Apa Itu Ratib Al Haddad, Kelebihan, Cara Baca Dan Sejarah [LENGKAP]

Ramai mungkin tahu dan pernah amalkan bacaab Ratib Al-Attas. Tapi mungkin tak pernah tahu tentang Ratib Al-Haddad. Sebenarnya apa itu Ratib Al-Haddad? Apa perbezaan antara Ratib Al Attas dan Ratib Al Haddad. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana anda terdetik hati untuk tahu tentang ini, itu tandanya Allah SWT sayangkan anda semua. Bacaan Ratib ini sangat ajaib untuk kita amalkan. Banyak khasiat dan kelebihan dari Bacaan Ratib Al-Attas dan Ratib Al-Haddad yang ramai tak tahu.



Apa Itu Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad adalah sebuah bacaan wirid dan zikir yang mengandungi ayat suci Al-Quran dan Doa-doa. Bacaan Ratib Al-Haddad ini disusun oleh Habib Abdullah Al-Haddad, iaitu seorang ulama yang mahsyur pada abad ke-11 Hijriyah.

Ratib Al Haddad dan Ratib Al-Attas ini tidak diragu-ragu khasiat kalimatnya. Terdapat banyak kelebihan baca Ratib Al-Haddad dan kekuatan bagi mereka yang membacanya. Antaranya adalah kematian dalam husnul khotimah, peroleh rezeki yang melimpah luas dan halal. Terdapat banyak lagi khasiatnya, sebelum ketahui senarai kelebihan Ratib Al-Haddad, jom lihat perbezaan Ratib Al Haddad dengan Ratib Al Attas.


Perbezaan Ratib Al-Haddad Dengan Ratib Al-Attas



Beza antara Ratib Al-Haddad dan Ratib Al-Attas adalah dari segi penyusunnya. Persamaannya adalah semua dari bacaan Ratib ini dari Al-Quran, hadis dan doa ulama terdahulu.

Namun, dari segi turutan masanya pula, Ratib Al-Attas disusun lebih awal kerana ia adalah susunan dari Alhabib Umar Bin Abdul Rahman Al-Attas. Penyusun ini adalah seorang guru kepada penyusun Ratib Al Haddad, Al-Imam Abdullah Bin Alawi Alhaddad.

Jika sebut tentang Ratib ini, diumpamakan seperti baca Mathurat tetapi mathurat ni level lain, ia adalah zikir yang sangat baru, disusun oleh Hasan Albanna iaitu Pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Mathurat pula tidak terkenal atau tidaklah diamalkan oleh kebanyakan para ulama kecuali sekiranya ada berkaitan dengan Ikhwan.


Siapa Pengamal Bacaan Ratib Yang Mujarab Ini?

Seperti yang kita tahu, bacaan Ratib Al-Attas dan Ratib Al-Haddad ini sangat mujarab diamalkan, mempunyai kelebihan yang sangat hebat. Kedua-dua jenis bacaan ratib ini sangat banyak diamalkan oleh ulamak dan orang-orang yang bertakwa umpamanya dari timur sehingga barat.

Yang paling banyak dibaca atau paling popular adalah Ratib Al-Haddad. Ia juga turut dinamakan Arratib Assyahir bermaksud Ratib yang masyhur. Oleh itu, memang elok sangatlah kita semua amalkan bacaan Ratib Al-Haddad ini. MasyaAllah khasiatnya memang tak dapat dinafikan.


Kenapa Wujudnya Bacaan Ratib Al-Haddad? Bagaimana Tercetusnya?

Penyusun Ratib Al-Haddad | Habib Abdullah Al-Haddad

Mari kita selusuri sedikit info latar belakang penyusun Ratib Al-Haddad ini. Nama sebenar atau nama lengkap Habib Abdullah Al-Haddad adalah Al-Iman Al-‘Allamah As-Sayyid Abdullah bin ‘Alwi Al-Haddad Al-‘Alawi Al-Husaini.

Beliau telah dilahirkan pada malam isnin iaitu 5 Shafar 1044 H di Hadramaut, Yaman Selatan. Beliau telah berguru dengan Alhabib Umar Bin Abdul Rahman Al-Attas yang telah menyusun Ratib Al Attas.

Imej via [laduni]

Namun, antara semua zikir yang telah disusun oleh Habib Abdullah Al-Haddad, bacaan Ratib Al-Haddad yang paling popular dan terkenal dalam kalangan umat Islam. Tujuan Ratib Al-Haddad disusun adalah untuk memohon perlindungan Allah SWT dengan sesungguh-sungguhnya.

Kini, Ratib Al-Haddad bisa dibaca oleh umat Islam untuk memohon perlindungan Allah SWT dari segala marabahaya yang ada.


Waktu Baca Ratib Al-Haddad


Menurut Kitab Al-Qirtas, tradisi dari al-Habib Husein bin Umar membaca Ratib al-Attas adalah selepas selesai solat Isya’. Ia dilakukan oleh Habib Husein beserta pengikut-pengikutnya secara turun-temurun kecuali pada bulan Ramadhan. 

Pada bulan Ramadan ia pula dibaca sebelum waktu solat Isya'. Selepas isyak kita akan bertarawih pula. Namun, kebanyakan orang juga membaca Ratib Al Haddad pada waktu pagi dan petang, ini kerana menjadi sunnah pembacaan zikir dan kalimat Allah dibaca pada pagi dan petang seperti dalam hadis Nabi SAW.

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. 

Dalam Kitab Al-Qirtas juga, Habib Ali bin Hasan al-Attas pernah berkata bahawa Habib Umar suka membaca bacaan ratib ini secara rahsia tanpa suara, sebab beliau inginkan  bacaan ratib itu lebih berkesan di hati yang membacanya dan lebih ikhlas karena Allah.

Terdapat Firman Allah SWT yang menjelaskan Hal ini:

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. - (Luqman: 19)

Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula selalu merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya. - (Al-Isra’: 110)

Jika dibaca beramai-ramai, jangan lunakkan suara dan jangan keraskan suara. Baca secara harmoni, lembut dan sopan.

Khasiat Dan Kelebihan Ratib Al-Haddad



Ulama Salaf telah mengatakan antara khasiat Ratib Al-Haddad apabila dibaca. Ia telah ditulis di dalam Wirdul Imam Al 'Allamatud Dunya. Berikut adalah kelebihan Ratib Al-Haddad yang sangat menakjubkan dan mudah-mudahan kita semua digolongkan dalam golongan yang beruntung amiin.


Jom lihat kelebihan Ratib Al-Haddad:-

1. Dapat Panjangkan Umur

Kelebihan baca Ratib Al Haddad salah satunya adalah dapat panjangkan umur. Sama seperti kelebihan bila mana kita bersedekah. Ia dapat panjangkan umur kita dalam kehidupan di dunia ini.

2. Kematian Husnul Khotimah

Kematian husnul khotimah adalah kematian yang baik atau pengakiran hidup yang disuka Allah SWT, masuk syurga dan sangat indah semuanya. Allahuakhbar, siapa yang tak mahu kematian husnul khotimah ini kan? Semua orang pasti mahu!

3. Melindungi Dari Segalanya

Mendapat perlindungan dari segala perkara yang tidak baik seperti bencana dan kejahatan sama ada yang bakal berlaku di darat ataupun di laut serta udara juga. Ke mana anda berada, dilindungi Allah SWT dengan izin Allah SWT.

4. Mengabulkan Segala Hajat

Kelebihan Ratib Al-Haddad sekiranya diamalkan dengan baik dan bersungguh juga adalah ia memudahkan Allah SWT makbulkan doa kita. Insha-Allah segala hajat yang kita inginkan, dan doa-doa kita akan dikabulkan.

Tips Baca Ratib Al-Haddad: Bersungguh membaca Ratib Al-Haddad perlu disertakan dengan adab membaca iaitu berada di tempat sepi, fokus, menghadap kiblat, dalam keadaan wudhu dan juga menyebut hajat yang dimahukan. Kemudian, bersungguh-sungguhlah baca Ratib Al-Haddad.

5. Dilindungi Diri Zahir Dan Batin

Selain itu, ia juga dapat menghindari bathin kita dari sebarang tindakan zalim dan sifat munafik. Diri kita dilindungi Allah SWT dengan izin Allah SWT dari zahir dan batin kita.

6. Peroleh Kemudahan Dunia Akhirat

Ramai yang teruja dengan kelebihan Ratib Al-Haddad ini. Dengan amalan bacaan ini juga, akan memudahkan kehidupan dalam segala hal dunia dan akhirat, seseorang individu juga akan lebih terjaga hartanya serta diberi pertolongan dalam menghadapi musuh-musuhnya.

7. Dimusnahkan Dari Sihir

Barang siapa yang membaca Ratib Al-Haddad, ia tidak akan terkena serangan sihir, buatan orang. Sekiranya terkena sihir, sihir tersebut akan musnah dan hilang darinya. Allahuakhbar Subhanallah Alhamdulillah.  Mereka terselamat dengan berkat Asma’ Allah (Nama Allah), ayat-ayat Al-Quran dan amalan Nabi Muhammad SAW.

8.  Rezeki Yang Melimpah Ruah

Amalkan Ratib Al Haddad sentiasa juga akan memudahkan dan melancarkan rezeki. Pasti ada rezeki yang tidak disangka-sangka, lebih murah rezeki serta beroleh keberkatan atau halal dalam setiap rezeki yang diterima.

9.  Mendapat Ketenangan Hidup

Hidup akan lebih tenang dan bahagia tanpa rasa ada masalah. Kelebihan baca Ratib Al-Attas sangat indah, amalkan hari-hari tidak akan rugi, bahkan akan lebih mendapat keuntungan di dunia dan akhirat.


Sejarah Ratib Al-Haddad Di Susun



Menurut sumber dari Qudwah Press, Ratib Al-Haddad ini telah dikarang dan disusun pada malam Lailatul Qadar iaitu 27 Ramadan tahun 1071 H. Ia mempunyai sejarah bagaimana Ratib ini telah disusun dan diwujudkan. Sehingga sekarang ia kira-kira telah berusia 400 tahun.

Seorang murid Habib Abdullah Al-Haddad iaitu Amir telah membuat satu permintaan. sebagai tanda perlindungan kepada Allah WBT. Amir meminta Habib Abdullah untuk membuah sebuah bacaan wirid dan zikir sebagai amalan penduduk kampungnya agar selamat dari ajaran sesat yang sedang melanda Hadramaut saat itu. Dari situlah bacaan Ratib Al-Haddad di susun rapi dan mula diamalkan.

Menurut Sumber dari Pondok Khabib:

"Kini, Ratib ini banyak dibaca di negara-negara seperti di Afrika termasuk Darussalam, Mombassa, Afrika Selatan, England, Burma (Myanmar), India dan negara-negara Arab. Di Afrika ia disebarkan oleh murid-murid al-Habib Ahmad bin Hasan seperti al-Habib Ahmad Masyhur al-Haddad dan lain-lain. Di India, Kemboja dan Burma oleh al-Habib Abdullah bin Alawi al-Attas. 

Sehingga sekarang kumpulan-kumpulan ratib al-Habib Umar atau Zawiyah masih diamalkan di Rangoon dan di beberapa daerah di Burma. Tetapi mereka lebih terkenal di sana dengan Tariqah al-Attasiyah.

Ratib ini telah lama sampai di Malaya, Singapura, Brunei dan Indonesia. Antara keterangan ratib ini yang diterbitkan dalam bahasa Melayu di Singapura adalah sebuah kitab kecil yang bernama Fathu Rabbin-Nas yang dikarang oleh al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas. 

Tarikh selesai karangan ini adalah pada pagi Jumaat 20hb Jumadil Awal 1342 (20hb Disember 1923). Ia diterbitkan dengan perbelanjaan C.H Kizar Muhammad Ain Company pengedar kain pelekat cap kerusi yang beribu pejabat di Madras, India dan dicetak oleh Qalam Singapura.

Pada tahun 1939, al-Habib Muhammad bin Salim al-Attas telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Miftahul Imdad yang dicetak di Matbaah al-Huda di Pulau Pinang. Kitab ini mengandungi wirid-wirid datuk beliau al-Habib Ahmad bin Hasan al-Attas tetapi terdapat juga ratib al-habib Umar bin Abdurrahman al-Attas di dalamnya.

Mengikut al-Habib Muhammad bin Salem al-Attas, al-Habib Hasan bin Ahmad al-Attas pada suatu masa dahulu telah mencetak Ratib al-Attas menerusi percetakannya Mutaaba’ah al-Attas (Al-Attas Press) yang pejabatnya terletak di Wadi Hasan, Johor Bahru, Malaysia. Percetakan ini bergiat di Johor pada kira-kira tahun 1927."



Kisah Teladan Seorang Pembaca Ratib Al Haddad / Ratib Al Attas

Imej via [ardalopa]


Dikisahkan, ada seorang hamba Allah SWT yang menderita penyakit keras. Beliau datang berkunjung berjumpa dengan Habib Abdullah Al-Haddad R.A iaitu penyusun Ratib al-Haddad) dan beliau mengadukan sakit yang dideritanya itu kepada Habib Abdullah. 

Habib Abdullah Al-Haddad R.A , berkata kepadanya, "umur kamu hanya tersisa sedikit lagi, tetapi bacalah olehmu Ratibul Atthas karana ratib tersebut memanjangkan umur".

Setelah melaksanakan kata-kata Habib, usia hamba Allah SWT itu bertambah panjang bahkan dia mempunyai zuriat (anak keturunan), MasyaAllah Allahuakhbar Alhamdulillah Subhanallah. Ratib ini merupakan salah satu saranan ibadah serta alternatif terbaik di dalam perjalanan ritual kita untuk bertemu Allah SWT. 


Video Bacaan Ratib Al Haddad

Jom ikuti bacaan Ratib Al Haddad ini, sangat mudah untuk kita amalkan, dengar setiap hari, baca setiap hari. Mudah-mudahan diberkati Allah SWT dalam hidup kita semua.


Sesungguhnya lebih banyak amalan kita lakukan kerana Allah SWT, maka lebih dekat kita dengan Allah. Kecapilah kasih sayang dan redha Allah SWT. 

Untuk pengetahuan anda, Ratib juga dikenali dengan sebutan 'AZIZUL MANAL WA FATHU BAABIL WHISOL' yang bermaksud "Pemberian yang sangat berharga dan pembuka gerbang ma'rifa'. 

Allahumma solliala Muhammad waalaalisaidina Muhammad. Kitab Sullamut Thoolib juga telah mengutarakan banyak lagi khasiat dan faedah bacaan Ratib Al Haddad ini. Jom kita terus mula dan mengamalkan Ratib Al Haddad. Mudah mudahan diterima Allah SWT dan diberi kejayaan dunia akhirat kepada kita. 

Aamiin Ya Mujib.



Sumber Rujukan:  huzaifah



Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Komuniti Rihura



My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates