RINA KIFLI: kewangan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2020

17 Kerja Di Rumah Yang Lumayan Boleh Kita Lakukan

11:23 PTG 0
17 Kerja Di Rumah Yang Lumayan Boleh Kita Lakukan

Zaman millenia ini, sudah ramai yang sedar akan kepentingan bekerja di rumah. Selain dapat bersama keluarga dan melihat anak membesar di depan mata. Tahap kawalan stress juga akan berkurangan apabila kita bekerja secara sendiri di rumah.

Jangan pandang sebelah mata, mereka yang bekerja di rumah pun sudah menjana puluhan ribu ringgit sebulan. Siapa sangka? Tetapi ia adalah realiti. Dulu Rina sendiri pun tak percaya, tetapi disebabkan minat sangat bekerja di rumah dan mencari peluang dan ruang, Alhamdulillah ia benar-benar menjadi. 

Kalaulah dari zaman universiti lagi aku tahu buat duit online, memang best. Agak-agak sekarang jadi jutawan tak? Siapa tahu. Ini zaman cyber, semuanya bermula dari laptop dan internet. Cuma duduk di rumah diam-diam. Nak duduk di kedai mamak? No Problem!

Bagaimana jika tiada internet atau laptop? Don't worry, memang ada kerja yang lumayan di rumah! Jom lihat antara kerja di rumah yang lumayan boleh kita lakukan.

1.  Melabur


Melabur sememangnya boleh mendatangkan wang tetapi tolong jadi realistik! Tak semua orang ada modal untuk melabur. Betul tak? Jadi, untuk mereka yang have-have tu, banyak kepok-kepok duit taktahu nak buat apa. Tolong melabur dengan bursa Saham Malaysia. Bukan melabur dengan platform lain! Tetapi wajiblah labur ilmu sekali, kalau tak, sia-sia je jadi pelabur.

2.  Jadi Penulis


Ramai orang yang nak duit dan nak kerja mudah. Tetapi yang minat menulis, mengarang dan mengeluarkan idea pula, akan berjuang menjadi seorang penulis, editor, blogger dan lain-lain lagi. Terbaik! Anda memang hebat.

Menjadi penulis hanya perlu menulis di rumah dengan platform yang tepat seperti mengambil upah menulis artikel, .menjadi ghostwriter, melakukan servis copywriting, review produk dan lain-lain lagi. Bayarannya juga cukup lumayan bergantung kepada nilai yang boleh anda berikan.

Alhamdulillah ini merupakan tahun ke-4 sis sendiri bekerja di rumah sebagai seorang penulis selepas berhenti kerja. Setakat ini, income bulanan paling banyak sis terima dari kerjaya menulis sahaja adalah RM 4,000 sebulan. Semuanya asbab sis ikuti panduan Cara Jadi Penulis Dari Zero Knowledge Sampai Berjaya Menjana Wang ini juga.


5 Ways a Blog Can Help Your Business Right Now

3.  Blogger


Sama seperti penulis, kerjanya adalah kemaskini blog disertakan dengan platform kewangan yang tepat. Nak tak kalau orang masuk ke blog kita, kita dapat income? Ya, tetap ada caranya, yang penting kita suka menulis dan berblogging!  Lama kelamaan ia boleh dijadikan pasif income juga.  Untung dapat buat kerja di rumah yang lumayan dan mudah ini.

4.  Jaga Haiwan Peliharaan


Duduk di rumah tanpa internet? Tak perlu risau, anda boleh jagakan haiwan peliharaan kawan-kawan dan jiran-jiran dengan upah yang berpatutan dan berbaloi. Sekiranya anda peminat kucing, offerkan diri untuk menjaga kucing kawan-kawan di rumah anda. Dah macam hotel kucing, apa salahnya kalau boleh dapat duit dengan kadar lumayan kan!

5.  Memasak


Memasak adalah perkara yang mudah untuk kita lakukan di rumah. Sambil kerja di rumah, sambil dapat kita improve skill memasak dan dapat juga kita makan! Ambillah upah memasak atau menghantar makanan bagi jiran-jiran kawasan perumahan dan mereka yang ingin membeli daripada anda.

Food Delivery | Unilever Food Solutions

6.  Buat Kek Dan Kuih


Begitu juga dengan kek dan kuih yang boleh anda buat sendiri di rumah.  Sebagai salah satu kerja di rumah yang lumayan tanpa anda sedari, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan berdasarkan jenis kek dan kuih yang anda jual.


7.  Youtuber


Sekiranya anda seorang yang suka bervideo, youtuber adalah kerja di rumah yang lumayan sesuai buat anda. Dengan memuat naik video anda dan mendapatkan ramai penonton, anda bakal menjana wang ke dalam akaun melalui syarikat youtube dan kerjasama Adsense. Selain itu, terdapat banyak lagi syarikat advertising yang memberikan bayaran lumayan untuk mereka yang aktif.


8.  Jadi Dropship


Siapa kata dropship tidak ada untung lumayan? Semuanya bergantung kepada jenis produk yang dijual. Selalunya produk yang mahal akan memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada dropship.

9. Ejen Produk


Begitu juga dengan ejen, sekiranya anda ingin menjadi ejen produk, pastikan produk tersebut sangat bagus dan mudah dijual. Namun anda boleh lihat juga saingan produk tersebut dan kelebihannya berbanding dengan produk yang lain. 

Why You Shouldn't Use an Online Translator for Learning French ...

10.  Translator


Jadi seorang pengalih bahasa yang profesional akan mendatangkan banyak wang kepada anda. Translator sering diperlukan terutamanya bagi syarikat PKS yang mengambil pekerja luar atau freelance untuk menyiapkan sesuatu projek. Menarik bukan?

11.  Kelas Di Whatsapp 


Jika anda pandai berbahasa mandarin, ajar di dalam group wasap dan dapatkan yuran kelas daripada ahli yang berminat. Jika anda ingin ajar membaca Al-Quran, anda juga boleh ajar dalam kelas group wasap secara online. Hanya duduk dan kerja di rumah, pastinya amat lumayan dan tidak membebankan anda.

12.  Berkebun


Anda boleh mengambil upah berkebun atau menghias pokok-pokok di rumah jiran. Jika anda tahu menggubah bunga, ia adalah kelebihan buat anda. Dengan berkebun, bukan sahaja dapat menjana wang sampingan, tetapi dapat juga anda mengeratkan silaturrahim dengan jiran tetangga.

13.  Affiliate


Korang pernah dengar affiliate? Ada orang kata susah, sebenarnya tak susah jika korang berminat dengan produk affiliate yang korang jual tu? Ya, affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan cara kita promosikan link yang diberi atas milik id kita. Sebagai contoh, lepas daftar dan terima link promote, gunakan link tersebut dan promote di facebook, blog dan sebagainya hanya dengan copywriting serta link tu.

Salah satu contoh produk affiliate yang boleh korang join adalah Klikjer.com.  Tak kisahlah apa pun yang korang minat, ebook dari klikjer ni memang macam-macam niche ada. Sangat sesuai untuk anda yang nak cuba buat affiliate ni. Mudah je. 

Korang masuk ke Klikjer.com dan daftar. Cuba klik dan terus daftar. Selepas tu, korang dah ada produk sendiri yang banyak dan boleh terus jana pendapatan. Kalau tak percaya, kita buat satu demi satu. Daftar terus di sini sekarang: Klikjer.com

Cara Daftar Affiliate KlikJer

14.  Bisnes Shopee


Sama ada korang ada produk untuk dijual atau belum ada produk, tiada masalah. Kerja dari rumah yang lumayan ni memang sesuai untuk sesiapa pun asalkan ada laptop dan internet di rumah. 

Jika ada produk jualan, iklankan di platform shopee. Tak perlu buat marketing lagi sebab shopee memang website terbesar yang banyak pengunjung iaitu website ke-13 ramai orang Malaysia masuk setiap hari!

Jika belum ada produk, korang boleh jadi dropship dengna mempromosikan produk orang lain di shopee. Kemudian, jika ada pembeli, anda pun dapat keuntungan. Tak buat promosi tapi shopee yang promote kan! Tapi lebih hebat lagi income anda kalau ikuti tips Panduan Bisnes Shopee. 

15.  Bisnes Lazada


Jika kita seorang yang suka duduk rumah saja, buatlah duit dengan bisnes lazada ini. Keuntungan yang amat lumayan sebab website lazada memang ramai orang masuk, bermakna anda tak perlu marketing produk lagi. Pasti orang buat pembelian barang anda dari lazada. Namun, untuk berjaya peroleh keuntungan 5 angka, boleh ikuti Panduan Bisnes Lazada ini. 


16.  Fotografi Dari Rumah

Korang nak bekerja dirumah tetapi ada bakat mengambil gambar? Jangan sia-siakan bakat itu. Fotografer pun ada yang bekerja dari rumah tau! Setelah mempunyai gambar yang cantik, korang boleh buat duit dengan memuat naik gambar di beberapa website yang perlukan gambar tersebut, pun dapat duit. Mudahkan? 

Kalau ada masa nak belajar lebih pasal buat duit dengan Bisnes Fotografi ini, korang boleh baca panduan ini.

17.  Jawab Survey Online


Sebenarnya, banyak website atau syarikat yang tawarkan pekerjaan menjawab survey kepada sesiapa yang berminat. Mana tahu, anda salah seorang daripadanya. Jumlah income yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan soalan-soalan yang dijawab. 

Mudah je, duduk rumah dan jawab soalan online je. A,B,C atau D. Buatje pilihan jawapan ikut apa yang anda lalui kerana soalan ditanya adalah berdasarkan pengalaman anda menggunakan produk tertentu dan sebagainya. 

Kerja di rumah yang lumayan ni memang patut korang kaji habis-habis. Pastikan ia benar-benar terbukti mudah dan boleh jana wang, terus daftar!


Banyak lagi kerja di rumah yang boleh anda lakukan. Kebanyakannya sangat lumayan jika anda benar-benar melakukannya dengan ikhlas, rajin dan diberkati Allah SWT. Jangan memilih kerja, tapi tak salah lakukan kerja yang anda minat! Jom buat kerja di rumah yang lumayan pilihan anda hari ini juga.


Rabu, 29 Januari 2020

Habiskan Bayar Komitmen / Hutang Sebelum Umur 30 Tahun

12:31 PTG 4
Habiskan Bayar Komitmen / Hutang Sebelum Umur 30 Tahun
Ramai yang ada komitmen, boleh dikatakan semua manusia dewasa. Komitmen kereta, rumah, kad kredit, hutang sana, hutang sini dan macam-macam lagi. Beli penapis air bayar bulanan pun dikira komitmen. Untungnya suri rumah yang free tak ada apa-apa komitmen kan. Tak perlu bayar itu ini.

Kesilapan kita juga sebab tambah komitmen tapi apa boleh buat kan sebab kita memang perlukan komitmen tu. Contoh kereta. Kalau tak beli kereta dulu, kita memang tak ada kenderaan melainkan mak bapak atau kakak kita ada kereta lebih untuk kita guna. Itu logik. Tapi kalau kita ni baru mulakan life secara berdikari, perlu juga kereta tu. Tambah-tambah jika kita seorang yang bekerja di luar.

No worries. Ada komitment yang memang kita perlu dan tidak perlu. Tapi kalau sudah ada sesuatu komitmen tu, apa boleh buat. Kena bayar dan setelkanlah jawabnya.

Hasil carian imej untuk hutang


Komitmen Selalu Dibuat Sejak Mula Bekerja

Bila dah berumur baru kita sedar, kenapalah kita beli itu ini, susah nak bayar bulanan dan sebagainya. Jangan risau lagi, mari kita bertindak bijak. Rin tak nafikan pernah buat salah, tapi tak de lah salah sangat. Cuma terkilan je kenapalah tak bayar elok-elok ptptn dahulu waktu kerja. Boleh pulak aku honeymoon terlupa bayar waktu 3 tahun pertama kerja tu. 

Sekarang sudah tertunggak sikit. Jadi apabila tersilap langkah macam ni, jangan duduk diam lagi. Bertindak je sekarang walau apapun keadaannya. Mungkin silap sebab selama ni asyik fokus bayar kereta bagi advance lagi sebab nak setel awal, terlupa pula pasal ptptn. Aisehmen. 

Tapi nasib baik PTPTN dah sediakan consultant untuk membantu kita. Boleh wasap2 lagi minta pendapat dan penyelesaian. Rasa dihargai la juga sebagai pengguna ptptn ni.  So dari situ Rin dah berbincang dan buat tindakan bijak sebab taknak tersilap lagi.

Hasil carian imej untuk hutang

Selesaikan Masalah Tunggakan PTPTN

Jadi bagi mengatasi masalah bayaran PTPTN ini, bayar tunggakan guna akaun KWSP yang kedua. Kalau waktu bekerja dulu dah ada RM 25,000. 5K tu buat bayar PTPTN sahaja supaya cepat-cepat habis. Lepas tu pegawai PTPTN akan reschedule semula pembayaran kita tiap bulan, mungkin sebulan 150 je bayar selepas tu hanya 2 3 tahun insyallah dah boleh selesai.

Dan duit kereta Mazda pula hanya tinggal 2 tahun lagi, lepas tu i boleh honeymoon dan jimat banyak. Tpi apapun Alhamdulillah macam tak sangka sangat dah hampir 3 tahun lebih, rezeki kerja di rumah sebagai penulis dan bisnes owner masih lagi Allah cukupkan untuk membayar komitmen dan lain-lain lagi. Dulu rina tak pernah terfikir duit akan cukup kalau kerja duduk di rumah. Tapi boleh menyimpan berbanding dengan kerja makan gaji dulu.

Jadi impian rin adalah nak setel segala komitmen pada umur atau sebelum umur 30 tahun. Oh my god, 2 years to go ok! Macam mana pula dengan pembelian rumah, jangan risau bab tu. kehkehkeh. Dapat durian runtuh atau keuntungan simpanan pelaburan, kita beli cash je. Aamiin. Semoga berjaya. Ya Allah, tinggi betul cita-cita tu, tapi actually tak berharap sangat sebab dah syukur sangat dengan rumah yang sekarang ni. 

Apapun, azam terbesar untuk umur sebelum cecah 30 tahun adalah untuk habiskan bayar hutang atau komitmen, Yeah, oleh itu, rajin-rajinlah bayar lebih setiap bulan. HEHE.

Imej yang berkaitan


Ahad, 26 Januari 2020

5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Sajak

4:48 PTG 2
5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Sajak


Assalamualaikum wbt.

Hari ini sis dapat request dari hamba Allah yang bertanya bagaimanakah cara buat duit dengan menulis sajak. Selalunya kita dengar cara mudah buat duit adalah dengan menulis artikel dan novel kan? Tapi sebenarnya tulis sajak pun tak mustahil boleh buat duit.

Sebenarnya boleh buat duit, tapi macam mana kita nak tahu siapa yang perlukan sajak atau cara mendapatkan duit dari menulis sajak?

Imej yang berkaitan

Mengikut asas penulisan, perkara penting di bawah ini harus anda ketahui dan ambil peduli:

#1  Bakat Menulis Sajak


Adakah anda mempunyai bakat menulis sajak? Jika ya, Alhamdulillah amat mudah untuk anda ikuti step-step yang seterusnya. Tetapi jika tidak, tak mengapa. Belajar dan cubalah menulis sajak kerana minat yang anda ada. 

Dengan bakat menulis sajak, sajak anda pastinya akan dikenali ramai dan dapat menarik perhatian para pembaca. Betul ke masih ada golongan pecinta sajak dan sanggup beli sajak untuk membaca? Ya, memang ada. 

Kerja anda mudah. Hanya perlu menulis saja sajak anda sekarang!

#2  Mencari Publisher Sajak


Ramai penyajak akan stuck atau terkandas di step ini. Mereka tidak tahu cara untuk publish sajak tersebut atau membuat ia dikenali ramai, dibukukan dan lain-lain lagi. Sebenarnya, amat mudah sahaja untuk mencari publisher.

Senaraikan semua publisher di Malaysia yang menerima sajak atau puisi untuk dibukukan, juga medium surat khabar atau majalah yang memerlukan sajak-sajak anda. Jika anda seorang analisis yang baik, anda boleh temui senarai-senarai publisher berdasarkan bahan bacaan yang anda baca di perpustakaan atau di internet. 

#3  Hantar Proposal


Walaupun anda ingin buat duit dengan menulis sajak bersama pihak publisher, tetapi jangan lupa. Andalah orang pertama yang perlu menghantar proposal atau karya anda untuk mereka.

Namun, pastikan karya anda benar-benar memenuhi syarat mereka. Jika tidak patuhi syarat karya yang mereka inginkan, sudah pasti terang-terang lagi akan direject. Menghantar proposal untuk karya sajak juga adalah seperti novel jika anda inginkan kerjasama dalam tempoh jangka masa panjang.


#4  Secara Online 


Selain merisik syarikat publisher sajak, tidak mustahil anda boleh publish karya sajak anda secara online sahaja dan mendapatkan wang. Anda boleh jadikan ia sebuah karya yang boleh diakses secara online. 

Bermaksud orang ramai boleh baca sedikit karya tersebut di blog anda, nak lebih-lebih, boleh beli sajak tersebut (mungkin boleh dijadikan seperti ebook) sekiranya nak buat produk fizikal.

Ada ke orang nak beli sajak ni? Yes, ada. Target marketing yang betul akan menemui audience yang tepat!


#5  Cari Penyelenggara, Pengarah Majalah Atau Ketua Editor Majalah


Jika ada majalah yang bersesuaian atau program yang bersesuaian untuk diselitkan dengan sajak anda, bekerjasamalah dengan penyelenggara buku, pengarah majalah atau ketua editor majalah.

Mungkin dari perundingan yang anda lakukan, majalah tersebut inginkan karya-karya anda diletakkan di setiap episod atau siri majalah tersebut. Hebat bukan? Anda malah akan terima pembayaran yang lebih banyak dari yang diimpikan.

Hasil carian imej untuk buat duit tulis sajak

Itulah dia 5 cara buat duit dengan menulis sajak. Semoga sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mengembangkan perjalanan kerjaya anda. Selamat berjaya!



Bolehkah Buat Duit Dengan Menulis? Jom Capai 5K Sebulan

10:51 PG 2
Bolehkah Buat Duit Dengan Menulis? Jom Capai 5K Sebulan
3 tahun lalu, saya ditawarkan menulis sebagai ghostwriter untuk salah sebuah organisasi sedangkan saya belum ada apa-apa pengalaman. Dengan menulis dan mempelajari cara menulis dari pengasas organisasi tersebut, Alhamdulillah saya dapat berkecimpung dalam kerjaya tersebut pada masa itu.

Sewaktu itu, saya baru sahaja berhenti kerja dengan alasan untuk memulakan bisnes. Tetapi, perlu himpun sedikit modal dulu. Jadi, saya gunakan kerjaya menulis ini sebagai cara buat duit setiap hari. Apabila menulis dengan organisasi tersebut, bayaran penulisan dikira mengikut bilangan artikel yang ditulis.

Lama kelamaan, permintaan artikel semakin tinggi dan akhirnya mereka membayar gaji saya secara basic bulanan. Maksudnya, berapa pun artikel yang ditulis, ada basic gaji yang diberi. Ada kelebihan dibayar secara basic iaitu, tetap akan ada duit gaji setiap bulan. Itu kelebihannya. Tapi dari segi kekurangan, masa kita terhad untuk jumlah pendapatan sebegitu sahaja.

Imej yang berkaitan

Contohnya, jika anda menulis 40 artikel sebulan dan dibayar RM 2,000? Apakah itu berbaloi. Bergantung kepada berapa patah perkataan artikel tersebut pula. Tapi andai kata jumlah itu terlalu banyak dan anda hanya buat duit sedikit, itu adalah kekurangannya. Setakat ni, paling sikit saya tulis adalah artikel yang jumlah 200 patah perkataan.

Hampir setahun selepas itu, tidak banyak lagi permintaan, syarikat itu membayar saya secara freelance pula mengikut kerja yang diberi. Alhamdulillah secara tidak saya sedari, jika digabungkan dengan projek penulisan atau syarikat yang lain, jumlah pendapatan dari hasil menulis sahaja sudah mencecah RM 4,000 - RM 5,000. 

Lantas saya teringat akan sebuah buku yang ditulis oleh Aqif Azizan iaitu Rahsia Penulis yang menceritakan bagaimana buat duit RM 1,000 sebulan dengan menulis. Hari ini, daripada jumlah RM 1,000, RM 2,000,  RM 3,000 dan akhirnya saya berjaya buat duit RM 5,000. Itupun setelah diaplikasi apa yang diajar dalam buku tersebut hanya dua bulan. Ditambah pula dengan usaha gigih siang dan malam (Maklumlah, waktu tu dah tak bekerja).


Apabila pernah buat duit sebanyak 5K sebulan hanya dengan menulis, itu akan membuatkan kita berusaha lebih gigih lagi dan teruskan cara yang pernah digunakan. Jika tidak istiqamah, mungkin pendapatan kita pada bulan seterusnya adalah berbeza dari bulan ini.

Tapi selepas setahun menulis, saya sedar bahawa menjadi Freelance adalah sangat menyeronokkan. Kita mampu dapatkan berapa jumlah pendapatan kita berdasarkan usaha dan kerajinan kita, tetapi rahsia utama adalah pandai dan bijak mencari peluang! 

Menjadi penulis freelance atau ghostwriter juga tidak membolehkan kita hanya duduk diam dan menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau nak menanti hanya duduk saja, memang tak masyukkk dan tak masuklah. 

Alhamdulillah, after 3 years, semuanya berjalan lancar dan go really well.  Kalau dulu, kita fokus buat duit dengan menulis untuk RM 1,000 sebulan, tapi kini dah tahu banyak cara dan dah boleh buat lebih dari tu. 

Nanti rina akan kongsikan Tips dan Cara Cari Peluang Untuk Dapatkan Job as Freelance Writer pula. Kalau nak tahu langkah pertama nak mula dan buat duit dengan hanya menulis, baca ebook feveret rina di bawah ini: