Cara Hadapi 10 Cabaran Kritikal Perniagaan 2022

Macam-macam masalah bisnes, cabaran bisnes, ingat bisnes tu senang, rupanya susah! Mana tidaknya, tahun 2022 ini cabaran kritikal perniagaan yang bukan biasa-biasa.


Siapa setuju tahun 2022 ini, nak berniaga makin susah? Ada cabaran perniagaan tapi tak macam tahun-tahun dahulu.

Bercakap tentang cabaran kritikal berniaga ini, kita sedia maklum ramai usahawan akan hadapi cabaran perniagaan. Tapi adakah anda sebagai usahawan sedar apa cabaran yang paling kritikal tahun ini?

Imej via [Richworks]


Siapa tak kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richworks International Sdn Bhd. Berikutan terlalu banyak isu perniagaan yang diutarakan oleh usahawan-usahawan Malaysia, Datuk Wira Dr Azizan Osman berbesar hati untuk berkongsi perspektif tentang 10 cabaran bisnes. 


Beliau akan berkongsi dalam sesi khas Voice Chat di Saluran Telegram Azizan Osman Official pada hari ahad ini (13 Februari 2022) pada jam 8 pagi. Alhamdulillah terima kasih Datuk Wira, hero dan penyelamat usahawan-usahawan Malaysia.


RichWorks International Sdn Bhd



Sebuah netflix usahawan pertama di Malaysia ini sangat terkenal dalam kalangan usahawan. Apatah lagi mendengar nama Dr Azizan Osman, pasti ramai kenal. Richworks adalah sebuah syarikat usahawan yang telah diiktiraf di peringkat global dalam melahirkan paling ramai usahawan yang berjaya. Kisah usahawan Richworks adalah nyata dan sangat penuh ispirasi!


Pengalaman Mengikuti Sesi Voice Chat Telegram Azizan Osman




Sebelum ini Rina pernah mengikuti sesi voice chat Telegram Azizan Osman, terlalu banyak input yang dikongsikan oleh Datuk Wira Azizan Osman. Malah, setiap hari juga terdapat perkongsian hebat oleh kumpulan Richworks International. 


Kebanyakan sesi voice chat Telegram Azizan Osman Official adalah berkongsi tentang kejayaan usahawan anak didik Richworks yang memulakan perniagaan sehinggalah berjaya. Proses kejayaan usahawan RichWorks ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana dalam masa 6 bulan sahaja ramai yang mencapai jualan atas 1 juta ringgit.


Tapi awas! Datuk Wira sendiri sudah beritahu jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah. Terdapat 10 Cabaran Kritikal Perniagaan sekarang.




Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman 


Isu Kritikal Perniagaan



Sudah banyak Isu Kritikal Perniagaan pada 2022 ini. Semuanya telah dijangka dan dilihat dari segi ekonomi sebelum ini. Antara cabaran kritikal yang dilihat oleh Datuk Wira adalah seperti berikut.



“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.”



Jika Masih Biasa-Biasa, Pasti Akan Mati! 


Datuk Wira Dr Azizan Osman juga berkongsi akan kisah perbualan beliau kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau sedang melingkup. 


Imej via [Utusan]

“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”



Pada ketika ini, jenis bisnes dan cara pasaran adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian, tidak boleh kekal buat apa yang sudah usahawan biasa buat. Tahun 2022 ini cabarannya lain, penyelesaiannya juga lain.



Kekalkan Momentum Dengan Ilmu


Datuk wira juga menjelaskan, perniagaan perlu berkembang walau apa cabaran mendatang. Dengan circle Titanium Richworks yang agresif, mereka dapat kekalkan momentum. Jika usahawan yang baru mula atau jatuh pula bagaimana?


Imej via [Richworks]


“Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


*Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.*


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”



Jumpa Datuk Wira Dr Azizan Osman Ahad Ini


Imej via [Richworks]

Datuk Wira akan bantu semua usahawan pada ahad ini terutamanya pemilik bisnes yang masih tidak berkembang, tak tahu nak buat bisnes, stuck di tahap yang sama, mempunyai masalah jualan rendah dan sebagainya lagi. 


Program Live Session bersama Datuk Wira ini akan diadakan setiap ahad sepanjang Februari pada jam 8 Pagi.


Jangan lepaskan peluang. Inilah peluang keemasan kita sebagai usahawan! Terima kasih Datuk Wira. Nak sangat jadi usahawan jutawan berjaya, jom ramai-ramai hadir ke Sesi Voice Telegram Datuk Wira Ahad ini. 


Jemput Sertai, klik:


Telegram Azizan Osman (Official)




Catat Ulasan

0 Ulasan