Brand Story: Rina Kifli (Dulu usahawan, kini penulis usahawan)


Rina Kifli? Bukan sekadar nama orang, tetapi ia juga nama Brand. Jenama Rina Kifli ini juga ada cerita di sebaliknya. Dan daripada berjuta-juta usahawan di Malaysia, brand ini mempunyai kesinambungan dari kisah lalu seorang usahawanita Malaysia.

“Bila orang skeptikal dengan cita-cita beliau semasa berumur 18 tahun lalu, bertahun-tahun beliau bangkit buktikan beliau mampu capai apa yang beliau inginkan.”


Puan Rina Kifli tidak pernah bosan dalam merealisasikan cita-cita beliau menjadi seorang usahawan dan penulis Malaysia.

Rinakifli.com ditubuhkan oleh Puan Rina Kifli yang merupakan seorang blogger, penulis dan usahawan. Pada mulanya, beliau langsung tidak pernah terfikir untuk memberi manfaat dan membantu ramai usahawan dalam bidang penulisan copywriting dan SEO ini.


Pada tahun 2020, Puan Rina Kifli nekad berhenti kerja dari pegawai bank untuk menjadi usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan sunnah.  Bermulanya bisnes, beliau turut menguruskan seramai 20+ orang ejen. Sepanjang berniaga, beliau aktif semula dengan dunia penulisan blog sebagai medium perkongsian. 


Dari usia 18 tahun beliau sudah berkecimpung dalam dunia blogger, ketika itu beliau mengambil kesempatan untuk menceburkan diri berguru dengan salah seorang Pakar SEO Internet Marketer pada usia 27 tahun ketika melakukan perniagaan secara sepenuh masa.


Semasa berbisnes, 


Beliau mempunyai seorang staf copywriter, designer serta ejen-ejen yang sama-sama menjalankan perniagaan makanan sunnah tersebut. Sikap suka belajar membuatkan Puan Rina tekad berguru dengan lebih rapat lagi bersama salah seorang guru bisnes di Malaysia. 


Hampir setiap hari, pasti ada sahaja kelas online perniagaan dan penulisan yang beliau ceburi sepanjang 3 tahun tersebut. 


Ramai langsung tidak tahu bahawa dalam masa beliau mengusahakan perniagaan, beliau tak lokek berkongsi ilmu penulisan di salah satu private apps dengan menjadi seorang private tutor mengajar ilmu blog dan penulisan SEO kepada student yang terdiri dari pelajar serta usahawan.


Lebih mengejutkan, 


Beliau diam-diam rupanya adalah seorang penulis artikel SEO secara freelance di beberapa buah website dan blog yang terkemuka di Malaysia sejak 2020 lagi. Sebagai freelance writer, beliau juga adalah seorang ghostwriter yang menulis di belakang tabir dan dirahsiakan namanya untuk website penulisan niche kewangan, makanan, travel, pengurusan, pemasaran dan banyak lagi.


Selain itu, beliau juga menghasilkan content dan menguruskan content media sosial untuk pemilik bisnes restoran, kecantikan, klinik, produk kesihatan, produk rumah dan banyak lagi.


5 tahun sebagai seorang freelance writer SEO, content dan copywriter membuatkan beliau makin agresif ingin memberi manfaat kepada ramai orang. 


Dengan pengalaman berbisnes dan berguru, beliau lebih fokus untuk membantu para usahawan yang ingin menaikkan jenama dengan cara menaikkan brand mereka di 1st page Ranking Google serta menghasilkan content yang tepat kena pada pembaca anda di media sosial serta platform lain.


Dari pembaca skeptikal, kini menjadi pelanggan setia.


Memahami apa yang pembaca dan pelanggan inginkan, content yang dihasilkan rinakifli.com mempunyai nilai dimana mereka akan scan siapa sasaran yang anda ingin targetkan supaya mendapat pembaca berpotensi menjadi pelanggan dan pelanggan pula bakal menjadi pelanggan berkualiti.


Itulah nilai yang rinakifli.com bawakan.


Kini, bersama rinakifli.com, Puan Rina juga komited melahirkan penulis dibawah brand Rina Kifli. Antara penulis yang beliau bimbing adalah usahawan, usahawan OKU dan juga pelajar universiti.


Bagi beliau, percaya kepada proses dan tak pernah putus harapan adalah langkah menuju kejayaan. Jangan takut untuk berimpian, jangan takut untuk percaya akan kejayaan itu milik kita.


Bila kita percaya, energi akan kuat, wajib buat tindakan, kejayaan akan datang. Tak perlu takut apa orang fikir, its you to become what you want. Not others.




Brand Story of Rina Kifli.

Dulu usahawan Malaysia, kini penulis usahawan Malaysia.


0 Ulasan