Kenapa Sandwich Pilihan Utama Sarapan? Ini Hikmahnya.

Ada orang salah anggap, mereka fikir sandwich ini sama seperti burger. Jawapannya tidak sama sekali. Zat dan nutrisi sandwich dan burger juga bezanya. Itulah sebabnya kenapa sandwich menjadi pilihan utama sarapan. 

Adakah kerana khasiatnya? Apa pula buktinya? 

Image may contain: food
Kredit to: Ashrin Food

#1  Gizi Dan Nutrisi Sandwich


Seperti yang ramai tahu, sudah semestinya sandwich penuh dengan kandungan inti, sayur dan lain-lain yang berkhasiat. Lebih terperinci lagi, mari kita lihat maklumat di bawah.

1 Keping sandwich Ayam misalnya, mengandungi:

Tomato
Salad
Mayonis
Isi Ayam 
Blackpaper

Jelas menunjukkan seseorang akan mendapat gizi protein, fiber, zat besi, serat, kalium dan lain-lain lagi dengan mengambil makanan sandwich sebagai sarapan pagi. Tidak kisah apa sahaja intinya, contohnya Ayam. Jika inti sardin, tuna atau telur, ia juga merupakan sumber protein yang tinggi, penuh dengan vitamin A,B,D serta zat besi.

Dengan adanya sumber gizi dan nutrisi ini, sandwich dimakan pada waktu sarapan pagi akan membuatkan anda bertenaga, metabolisme berjalan lancar dan sebagainya.

#2  Sandwich Mengenyangkan


Rasa macam tak sabar nak makan bila bau sandwich yang sedap kan! Tapi paling best lagi, sandwich sememangnya adalah makanan yang mengenyangkan. Tambahan pula kalau intinya besar dan banyak. Perghh. Macam sandwich Ashrin Food, especially chicken slice sandwich tu. Dah macam subway memang terbaik.

Kredit to: Ashrin Food

#3  Makanan Yang Sedap


Kadang-kadang sakit hati makan nasi goreng pagi-pagi yang tak ada rasa, kurang masin dan tak berapa nak sedap. Bila makan nasi lemak, terlebih pedas pula. Stress! Naseb baik ada pilihan sandwich, makan sandwich jela. Sedapnya kalau dapat sandwich yang ada sayur salad, tomato tu.. Emmm especially tuna ke kan..

#4  Makanan Yang Mudah


Sandwich pilihan utama sarapan pagi tidak dinafikan lagi. Ia adalah makanan yang amat mudah dibawa ke mana sahaja dan dimakan pada bila-bila masa. Sekejap lagi ada meeting, 10 minit lagi pun boleh makan sarapan pagi. Semudah ngappp di mulut aje.

#5  Membekalkan Oksigen Ke Tubuh Badan


Tanpa kita sedari, sandwich membantu membekalkan oksigen ke tubuh badan sepanjang hari. Ia juga dapat menstabilkan kandungan kadar gula darah dalam tubuh. Terutamanya jika anda makan roti gandum, banyak lagi khasiat yang anda terima. 

Ia juga akan menguatkan tulang, gigi dan pertumbuhan badan. Begitu juga dengan fungsi keju dalam sesebuah sandwich.  Banyak lagi khasiat sandwich jika dimakan pada sarapan pagi. Yang penting, masuk perut kita pun kenyang. Ye tak?

Inilah dia antara sandwich Ashrin Food yang sis suka makan!

Image may contain: food
Kredit to: Ashrin Food

Jom baca juga:


ray berkata...

oh my. i love sandwich. letak telur sayur and a few slice of chicken pun dah cukup.

Rinazul berkata...

sedap kan? Ada orang kata its heavy breakfast, tapi tak juga. yg penting ia menepati kalori diperlukan pada waktu pagi.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates