu duit. Untuk perubatan, keselesaan dan lain-lain lagi. Dan rina percaya , korang pun ada big why masing-masing.


Big why ni tak semestinya untuk kejayaan atau bisnes je tau. Contoh kalau korang nak kurus dan bersungguh-sungguh. Apakah sebabnya? Mungkin big why korang sebab nak tunjukkan dekat orang yang selalu mengata kat korang dulu, yang selalu hina dan lain-lain. (contoh).


Big why ni kalau kita tengok hari-hari perasaan kita pasti berkobar-kobar. Kena tengok hari-hari.

Lepastu korang akan rasa kenapa korang perlu buat tindakan untuk berjaya!



SisRina,

Isteri Kurma Solehah. 


Isnin, 26 Oktober 2020

Jangan Menyesal Dengan Kehidupan Kita Sekarang

3:16 PTG 2
Jangan Menyesal Dengan Kehidupan Kita Sekarang

Kehidupan kita sekarang ditentukan oleh apa kita buat pada 5 tahun sebelum ini. Kehidupan 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang pula ditentukan oleh apa yang kita buat sekarang. Kalau hari ini kita masih tidak buat apa-apa, maka pada tahun yang mendatang pun hidup kita biasa-biasa, macam sekarang ni. Tiada apa-apa yang menarik dan berjaya pun.


Percaya atau tidak, untuk menjadi seseorang yang berjaya atau tidak, ia memerlukan perancangan dari segi tindakan. Kalau kita tidak menyediakan diri kita pada hari ini untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berjaya, pastinya kita takkan mampu menjadi seorang yang berjaya seperti yang kita inginkan.

founder rihura


Sama konsepnya kalau kita nak kurus, jika kita tak diet, maka macam mana kita nak kurus? Jika kita tak senaman, pun tubuh kita masih sama macam sekarang. Kesihatan kita pun tidak bertambah lebih baik jika kita tak usaha dan jaga.

Oleh itu, jangan menyesal dengan kehidupan sekarang. Sebab apapun yang kita buat, itulah yang akan mempengaruhi kehidupan kita. Sama ada dari segi kejayaan atau kegagalan. Jangan takut jika hidup kita biasa-biasa jer, sebab tu kita yang pilih. Jangan takut juga kalau hidup kita berubah jadi luar biasa dan berjaya, itu sebab kita berani buat something yang luar biasa dan berjaya.


Kalau kita nak berjaya dan tak nak menyesal pada kemudian hari, tolong rangka kejayaan kita 10 tahun akan datang, 5 tahun akan datang. Dan buat tindakan yang sepatutnya untuk terus berjaya. Kalau ada impian tapi tak ada tindakan, percayalah bahawa u takkan dapat capai apapun impian yang u buat.


Jangan menyesal dengan kehidupan kita sekarang kalau kita dah tahu caranya, semangatnya tapi kita masih buat bodoh je. Kita masih buat tak kisah. Sebab tindakan itu adalah pilihan kita. Kita yang pilih nak terus bertindak atau nak buat tak kisah.


At the end of the day, hasil bagi mereka yang bertindak dan berusaha adalah kejayaan. Manakala hasil bagi mereka yang tidak bertindak adalah kegagalan ataupun masih stuck di tempat yang sama.


Sabtu, 3 Oktober 2020

Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

11:08 PTG 5
Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

 Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Syukur kepada Allah SWT yang kurniakan rezeki tanpa henti-hentinya buat kita semua sehingga ke hari ini. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat yang tak mungkin dapat kita bayar kembali melainkan syukur, solat dan sujud kepadaNya. Allah Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani hamba-hambaNya dan Allah menurut sangkaan hambaNya. Subhanallah.


Pada entry kali ini, Rina akan ceritakan Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes yang telah berlaku pada diri rina sendiri. Ini adalah kisah benar dan full story yang mungkin akan menjadi penceritaan sempurna dalam hidup rina untuk memacu impian dunia akhirat yang dibina, buat empayar Rihura, generasi akan datang, kawan2 semua dan juga seluruh masyarakat sejagat.


Jom baca kisah siapa rina, bagaimana rina berhenti kerja memulakan perniagaan sehingga bagaimana wujudnya Rihura.



Umur Dan Sebab Berkecimpung Dalam Bidang Perniagaan

Pada awal umur 18 tahun, Rina memang suka bidang perniagaan sebab waktu tu selalu dipengaruhi dengan seminar bisnes sana sini, selalu dapat flyers MLM hihihi dan pernah jela pergi dengar bab-bab MLM ni. Waktu umur 18 tahun tu, pasti kita ni cepat terpengaruh dengan cerita orang kaya-kaya ni, tapi apapun benda2 ni buat rina jadi positif pasal bisnes. Rina ada mindset dimana untuk bebas kewangan dan dapat income unlimited, seseorang tu perlu bina perniagaan. Itulah sebab rina minat sangat bisnes sejak umur 18 tahun.


Tapi kehidupan kita akan mengikut keluarga kita dalam masa kita membesar. Waktu tu, Rina sambung belajar di Uitm Jengka Pahang. Rina tinggal bersama mak, adik, akak dan tok di rumah kampung Penang. Itupun rumah tok, sebabnya sejak arwah abah meninggal waktu rina umur darjah 1 dulu, kami dari Ipoh Perak pindah duduk dengan tok dan membesar di Penang.


Mama bekerja sebagai seorang pembantu klinik swasta dengan gaji tak sampai RM1,000 pada masa tu.  Mama membesarkan akak & rina (sekolah asrama) serta 2 orang adik kecil pada masa tu. Tapi lepas akak habis spm, dia masuk Unisel, kemudian dia dapat kerja kerajaan, dia banyak bantu mama dan family kami. 



Tak Cukup Wang Nak Survive Di Universiti

Waktu tu Rina belajar di uitm Jengka dan belum dapat kemudahan Ptptn. Sepanjang awal semester tu, kadang-kadang duit kurang dan terpaksa makan megi ikut hari (beli 1 maggi RM4.50 dalam tu ada 5 paket). 1 paket 1 hari untuk seminggu. Cuba bayangkan sampai macamtu sekali la rina pernah catu. Kadang2 masak magi letak kuah banyak, makan separuh tengahari, nanti petang sambung makan lagi separuh. Tapi benda ni tak pernah rina cerita kat sapa2 pun, dan hari ini rina kongsi kat sini.


Semuanya sebab rina tak nak susahkan mak dan akak. Mereka dah banyak susah untuk Rina selalu. Bila ingat perkara ni, memang rasa nak menangis tapi inilah kehidupan dan cabaran kita. Itu hanyalah ujian kecil buat kita sebenarnya. Bagi rina, apalah sangat terpaksa tahan makan atau lapar tu, daripada orang lain yang banyak diuji lebih teruk dari ini.


Sebab itu, Rina punya minat berniaga tu bertambah-tambah, sebab rina dapat buktikan pada diri yang rina dapat duit bila dah start niaga online. Produk pertama rina jual adalah celak hashmi kajal pakistan. Bermula niaga di blog, mudah.my, facebook page. Akhirnya taktahu dari mana orang jumpa iklan2 tu, mula beli celak tu. Benda tu sedikit sebanyak bantu rina dapatkan duit poket. Seminggu boleh dapat dalam RM 15 - 50 untung bersih waktu tu memang rina syukur sangat. Lepas tu bertambah seminggu capai RM100. Bagi seseorang yang tak pernah bisnes online dan perlukan duit, pasti akan rasa syukur sangat bila dapat gitu.

Dekat kelas dalam uitm Diploma pula, rina ada jual pengilat kuku. Maklumlah kelas ramai pempuan dan pengilat tu pun rina beli kat kedai rm2 dan mydin jee jugak, sama cam celak tu. hehe. Contoh, modal rm2 tapi jual rm5-6.


Alhamdulillah dengan perniagaan sebegitu, maka dapatlah duit poket tambahan nak beli buku, makanan dan lain2 lagi. Tapi rina sangat berterima kasih kat mama dan kaklong sebab selalu support rina. Sebenarnya banyak juga duit-duit mereka tampung rina kat sana sebab risau tak cukup dan lain-lain. Selalunya duit mereka bagi tu rina utamakan untuk buat assignment, beli buku, internet, beli barang keperluan macam ubat gigi, sabun, biskut, makan.


Tamat Universiti Dan Mula Bekerja


Waktu graduate, Alhamdulillah dapat1st class dan dekan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat (Minor Business). Semasa praktikal job, rina telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan banyak pelajari bab management.


Tamat praktikal selama beberapa bulan dan sudah grade, bermulalah kisah nak mencari kerja. Walaupun dalam hati ni minat bisnes, tapi tanpa ilmu rina sedar semua takkan menjadi kalau terus berniaga. Nak berniaga adalah secara serius, jadi mana mungkin tanpa ada ilmu dan pengalaman, terus boleh berjaya. Sebelum mula berniaga pun, bagi seorang fresh grade macam rina ni, mestilah kena ada pengalaman bekerja dulu. Barulah dapat belajar banyak perkara tentang syarikat.


Macam-macam kerja Rina apply di jobstreet dan akhirnya rina hadir Interview Maybank Terbuka sebagai sales Consumer Executive dan diterima bekerja di sebuah cawangan Maybank di Penang. Pasti ramai tertanya kenapa Rina belajar Office Management tetapi sanggup interview bahagian sales dan akhirnya bekerja sebagai Consumer Sales Executive? Tapi semua orang tak peduli pun, diorang dengar nama Maybank dia rasa kita kerja bank bestt dan hebat. Hehe.


Kenyataannya, bila masuk bidang sales ni ada target, ada sales nak kena fikir, kena power knowledge untuk produk bank dan macam-macam lagi. Memang rina challenge diri untuk masuk bahagian ini. Sebab waktu rina cari kerja dulu, rina cari kerja yang gaji tinggi untuk fresh grade, kebanyakan adalah dalam bidang sales dan banking. Nampak sangat memilih kihkih. Jadi kena la sanggup kalau betul2 nak!


Masuk Kerja Bank | Perubahan Hidup

Sebagai seorang fresh grad dalam bidang office dimana kitorang belajar bab mekap, bab setiausaha, kerja admin bagai.. tiba-tiba nak kena buat sales jumpa orang, sembang-sembang, cakap pasal produk bank.. waktu mula-mula memang agak kekok sebab tak biasa. Tapi lama-lama dah boleh follow rutin kerja tu dan happy sebab hari-hari dapat semangat dari bos, dapat belajar dari senior dan lain-lain lagi.


Walaupun banyak produk bank yang nak kena handle dan achive target tapi... Rina paling suka sangat fokus 1 produk ni iaitu kad kredit. Boleh dikatakan sales kad kredit ni memang boleh dapat lebih selalu. Selain tu, rina juga fokus untuk bahagian loan rumah dan asb.


Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rina ingat boleh stay lama dekat tempat ni, tapi disebabkan sakit dada yang melampau sampai doktor sahkan ada acute respiratory, terlampau berfikir, stress. Rina pun fikir apalah sangat aku ni sampai sakit dada dan stress tu. Bahaya betul bila melibatkan kesihatan yang macam tu. 


Benda tu berlaku secara tiba-tiba, mungkin tak cukup rest agaknya atau rina jenis fikir banyak.

Sebenarnya sakit tu pada masa tu bukanlah satu sebab untuk rina berhenti kerja, cuma rina sedar pada masa tu, mungkin rina terlalu push diri nak jadi seorang sales person. Setelah hampir setahun bekerja, rina terdetik hati nak kembangkan kerjaya dalam bidang Kad Kredit sahaja, sama ada masuk card credit centre atau apa yang berkaitan.


Sehinggalah rina ditawarkan bekerja di salah satu Agensi Third Party Bank bahagian Kad Kredit, jadi itu adalah sangat bestt bagi rina sebab sebenarnya Rina percaya, untuk berjaya kita perlu fokus apa yang kita minat dan pakar.


Bahagian Kad Kredit Maybank


Apabila berkecimpung dalam bidang ini, Alhamdulillah everything go smooth. Kat sini pun buat sales tapi telemarketing, banyak sangat pengalaman rina dapat dari sini. Ilmu kewangan, marketing dan macam-macam lagi yang boleh rina guna dalam hidup ni. Sampai satu tahap, rina boleh buat sales kredit kad sehari lebih dari 10 - 18 kredit kad pernah pecah rekod la time tu dalam sehari hanya menggunakan call sahaja.


Selain call rina juga ada banyak database untuk customer yang have-have ni, jadi selain online, hari cuti kerja, rina juga ada jumpa orang yang nak daftar kad kredit. Cuma ini kadang2 risiko sikit sebab ada ja yang jenis suruh jumpa di Apartment dia dan lain2. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan sebab waktu tu rina ada seorang kawan baik nama Ashraf (sekarang suami), dialah yang wajib teman rina jumpa semua client ni. 


Income kat sini pun best kalau sales banyak. Sebab tu rina sendiri dah setkan matlamat aku akan behenti kerja hanya kerana dapat better office dari syarikat lain yang basic 3k ke atas sehaja lepas ni atau untuk buka bisnes sendiri sahaja. Selain dari tu, aku takkan berhenti kerja. Boleh dikatakan itulah pegangan rina waktu tu.



Waktu tu rina baru je berkahwin, jadi suasana pun dah berubah. Tibaa-tiba Rezeki pada waktu tu bila dinaikkan pangkat jadi Team Leader dan mula belajar cara nak manage team sendiri. Alhamdulillah semua baik-baik. Tapi bila tanggungjawab bertambah, selalu archieve target balik jam 6 - 7 petang. tapi bila dah jaga team, balik dalam jam 8 - 9 malam. Suami yang balik kerja dulu, mertua yang masakkan makan malam. Rina pergi kerja awal pagi tak sempat tengok matahari, dan balik kerja pula pada malam tak sempat tengok matahari juga.


Paling rina rasa nak behenti kerja masa tu sebab rina kerap migrain sangat, pening, balik rumah je makan dan tidur. Kadang-kadang kesian kat suami macam dia pulak jaga rina untuk segala-galanya. Tapi waktu tu la rina mula kenali diri dia Alhamdulillah syukur sebab dia tatang macam minyak penuh, sangat2 supportive bagi rina.


Waktu dah kawen ni, ada suami, jadi terasa macam kan best kalau balik kerja 5 petang macam kerja office hour yang lain tu. Tapi kalau patah balik kerja macam tu, income pun dah takkan sama macam sebelum ni. Disebabkan tu, Rina cuba cari better offer yang membolehkan fokus kerja dalam waktu pejabat sahaja tapi apa yang rina jumpa memang tak berbaloi, tetap tak boleh sama macam gaji + komisen yang sedia ada waktu tu.


Berhenti Kerja tetapi Sebelum Tu...


Macam gila kalau fikir nak terus berhenti kerja tapi kenapa pula nak berhenti. Sekurang-kurangnya kalau dapat better offer, barulah berhenti. Ya, bila rina tengok kerja yang boleh balik jam 5-6 petang ni ada je , tapi itulah bila rina cakap dekat suami.. Suami tak kisah dia ok jer dan selalu bagi semangat kat rina. Tapi tiap kali rina nak go kepada kerja lain, mesti tak jadi sebab rina tahu tak ada kerja setakat ni yang rina dapat tu lagi better dari kerja sekarang.


Rina pun bagitahu suami pasal lama dah nak berbisnes tapi ok ke sebab rina cuma ada pengalaman kerja yang tak lama iaitu 3 tahun sahaja dalam sektor perbankan. Akhirnya suami bersuara dan bagitau, kalau nak buat bisnes, buat je. Pengalaman kerja memang penting tapi bila dah masuk dalam bisnes, pengalaman bisnes tu jugalah akan mengajar kita. 


Betul juga apa dia cakap tu, rina terfikir. Sebabnya kalau rina dah selesa makan gaji dan kerja sampai umur 30-40 nanti, waktu tu rina nak masuk bidang bisnes buat bisnes sendiri ni agak susah nak fikir, nak dapat ilham tu dan lain-lain. Kadang2 Allah bagi ilham kat kita dan boleh tarik balik macam tu sahaja. Cuma risikonya adalah rina akan jatuh teruk kalau tak buat sungguh2 lepas berhenti kerja ni. Ini aadaalah risiko sebab komitmen banyak dan besar. Beli kereta , ada ptptn dan lain2 lagi pulak tu! 


Tapi rina percaya Sekarang Allah tengah bagi ilham dan buka hati rina. Maksudnya, sekarang terbuka hati rina nak sangat buat bisnes dan fokus full time bisnes, cuma tulah rina macam terikat dengan kerja sebab ada hutang dan komitmen kereta. Tapi benda tu takkan buat rina tersekat untuk tidak capai impian nak bisnes tu. So rina perlu bersedia sebelum mula bisnes full time. Tu kuncinya.


Persediaan Berhenti Kerja Dan Mulakan Bisnes


Tak lama pun masa yang rina ambil untuk bersedia. Kalau diikutkan sebelum berhenti kerja kita kena buat simpanan gaji 6 bulan tapi pada masa tu rina cuma ada simpanan gaji 2 bulan sahaja. Waktu tu jugalah rina dah mula cut cost benda-benda yang tak penting sebab banyakkan simpanan. 


Dalam masa yang sama mula merangka apa perniagaan yang akan rina buat kalaulah tiba hari rina betul-betul nak fokus bisnes. Untuk pengetahuan anda, rina bercadang mulakan bisnes Ashrin Food iaitu sandwich borong. Kenapa dapat idea ni? Sebab sebelum berkahwin dengan suami, rina pernah dapat offer hospital untuk supply sandwich kat situ. Jadi rina nampak peluang market yang besar dalam bisnes makanan ni,. Apatah lagi bisnes kecil-kecilan ni pun sebenarnya kita boleh conquer pasaran kalau kita betul-betul buat.


Ini Terjadi Sebaik Sahaja Berhenti Kerja...Bisnes Sandwich!


Selepas berhenti kerja, rina betul2 mulakan bisnes ini. Waktu nak berhenti tu memang risau la adakah bisnes ni dapat tampung macam gaji rina dulu-dulu. Kedengarannya macam mustahil kan? Tapi rina percaya bisnes adalah long term dan boleh buat.


Sejak buat bisnes sandwich ni, Alhamdulillah kami sering terima order borong yang banyak seperti 100 - 3,000 sandwich. Jadi, untuk bisnes ni kami run dan fokus bisnes sandwich borong. Pembelian untuk 100 pax ke atas seluruh KL dan selangor. 


Bila buat bisnes makanan ni, tak cukup tangan, Rina hire staf-staf dari kalangan ibu tunggal dan jiran-jiran. Suami adalah orang yang tolong manage di sebalik tadbir walaupun dia bekerja. Jom tengok gambar, biar gambar yang berbicara. 





Rezeki Datang Alhamdulillah...


Memang susah kita buat banyak benda takut tak fokus. Tapi bila bisnes sandwich ni dah ada staff dan boleh run sendiri. Rina ada masa untuk manage benda lain.  Sebab tu ada yang tanya, macam mana rina ni jadi penulis walaupun ada bisnes? Ok, itu bermula dari sini:-


Dalam masa yang sama juga , ada orang offer untuk rina menulis dengan website mereka. Bayaran dia pun agak berbaloi sangat untuk sebulan. Memang mencecah gaji rina dahulu, sebabnya, bukan 1 client tapi 2 orang client buka tawaran ni dan alhamdulillah rina terpilih. Jadi, rina ambil job ini, ini salah satu rezeki menulis sebab rina ada pengalaman kerja bank memandangkan website mereka ni pasal kewangan dan sebagainya.


You all cuba bayangkan minda rina ni fikir berniaga, tiba-tiba rina jadi writer pula untuk beberapa website di Malaysia. Tapi, disinilah rupanya bermulanya kekuatan rina untuk menjadi seorang owner bisnes tu. Sebab apabila rina mula buat kerja freelance ni, dia adalah self employment iaitu kalau kita buat , kita dapat duit. Tak buat tak dapat. Kalau buat banyak, maka dapat duit banyak. Buat sikit, maka dapat sikit.


Bayaran sebulan tu mengikut berapa content rina siapkan dalam sebulan. So rina buat betul2 dengan job freelance ini sehinggalah sebulan pun pernah mencecah RM 4,000 hanya dengan menulis. Kiranya selepas berhenti kerja tu, freelance writer ni adalah job rina yang utama, kedua baru rina fikirkan bisnes. 


Kita merancang tapi sebenarnya perancangan Allah tu yang terbaik. Allah tak bagi rina terus buat bisnes sepenuhnya lagi rupanya. Tapi dia bagi rina belajar lagi, dapat skill kan diri dalam bidang penulisan dan marketing dulu.


Bisnes sandwich tu masih berjalan seperti biasa walaupun rina buat freelance menulis. Sandwich tu kami hantar di petrol station, kedai2, kiosk, universiti , sekolah dan lain2. Maklumlah waktu tu kerja menulis di rumah, so memang bisnes sandwich berjalan sekali la.


Semua Berkembang, Jadi Tak Mustahil



Sebenarnya, sejak rina menulis, rina banyak terima job penulisan lagi sehingga rina hire seorang kawan rina untuk menulis, sebab kalau rina nak tulis sorang-sorang memang tak sempat. Rina train dan ajar dia sehingga dia pun pandai menulis. Untuk job penulisan, dia adalah penulis rina, kiranya kami buat sama-sama. Bila dia banyak bantu, Alhamdulillah rina dapat leverage masa untuk buat benda lain juga. 

Inilah kawan rina yang rina ajar untuk menulis bersama

Rina terfikir, kalau job freelance pun boleh berkembang, rugi kalau tak buat bisnes sungguh-sungguh dan kembangkannya. job freelance tu pun dah dikira macam bisnes juga sebab kami bagi khidmat penulisan kat orang.


Pemilihan Bisnes / Perniagaan Untuk Berkecimpung


Kiranya pada bulan 12 2017 rina berhenti kerja. Jadi seorang freelance writer pada 2018 dan mengusahakan perniagaan Ashrin Food sepanjang 2018 dan 2019. Dan pada hujung tahun 2019 rina terfikir untuk membina sebuah perniagaan. Sebab waktu tu bisnes Ashrin Food hanya motif mengalirkan wang masuk, tak betul-betul grow atas jenama nya. Senang cerita, rina cuma buat bisnes tu sebab nak sara hidup semata-mata.

Tapi pada hujung 2019 tu rina tersedar bahawa untuk mendapatkan perniagaan yang berjaya, kita kena bantu orang lain, kita kena bina sistem, kita kena bina branding yang dapat bagi manfaat kat orang lain. Dan rina syukur sangat sebab rina sedar hal ini waktu tu. Kalau lambat lagi sedar, sampai ke sudah bisnes pun akan cukup-cukup makan je.


Rihura Wujud Kerana Delima....


Hujung tahun 2019 rina ada alami masalah hormon dan bila difahamkan, untuk selesaikan masalah rina iaitu hormon dan istihadah berpanjangan ni, buah delima elok dimakan selalu. Dari situlah rina cuba amalkan buah delima. Tapi agak susah hari-hari nak kena ada stok delima, delima kena kupas haha malas sungguh nak kupas. 


Ditakdirkan Allah SWT, suatu hari rina terjumpa dengan seseorang ni sangat pakar dalam bidang produk kesihatan. Dia bantu rina patternkan satu formula jus botanical delima, letak madu, kurma, pueraria mirifica (formula ini dicipta selepas tahu apa masalah rina nak selesaikan). Alhamdulillah maka dari situ terhasilnya Jus Aimra'a iaitu produk pertama keluaran Rihura. Dari situ juga Rina dapatkan satu nama untuk jenama yang rina bawa bagi membantu ramai wanita yang ingin sihat dalaman.



Rihura Herbs Enterprise adalah nama syarikat yang rina tubuhkan dan Rihura adalah jenama kami bagi membantu ramai orang diluar sana yang tertekan akibat was-was dengan diri sendiri, tak yakin diri serta yang tak tahu ada penyakit atau gangguan apa dengan diri dia.


Rihura Herbs Enterprise menjadi sebuah nama syarikat yang Rina pilih utk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan. Ri adalah sempena nama saya Rina, dan Hura pula adalah dari nama gelaran seorang tokoh wanita Islam iaitu Sayyida Al-Hurra yang diberi gelaran ratu bajak laut kerana kekuatan perjuangannya (Al-Hurra bermaksud wanita berdaulat).



Masalah 'Gangguan' Mendatangkan Ilham Dan Penyelesaian

Selain amalkan jus Aimra'a, rina juga mula buat kajian tentang pemakanan sunnah sebab apa yang rina dapati sejak amalkan delima, kebanyakan makanan sunnah ni merupakan penawar banyak penyakit rupanya. Salah satunya kurma Ajwa.
Kalau kita rasa badan ada gangguan, kurma Ajwa Madinah dapat mencegah segala gangguan syaitan terutamanya sihir, santau, saka dan lain-lain. Jadi, rina beli kurma ajwa untuk makan saja-saja untuk kesihatan diri dan untuk elak sebarang gangguan. Tapi tula bila dah beli kat shopee, tak sangka pula bila kurma tu sampai.. rupanya kurma ajwa ni rasa macamtu, sedap tapi mahal, macam tak puas la makan tu.


Beberapa bulan kemudian, bapa mertua rina nak ke Mekah tunaikan Umrah dan rina kirimkan dia beli kurma Ajwa Madinah. Bila dibawa balik, MasyaAllah rupanya sedap, moist dan best la makan. Tak terlalu manis dan sangat-sangatlah berbeza daripada yang mula-mula rina beli tu. 


Kenapa berbeza? Banyak orang yang rina tanya dan sumber yang rina dapat dari Madinah, rupanya sekarang banyak sangat kurma Ajwa palsu dan tipu. Kurma Ajwa yang ditanam di negara lain seperti Yaman, Iran, Tunisia tetapi dikatakan ditanam di Madinah. Ciri dan harganya tak sama, kalau di Madinah ni korang kena tau apa ciri-ciri Kurma Ajwa Asli Madinah ni, baru beli.


Sejak haritu, rina cuma beli dengan pembekal dari Madinah sahaja untuk makan saja. Cuba korang bayangkan, sanggup rina beli untuk makan sorang-sorang dari pembekal kurma Madinah. Rasa macam tak percaya sangat lah kurma ajwa kat pasaran ni ..Ada yang jual sekilo RM 55 - 75, itu semua auta, kemungkinan bukan ditanam di Madinah. Inilah info sahih rina terima daripada seorang supplier Madinah yang rina kenal. Dia yang bantu rina dalam dapatkan kurma Ajwa yang betul-betul Asli ditanam di Madinah. Alhamdulillah.

Abaikan celak tercomot tu. hehe.

Masalah Selesai, Bantu Orang Lain Juga

Pada bulan Mac 2020, Allah hadirkan satu petunjuk untuk rina supaya banyakkan buat benda bermanfaat dalam hidup ni, sebab hidup ni tak lama. Tu je yang rina fikir satu hari tu.Tapi, kenyataannya macam mana lagi cara rina nak bantu orang sebabnya rina bukanlah jutawan pada masa tu untuk sedekah banyak-banyak. Itu mindset rina waktu tu. Walaupun sedekah dengan apa yang ada je, tapi kalau sedekah sahaja rina rasa tak cukup.


Allah Maha Baik sangat sebab rupanya dia nak dorongkan rina untuk bantu orang selesaikan masalah mereka alami juga. Macam rina dulu beramal makan kurma dapat selesaikan masalah, insyallah mereka pun boleh juga. Tapi mereka je yang taktahu kurma Ajwa tu pengubat bagi pelbagai penyakit.


Akhirnya, rina buat keputusan untuk bantu orang lain dengan sharing manfaat kurma Ajwa Asli Madinah. Ajwa Asli Madinah adalah buah kurma Ajwa asli dari tanah Madinah, dari pembekal kami yang berpengalaman sejak tahun 1990-an lagi. Dan untuk pengetahuan anda semua, Rihura (syarikat rina) provide kurma Ajwa yang 100% asli dari Madinah, kami ada sijil Certified Origin dari Arab Saudi, kualiti premium dan eksport (antarabangsa). 

Inilah kurma Ajwa Asli Madinah keluaran Rihura :) Alhamdulillah.

Rina nak pastikan masyarakat yang perlukan Kurma Ajwa ni betul-betul dapat kurma Ajwa yang original , asli dari Madinah Al Munawarah. sebab kadang-kadang orang jual kurma ajwa ni cakap ajwa madinah tapi sebenarnya ajwa mereka di tanam di yaman. Kenapa penting cari yang Madinah ? Sebab hanya kurma Ajwa asli dari tanah Madinah ada keberkatan Nabi SAW. 

Inilah Perniagan Sebenar 


Alhamdulillah sepanjang 2 tahun rina sudah berhenti kerja, inilah perniagaan sebenar yang rina bina iaitu Rihura. Perasan tak, tak semestinya kita berhenti kerja , terus mula bisnes tu terus berjaya? Pasti kita akan gagal atau ambil masa untuk belajar dulu kan? Bisnes sandwich rina mula-mula tu cuma try n error, buat sendiri, tak ada ilmu perniagaan tapi belajar sendiri sahaja.


Tapi lepas 2 tahun barulah rina buat bisnes yang sebenar, ada mentor yang betul untuk tolong guide apa perlu dibuat dalam bisnes dan apa yang tak perlu buat. Perniagaan yang sebenar adalah bila mana ia ada sistem yang efektif dan perniagaan tu boleh berjalan dengan baik membolehkan kita bantu orang lain seperti pelanggan, staf kita dan lain-lain. 


Kalau sekadar kita bisnes untuk duit cukup2 makan, asalkan ada duit. Tu sebenarnya kita menjual, bukannya berbisnes.. Tapi untuk dapatkan bisnes yang bagus kita harus melalui fasa sebelumnya dulu.. iaitu kita kena jual dan buat duit dahulu. Pada mulanya memang amat struggle sebab itu pentingnya ilmu dan circle kita, siapa orang disekeliling kita yang sentiasa ada untuk support kita.


Kalau kita seorang yang motivated person, tak mudah down dalam kehidupan dan perniagaan, pasti lebih mudah untuk kita bangkit dan berjaya. Tapi kalau kita perlukan sokongan dan dorongan, kita kena ada inspirasi, motivasi dan mentor yang betul. Belajar dari mereka yang telah berjaya. Kawan dengan mereka yang sudah berjaya. Itulah circle terbaik untuk kita berbisnes.


Perbezaan Bekerja Dan Buat Bisnes Sendiri



Pada mulanya kita fikir, kerja sendiri ni senang. Ia memang senang tapi kalau senang, kerja kita tak berjalan. Tapi kalau kita fikirkan di luar kotak, banyakkan idea dalam perniagaan, buat apa orang berjaya buat, kita takkan sempat nak rasa senang pun. Sebab setiap hari kita belajar benda baru dan ada cabaran.


Paling penting, bila kita buat bisnes sendiri ni, kita kena pastikan personal energy kita gila tinggi. Kalau energy kita down, tindakan kita pun akan pengaruhi kejayaan kita pada hari itu. Kalau kita kerja makan gaji, kita buat sambil lewaa atau sungguh-sungguh pun gaji kita tetap sama. Tapi kalau kita bisnes, lebih kuat kita bersungguh-sungguh, lebih mudah kejayaan kita capai.




Rina pegang dengan kata-kata ini.

Man Jada Wajadda
Siapa bersungguh-sungguh, pasti akan berhasil


Maka, niat paling penting sebelum kita mula sesuatu perniagaan, setkan matlamat yang jelas dan mulakan dengan tindakan yang konsisten. Insyallah pasti akan berhasil. Apabila sudah mula bisnes, jangan sesekali mengalah atau patah balik. Jika kita down dan gagal, tak apa, terus cari ilmu yang betul. Belajar dengan mereka yang betul berjaya dan proven success. Insyallah semuanya baik-baik. 


Akhir Sekali, semoga kisah ini bermanfaat buat anda semua.

Doakan Rina dan Rihura berjaya dunia akhirat. Semoga kami dapat bantu ramai lagi orang diluar sana untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam hidup. Terima kasih semua.

*****

Sesiapa yang berminat menjadi sebahagian dari Team Rihura, boleh personally contact Rina.
Klik Whatsapp di sini.

*****

Berminat join Group Whatsapp sembang bisnes? Join Group di Sini. 


Terima kasih sudi baca kisah berhenti kerja bank dan jadi owner bisnes ini. Jom baca juga Persediaan berhenti kerja, Capai 5K Sebulan Dengan Menulis dan Cara Bahagikan Masa Kerja Dan Berbisnes.