Nandini Selalu Kena Fitnah. 3 Watak Yang Di Benci Dalam Chandra Nandini.

Hasil carian imej untuk chandra nandini

Kalau up entry pasal Chandra Nandini ni takut terjadi emosional pula. Bukan apa, bila sis follow drama Chandra Nandini ni. Lama-lama sis terbenci pulak kat Chandra sebab dia tak percaya Nandini. Bila Nandini kena fitnah, Chandra ni tak ikut hati. Asyik dengar cakap orang. 

Okey, mula-mula sis suka sebab Chandra ni dia tetap percaya nandini. Tapi sejak orang tuduh nandini bunuh Durdhara tu, Chandra tak percaya nandini lagi. Aduhhhh. Kalaulah chandra ni dekat ngan aku, dah lama aku ketuk kepala dia nak bagitau yang Durdhara tu nak tunjuk Helena tu pembunuh dia, tapi sebab nandini tunduk. Dia tertunjuk nandini pula. Adui la. Stress mak! haha.

Tapi walau apapun, Nandini ni memang seorang wanita yang kuat dan tabah. Sikapnya memang boleh kita contohi. Walaupun ada perasaan cinta dan cemburu tengok Chandra dengan orang lain, tapi nandini di Istana memang jaga Bindusara sebaik-baiknya, dan disebabkan dia dah janji dengan Durdhara dia akan jaga anak iaitu Bindusara.

Watak Yang Aku Benci

Ada 3 watak yang aku benci. Kalau boleh, nak pelempang ja kat depa ni. Haih. Awat dok jahat sangat tak tau lah!

PERTAMA

Hasil carian imej untuk acharya chanakya chandra nandini

Pertama sekali, aku cukup tak suka Acharya chanakya sebab dia ni asyik ingat nandini jahat je! Dari mula-mula nandini jadi permaisuri sampailah nandini jadi pengasuh bindusara. Memang la sebab bapak nandini Raja Padmanand tu jahat. Tapi nandini dah buat macam-macam dah yang menunjukkan dia baik. Acharya tetap tak boleh terima yang nandini baik sebab dia anak raja jahat dan sebab dia kan selalu kena fitnah..Sikit-sikit semua bukti dah tunjukkan dia jahat.


KEDUA

Hasil carian imej untuk helena chandra nandini

Kedua, watak yang aku benci adalah Helena. Muka cantik, tapi tak cerdik. Asyik mak dia je nak kena buat strategi jahat. Huhu. Tapi nak chandra, maklumlah chandra kan hensem gituh! Emm. Dia ni tau nak duduk senang ja, jaga bindusara tak minat. Malah dikatakan menyusahkan dia pula!

Helena ni penting diri yang amat. Sanggup menggadaikan keselamatan rakyat Magadh sebab nak dapatkan cinta chandra. Dia boleh suruh bapa dia arahkan tentera yunani semata-mata nak dapatkan cinta Chandra. Tapi naseb baik time tu chandra bijak sikit.


KETIGA [Gambar kiri tu]

Hasil carian imej untuk ratu apama chandra nandini

Seterusnya adalah Ratu Apama. Segala kejahatan dirancang oleh makcik Apama ni ha. Mak cik oooi makcik.. Awat jahat sangat nuuu. Walaupun dah duduk dalam istana Magadh, tapi hati dia ni memang nak Yunani je menang. Jadi, sebenarnya dia nak kuasa, harta dan pangkat berpihak kepada negara Yunani dia tu je...

OK, Tu je la yang nak bagitau. Maaflah sis selit entry sampingan cenggini ya. Tak berapa nak formal kali ni tulis 100% guna perasaan. Harap-harap nandini kuat dan cepat-cepatlah kebenaran terungkai. Kesian kat dia.

Sama-sama la kita saksikan Citer Chandra Nandini ni di TV3, 4 pm - 5 pm, isnin hingga jumaat tau.  Done promote. kkekkeekeke. Ok bai! 

ray berkata...

ray punye lama x tgk tv smpi xtau dah cite apa yg bersiaran skrg.

Rinazul berkata...

Tengokla citer ni..Seronok :D

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates