PROGRAM UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC). ANJURAN HATIMURNI - ISLAMIC PRIVATE EDUCATION CENTER

 Kelas Kafa Swasta


Pada 1 Oktober 2023, bermula dari pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur. Pendaftaran untuk program ini sentiasa penuh pada bila-bila masa sahaja setiap kali diadakan. Buktinya, program kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar. 


Hatimurni bantu dengan mewujudkan Program UPKK Final Countdown (UFC) ini adalah bertujuan untuk menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti. Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa. 



Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi. Dan apa yang lebih menarik, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih. 


Ceramah Tentang Ibu Bapa




Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni. 


Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. Dalam perkongsiannya, DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa. 


Ceramah tentang ibu bapa dari Ustaz Kazim Elias ni memang terbaik.


Perkongsian Dari Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias berkongsi ceramah tentang ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak, sikap dan perangai anak-anak zaman sekarang yang harus ibu bapa lihat dalam mendidik anak-anak.


Kata Ustaz, ajarilah anak-anak untuk kenal Al-Quran. Zaman sekarang, anak-anak lebih kenal Christiano Ronaldo dari kenal nama-nama Allah. Ustaz Kazim Elias juga mengajak ibu bapa untuk ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan ajar anak untuk melawan syaitan. Tidak lupa juga untuk ajari anak mengenal nabi dan mencintai nabi.


Selain ceramah tentang ibu bapa, Ustaz Kazim Elias juga berkongsi tips untuk ajar anak-anak. Perkara penting yang turut perlu diajar kepada anak adalah amalan harian seperti witir, puasa 3 hari dan juga tentang solat dhuha.


Banyak perkongsian dari Ustaz Kazim Elias pada majlis ini.



Kenali Hatimurni Pusat Pendidikan Islam Swasta


Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil. 


Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak. 


Kini, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar. 





Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225.


Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen, juga kelas kafa swasta di sini. 


Sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta, Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya. 


In Shaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini. In Shaa Allah.




My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates