Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.
Ramai yang masih tertanya-tanya, bila waktu solat taubat yang kita boleh buat. Ramai yang sedia tahu bahawa solat taubat lebih baik dibuat pada pertengahan malam, tetapi pada masa-masa yang lain macam mana pula? Boleh dibuat tak?
Sebenarnya, waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa, kecuali waktu yang diharamkan solat.
Waktu yang haram untuk solat taubat adalah waktu berikut:-
- Sesudah solat subuh
- Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
- Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
- Ketika matahari hampir terbenam.
- Sesudah solat asar.
Seperti yang dinyatakan tadi, solat ini lebih afdhal (digalakkan) dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)
Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta. Teruskan buat solat taubat, tak perlu tangguh-tangguh. Ia juga boleh dibuat dalam 2, 4 atau 6 rakaat. Tiada masalah!
8 Ulasan
tq share info Rina.
Semoga kita tergolong dlm golongan yg diterima taubatnya. Amin