Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung

Hai guys, harini i nak share pasal Resepi Roti Telur Gulung Kurma Ajwa. Rasa macam biar betul? Betulkah wujud resepi kurma yang boleh dijadikan roti telur? 

Memang ada, malah sangat sedap tau! Sebab ini pun adalah resepi yang pernah rina buat reseach masuk tak chemistry kurma dengan roti telur. Ternyata memang masuk, sedap dan the best is sangat berkhasiat.

Sebenarnya, lama sangat dah rina nak share dengan anda semua Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung ni.  Tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah ada rezeki kali ni dapatkan sampaikan info resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung ni. 



RESEPI ROTI TELUR GULUNG KURMA AJWA


Bahan-Bahan:-

  • 3 Keping roti Gardenia
  • 5-7 butir kurma Ajwa Rihura
  • Telur 1 biji

Cara-Cara Menyediakannya | Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung


1. Pecahkan telur dan kacau telur supaya rata (seperti anda nak masak telur dadar tu)

2. Basuh kurma Ajwa dan buang bijinya, ambil isinya sahaja



3. Goreng roti disaluti telur (seperti masak roti telur yang macam biasa anda masak), roti tak perlu potong , biar saiz sekeping roti.

4.  Setelah siap masak dan kurang panasnya, letakkan isi kurma ajwa di bahagian tepi roti telur



5. Gulung roti telur, biarkan isi kurma ajwa berada di tengah dalam roti. (Boleh tengok video di bawah utk lihat berapa slice atau berapa banyak isi kurma boleh letak dalam roti tu).


Siap untuk dimakan. I'm sure sangat kalau mak-mak yang nak anak dia makan kurma atau kismis tu tapi anak tak suka makan, boleh cuba cara ni. Sebab rasa roti telur kurma ajwa ni memang sedap. Ia menyelerakan. 

Kurma Ajwa tak terlalu manis tapi ada manis buah, dimakan dengan roti telur asssyummmpahlah sedap! (Sebut asyumpah, terindu nak live kat tiktok pulak ehh tiber).



Bila roti telur ni dicampur dengan isi kurma ajwa, dia rasa sedap-sedap dan lemak-lemak manis telur. Tak rasa macam ada kurma pun dalam ni. Kalau nak lagi sedap maybe boleh letak margerin juga sebelum goreng sebab ia akan jadi lagi wangi.

Apapun resepi roti telur kurma Ajwa ni memang sedap dimakan dan diamalkan untuk sarapan pagi. Sekali sekala, sebulan atau seminggu sekali buatlah! 



Memang best dan berkhasiat. Lebih better dari makan burger malam hari, dapat kurangkan kalori jika kita mula amal pemakanan sebegini. Sebab Kurma Ajwa kan makanan sunnah dan sihat untuk diet dan tenaga.



Oh ya, kalau nak cari kurma Ajwa, haruslah pilih yang original Madinah ya. Sebab sekarang banyak sangat ajwa ditanam dekat negara lain seperti China , Tunisia, Indonesia dan banyak lagi. So buat pilihan bijak bila nak beli kurma. Yang pasti, kurma Ajwa 100% tak diawet gula seperti kurma lain yang murah diragui.



Rasa Dan Tekstur Kurma Ajwa Madinah Rihura



Resipi roti telur Kurma Ajwa pula ini sangat sedap sekiranya anda menggunakan kurma yang segar dan original ditanam di Madinah. Kenapa? Kerana Kurma Ajwa original yang ditanam di Madinah Mempunyai rasa tekstur yang tidak terlalu manis dan tidak muak. 

Oleh itu, Apabila makan roti telur Kurma Ajwa gulung ini rasanya sangat sedap sehinggakan lebih mudah dimakan begitu saja tanpa perlu Cicah dengan sos Atau lain-lain lagi. 


Khasiat Kurma Ajwa Rihura




  • Meningkatkan selera makan anak 
  • Menguatkan gigi tulang dan rambut 
  • Mencegah masalah tulang tidak mampat 
  • Meningkatkan Pengaliran susu badan bagi ibu menyusu 
  • Menambah sel darah merah 
  • Mengatasi Anemia 
  • Mengatasi masalah migrain atau pening kepala 
  • Mencegah gastrik mengawal berat badan 
  • Mengawal makan dengan mudah 
  • Mengawal berat badan 
  • Meningkatkan selera makan anak 
  • Memberi zat dan khasiat kepada ibu mengandung, menyusu dan berpantang 
  • Elok dijadikan nak bagi suami isteri Ikhtiar hamil 


Itulah antara khasiat Kurma Ajwa asli Madinah Rihura. Jom Baca juga Resepi Agar-Agar Jagung Kurma Ajwa, Resepi Air Nabeez dan Resepi Susu Kurma Ajwa.


Selamat mencuba resipi roti telur Kurma Ajwa gulung dari Rihura.






Anda Peminat Kurma Ajwa Madinah Asli? Jemput Sertai Komuniti:



Komuniti Rihura: t.me/Rihura




Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Barang Rumah Malaysia

Komuniti Rihura

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

Catat Ulasan

10 Ulasan

shamiera osment berkata…
Sedap tu nampak resipi tak pernah lak terfikir nak buat camni. Nanti boleh cuba.
shidarahmat berkata…
Macam2 resepi kurma ada. Tq share
nettyahhiyer berkata…
Aduh sedapnya... kebetulan ada roti kat rumah ini. Cuma tak adalah kurma ajwa. Kurma biasa je adanya. Bolehlah cuba. Tapi kak net rasa kalau letak ajwa mesti sedap betul rasa dia.
flizzy86 berkata…
ya ampun..meriah kurma ! Boleh try buat nanti
Bebelan Cik Min berkata…
Belum pernah lagi cuba buat roti gulung guna kurma. Ha..lepas ni boleh la try
Mrs Pip berkata…
Menarik juga resepi ni.
Selain roti gulung, boleh letak dlm pembuatan kek juga.
Next time kena try juga resipi ni.
Bonde Zaidalifah berkata…
Saya tak pernah makan kurma dengan roti telur macam nih, nak cuba buat nanti sesuai buat makan sahur dibualan puasa nanti tq kongsikan resepi nih..
Rozita Ceritaita berkata…
wah.. baru tau boleh gandingkan dengan roti telur.. ini kira resepi berani ni.. luar dari kebiasaan..
Ziana Eunos berkata…
Sedap nampak, boleh cuba nanti
Atul Hamid berkata…
wah unik betul resipi ni, 1st time tau roti telur mix kurma. Nanti boleh cuba buat.