Kenali Apa Itu ABO AMWAY | Kelebihan Jadi Ahli AMWAY




Ramai yang mengenali syarikat Amway dan tahu juga bahawa syarikat Amway ni menawarkan pengambilan sebagai agent. Tapi Amway tak panggil agent, sebab dia tak anggap seller yang buat bisnes amway ni agent. Mereka dianggap sebagai pemilik bisnes Amway itu sendiri. Seronok bukan? Ada juga yang panggil ahli Amway.


Apa Itu ABO Atau Ahli Amway


Bila kita beli barang amway, jika ada agent yang tanya, berminat nak jadi ABO tak? Atau ahli, ABO itu bermaksud Amway Business Owner. Erti kata lain adalah jadi agent atau ahli Amway. Penggunaan Amway Business Owner disebut dengan nama ABO adalah untuk memudahkan, simple dan senang nak faham.

Ia juga bermaksud bahawa anda perlu anggap Amway adalah seperti bisnes sendiri once bila anda sudah daftar sebagai ahli atau agent. Kita sebut ABO jela sedap sikit dengarnya. Oh ya, sememangnya terdapat banyak kelebihan jadi ABO Amway ni. 

Sebelum tu, anda kena faham dahulu bahawa Amway menawarkan barangan untuk pelanggan. Namun bagi yang mendaftar sebagai ABO, anda mempunyai kelebihan yang sangat banyak tak terkira. Ia bukan sahaja keuntungan semata-mata apabila buat bisnes, tetapi Amway memberikan anda pencen satu ketika nanti jika anda sudah layak.


Sistem ABO Amway | Prosedur Amway Business Owner 



Kita Sembang bab kelebihan jadi ahli atau ABO dahulu ya. Sekiranya sudah daftar sebagai ABO Amway, anda boleh akses masuk ke dalam website amway. Di situlah anda boleh manage dan lihat segalanya seperti point, jumlah jualan, tentang produk, berapa point yang perlu dicapai dan jumlah wang bonus yang akan anda terima setiap bulan. 

Ingat, bukan sahaja untung runcit, tapi amway bagi lagi bonus bulanan. Sebab itu, dalam amway tiada siapa nak atau tak nak, yang penting diri kita sendiri nak atau tidak. Itu sahaja.

Untuk pengetahuan anda, setiap barang amway mempunyai PV dan BV. PV bermaksud Point value manakala BV adalah bonus value. Dari segi harga barangan pula, hanya ada 2 jenis harga sahaja iaitu harga ABO dan juga harga untuk pelanggan. 

ABO Amway akan mendapat harga ahli dan boleh jual kepada pelanggan menggunakan harga runcit. Jadi, sebagai ahli sudah pasti anda akan mendapat harga runcit. Nak post produk ke customer macam mana? Sudah tentu HQ Amway yang akan uruskannya. Anda cuma perlu submit order sahaja di website.  Memang menyeronokkan.  Jika customer nak pickup barang macam mana? Mudah saja, sama ada anda boleh pegang stok atau boleh beli di kedai Amway berdekatan kawasan rumah anda. Senang kan!


ABO Miliki Amway Tersendiri

Kredit Image: clinicstandard

Setiap ABO akan mempunyai bisnes sendiri iaitu Amway. Amway adalah bisnes sendiri dan ABO adalah owner kepada bisnes amway. Jadi, apabila anda berdaftar dengan Amway, Amway adalah bisnes anda sendiri! Sama macam produk lain, jika ada pengasas produk, anda adalah owner atau pengasas bagi bisnes amway. 

Kedai Amway di seluruh Malaysia adalah milik anda semua sebagai ABO Amway. Kiranya semua kedai di Malaysia ini adalah cawangan anda juga. Setiap pelanggan dimana sahaja berada boleh beli dengan Anda atau di kedai juga.

Apabila telah jadi ABO Amway, ianya adalah umpama kita buka sebuah supermarket yang mempunyai pelbagai produk rumah dan kesihatan.  Amway menjual lebih dari 1,000 jenis produk iaitu terdiri daripada pelbagai jenis barang seperti home care, personal care, vitamin, makanan tambahan, barang dapur, perkakas dapur, skincare dan banyak lagi.


Kelebihan Bisnes Amway | Kelebihan Jadi ABO AMWAY


Lebih 10 Jenis Pendapatan Amway

Dengan melakukan bisnes Amway, anda akan berpeluang menjana 10 jenis pendapatan. Bukan hanya untung runcit tetapi banyak lagi keuntungan dan pendapatannya. Pernah tak anda jumpa bisnes yang dapat banyak pendapatan selain dari untung runcit saja? Jika belum pernah, Amwaylah antaranya. Syarikat Amway pula adalah dari tahun 1990-an lagi, memang syarikat berjaya sehinggalah sekarang.


Berikut adalah keuntungan dari Bisnes Amway yang anda boleh jana:-


1. Keuntungan Runcit bagi setiap produk adalah margin dari 20% sehingga 25%


2. Bonus bulanan berdasarka point. Selain dari dapat untung runcit, akan ada point untuk setiap performance anda tak kisahlah tajaan ke, downline beli barang ke, anda sendiri beli barang rumah ker atau apa-apa sahaja yang anda buat, point akan masuk! 

Jadi, tiap bulan kalau capai % target amway, anda dapat gaji bonus dari Amway masuk akaun bank! Alhamdulillah ini tiap-tiap bulan rina dah merasa. Sekarang rina komited nak bantu anda yang nak sangat jana pendapatan mudah ni. Bonus bulanan akan dibayar pada 15 haribulan. 

Sangat terbukti, sebab ramai dah berjaya buat 4 hingga 5 angka dengan Amway ni, boleh beli rumah dan kereta guna payslip amway dah.


3.  Akan terima pendapatan-pendapatan seperti berikut jika anda betul-betul komited dengan bisnes ini:-

  • Untung runcit
  • Bonus Bulanan hasil dari usaha kita
  • Bonus Tahunan (Tiap tahun dapat bonus macam kerja kerajaan) Patut ramai buat duit dan jana pendapatan dengan Amway.
  • FAA point bonus
  • Tabung Diamond
  • Tabung Emerald
  • Growth Insentif Program (Bonus)
  • New Achiever bonus
  • Depth Bonus 1%
  • Leaderaship bonus 4%
  • Ruby Volume 2%
  • Royalty / pencen (Sama macam kerajaan, dah bersara pun dapat pencen bulan-bulan, tapi Amway bayar sampai kita meninggal, keluarga atau waris kita akan sambung dapat.)

Banyak sangat keuntungan dan pendapatan bila buat bisnes Amway ni. Jadi ABO Amway pula sangat mudah, tak keluarkan modal yang banyak. Hanya pendaftaran Ahli dengan harga mampu milik sahaja, anda dah dapat peluang perniagaan hebat ini. Alhamdulillah. Tapi lebih hebat lagi kalau dapat orang yang boleh bimbing kita buat sehingga berjaya.



Bisnes Amway Dapat Pencen

Sama macam kerja kerajaan, nanti dah bersara dapat pencen. Buat sekarang pulun sungguh-sungguh dengan bisnes Amway. Bila nanti dah tak buat tetap Amway bayar pencen bulan-bulan kepada kita.

Bukan sebab orang tajaan kita buat kerja dan kayakan orang atas, ingat, dalam Amway tak ada konsep macam tu. Sebab Amway bukan sistem piramid. Inilah sebab kena masuk kelas jika gila-gila nak berjaya dalam amway ni, masuk team yang ada kelas atau meeting.

Macam team upline Rina memang selalu tiap minggu ada 2 kali kelas meeting, belajar produk, tentang bisnes dan macam-macam. Seronok sangat kalau ada bisnes pasif income macam ni walaupun kita ada kerja hakiki atau bisnes lain.

Sebab tu ramai golongan profesional masuk amway, ramai doktor adalah ahli Amway, itu tak cerita sebab produk suplement dia memang organik dan terbaik tu lagi. Polis, doktor, pensyarah, cikgu dan banyak lagi.


Semua Orang Boleh Berjaya Dan Kaya


Dalam bisnes Amway ni juga semua orang boleh berjaya dan kaya. Tidak kerana kena belajar pandai je tapi Amway ni kalau tak pandai pun tetap boleh jadi kaya dan berjaya. Kenapa? suri rumah atau yang tak ada sijil belajar tinggi pun boleh berjaya dan kaya raya dengan bisnes Amway.

Sebab bisnes amway adalah sistem duplikasi. Tiru dan buat macam orang lain yang sudah berjaya dan dapat hasil. Ikut saja cara mereka. Halangan pun lebih kurang sama dan tahulah apa nak buat kalau betul-betul ikut dan bermentorkan mereka.

Yang bestnya, bukan macam bisnes kat luar sana susah betul nak cari mentor dan kena bayar lagi. Yang ini upline kita sendiri sedia ada nak ajar kita sungguh-sungguh. Kalau upline kau dah dapat income cecah 5 angka sebulan, Kenapa kau taknak ambil peluang?

Image via utusan



Ilmu Padat, Kelas, Meeting Dan Event Belajar


Inilah sebab orang suka bisnes Amway. Amway tak biar anda terkapai-kapai. Kalau anda dah lama hilang arah dalam bisnes ni, bukan salah amway. Tapi mungkin berada di bawah orang yang salah. Alhamdulillah dalam bisnes Amway ini, rina telah dibimbing sendiri oleh FEDC iaitu sebuah tahap level jawatan dalam Amway yang paling tinggi.

Setiap minggu kami ada kelas online dan meeting yang boleh ramai-ramai belajar dalam perjumpaan tu. Setiap bulan pula pasti ada event atau perjumpaan untuk belajar. Belajar bukan teori je u all tapi termasuklah cara guna produk, demo, masak-masak dan banyak lagi berdasarkan jenis produk kita fokus.

Meeting Kelas Sedut Ilmu Produk dan Bisnes tiap Isnin dan Jumaat


Kalau tak dapat attend dont worry. Boleh attend kelas online Amway meeting group pun tak ada masalah. Pendek kata, kalau nak berjaya u kena buat bisnes dengan orang yang berjaya. Rina bersyukur dapat rezeki bisnes Amway ni, dibimbing sehingga dah capai bonus tahunan.

Rina share sini sebab rina juga tengah cari bisnes partner Amway untuk sama-sama kita berjaya, akan guide dan 24 jam memang kita jadi partner buat duit dengan amway ni. Pendek kata, nak bina protege bersama. kalau ada berminat nak sertai perniagaan Amway bersama Rina , bermaksud korang dah ada team besar yang boleh bimbing korang nanti.

Support group sangat besar dan sangat membantu anda semua. Alhamdulillah.




Tidak Wajib Pegang Stok


Inilah bisnes cara bijak iaitu tak nak keluar modal. Tapi pastikan bisnes jalan. Caranya adalah korang boleh buat marketing untuk dapat buyer dan boleh direct order HQ akan hantar kepada pelanggan anda.

Tapi jika anda perlukan stok atau untuk jual di kawasan berdekatannya, boleh beli stok barang di website www.amway.com atau terus ke kedai Amway berdekatan anda. Nak ambil pada upline pun boleh.

Sekiranya ada barangan yang rosak atau perlu dipulangkan, anda sebagai ahli boleh terus walk in ke mana-mana kedai Amway atau bagi kepada penaja untuk dihantar ke kedai Amway untuk servis. Spare part pun boleh dibeli. Jangan risau. Tapi so far memang tak ada lagi la kes barang macam ni, sebab barang Amway memang kualiti sungguh habaq hang!

Bisnes Mengikut Masa Anda Dan DiMana Jua Anda Berada

Dimana juga dan pada bila-bila masa yang anda perlukan, boleh terus lakukannya kerana Amway buka 24 jam. Apabila order sudah dibuat, Amway akan terus post barang anda untuk pelanggan yang order.

Jelas, pada bila-bila masa sahaja bila ada bisnes Amway, rasanya amat menyeronokkan. Sebuah bisnes yang banyak pendapatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.



Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang Bisnes Amway, boleh terus klik Wasap di bawah ini. Insyallah Rina akan cuba bantu anda sedaya upaya. Rina pun tengah cari bisnes partner atau team members untuk sama-sama kita berjaya ni. Sebab rina percaya kalau kita nak berjaya, kita kena tolong orang lain juga untuk berjaya. Jadi, why not kita buat sama-sama kan.



8 Ulasan

Mrs Pip berkata…
Kalau sesiapa yang suka nak jana income atau suka bisnes sebegini, sesuai sangat pilih Amway.
Maria Firdz berkata…
Kawan saya antara salah seorang ahli Amway... Tengok sellai dia promo yang supplemen tu ... Menarik juga... Dah banyak produk Amway... Dan sangat lama Amway ni kat Malaysia...
Netty berkata…
Menariknya ABO ni.. boleh sampai dapat pencen. Dulu pernahlah mak beli pencuci lantai amway ni.. memang bagus produknya.
Ombak Bergigi berkata…
Patutlah mcm familiar amway ni
Bonde Zaidalifah berkata…
Amway nih memang produk dia mahal sikit tapi tak rugi beli semuanya bagus-bagus pengalaman saya sebagai pengguna amway. sabun dan ubat-ubatan memang terbaik
Puteri Suhaila berkata…
Oooo Amway. Familiar ni mak² suka join ni zaman awal 90an-20an
Atul Hamid berkata…
wah banyak nya sampai 10 jenis pendapatan. terbaiklah
shidarahmat berkata…
Dulu agen sekarang hanya pengguna setia deodorant.anway dr zaman sekolah dsh kenal .. eee
guna wax dia jugak. Bestt