RINA KIFLI

Sabtu, 25 Jun 2022

Mengapa Pilih Takaful?

6:32 PTG 0
Mengapa Pilih Takaful?


Takaful adalah konsep dimana sekumpulan peserta bekerjasama menjamin antara satu sama lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan. Memang konsepnya sama seperti insurans tapi ramai warga Malaysia, tidak mengira jantina, kaum dan agama, semakin berminat dengan takaful.


Takaful juga tidak sama seperti insurans kerana ia berkonsepkan islamic dan bukan pelaburan konvensional yang was-was. Berikut adalah 3 sebab utama mereka memilih takaful berbanding insurans konvensional. 



1. Keuntungan Yang Setimpal


Bila anda menyertai perlindungan takaful, keuntungan daripada pelaburan akan dikongsi antara semua peserta dan pemegang saham yang lain. Pengendali mendapat keuntungan melalui caj yuran atau lebihan keuntungan. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran daripada lebihan pengendali Takaful tidak akan melebihi jumlah yang dibayar kepada peserta Takaful.


Ini berbeza dari insurans konvensional, dimana wang atau keuntungan tambahan di bawah insurans menjadi milik pemegang saham syarikat tersebut.


2. Patuh Syariah


Buat muslimin, takaful memberikan peluang untuk mendapatkan perkongsian keuntungan yang selari dengan ajaran Islam. Sebagai konsep perlindungan yang patuh syariah, ianya bebas daripada riba (faedah), gharar (ketidakpastian, peluang atau risiko) dan maysir (aspek perjudian atau spekulasi).


Selain itu, Lembaga Penasihat Syariah dalam pengurusan takaful bertanggungjawab dalam memantau aktiviti-aktiviti operasi. Tugas mereka adalah untuk memastikan semua aktiviti yang dijalankan mematuhi prinsip syariah agar peserta tidak rasa risau atau ragu-ragu. 


3. Dibina Atas Nilai Kerjasama




Prinsip Islam yang diamalkan menjadikan Takaful produk pilihan ramai, bukan sahaja atas faktor agama, tapi juga dari aspek praktikaliti dan kesesuaian dalam sistem insurans pada zaman ini. Prinsip ta'awun membuatkan para peserta saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain.


Penekanan prinsip ini dan bukannya keuntungan semata-mata menjadikan takaful sebuah perlindungan dan pelaburan alternatif yang lebih telus dan demokratik berbanding produk-produk konvensional di pasaran. 


Tentang Takaful Ikhlas

Imej via [besproduction]

Sebagai pengendali takaful, Takaful Ikhlas memberikan pelbagai peluang untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif serta pelaburan yang patuh syariah di Malaysia. Dimulakan pada tahun 2002, Takaful Ikhlas merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam dunia kewangan islamik.


Jom ketahui lebih lanjut tentang mereka dan lihat sendiri pelan-pelan takaful yang ditawarkan di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/


Jenis-Jenis Takaful di Malaysia

6:00 PTG 0
Jenis-Jenis Takaful di Malaysia


Takaful adalah sistem perlindungan patuh syariah yang boleh disertai untuk menjamin pelbagai aspek kehidupan anda dan keluarga. Ramai yang memilih takaful sebagai perlindungan pilihan mereka, tapi tahukah anda tentang jenis-jenis takaful yang ada di pasaran kita?

Teruskan membaca untuk mengenali 4 jenis takaful di Malaysia yang sesuai untuk semua.  Semoga perkongsian ini bakal memberikan ilmu baru dan bermanfaat buat anda.


1. Takaful Perubatan 




Ramai mungkin sudah kenal dengan takaful perubatan ini. Takaful kesihatan membantu anda menampung kos-kos perubatan dan rawatan sekiranya anda atau ahli keluarga jatuh sakit dan memerlukan rawatan dari klinik atau hospital.


Dengan adanya takaful perubatan, anda mampu dapatkan rawatan berkualiti tanpa rasa resah dan risau. Takaful Perubatan adalah salah satu takaful di Malaysia yang terkenal.


2. Takaful Pendidikan





Bagi pasangan yang baru berkahwin atau baru sahaja menimang cahaya mata, mulakan tabung pengajian anak anda dengan takaful pendidikan. Perancangan dan simpanan awal menyenangkan proses kemasukan anak anda ke universiti pilihan bila dah besar nanti. Berikan peluang untuk mereka membina masa depan dengan takaful pendidikan. 



3. Takaful Kemalangan Diri 



Secara amnya, takaful di Malaysia ini memberikan anda pampasan jika anda tercedera atau ditimpa kemalangan. Sesetengah takaful jenis ini juga ada faedah lebih jika anda hilang upaya akibat ditimpa kemalangan.


Kita harus berwaspada kerana malang tidak berbau. Bila-bila masa sahaja boleh terjadi. Jadi, penting untuk sediakan payung sebelum hujan dengan perlindungan takaful di Malaysia



4. Takaful Motor



Takaful motor melindungi anda daripada menanggung kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan pada kenderaan anda. Sesetengah pelan takaful di Malaysia datang dengan perlindungan pihak ketiga, jadi kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan pihak ketiga juga termasuk dalam perlindungan takaful jenis ini.  



Kesimpulannya,


Bila anda ditimpa kesusahan, perlindungan takaful mampu meringankan beban anda. Takaful bukan sahaja membantu anda dalam hal-hal peribadi. Dapatkan perlindungan dari jenis-jenis takaful yang lain seperti takaful perniagaan kecil, takaful simpanan dan takaful kediaman. 



Takaful Ikhlas | Takaful Pelbagai Pelan Perlindungan Terbaik Di Malaysia




Takaful Ikhlas adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan pelbagai pelan takaful untuk perlindungan yang komprehensif, fleksibel dan menyeluruh.


Ketahui lebih lanjut tentang Takaful Ikhlas di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms


Jumaat, 17 Jun 2022

Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

11:03 PTG 1
Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

Apa itu big why?


Semua orang ada big why masing-masing. Big why tu apa? Lebih mudah kita cakap ia adalah impian atau apa yang kita nak dalam hidup ini.  Semua orang ada, kalau taktahu apa bigwhy anda, itu tak bermaksud kau tak ada bigwhy. Kau ada tapi kau taktahu je, kau tak sedar.. Kalau kau diam-diam fikir, kau akan dapat apa impian kau.


Baca juga: 

Apa Itu Big Why

Big Why Perlu Jelas Dan Visual


Tak terkecuali, aku juga mempunyai impian. Pada mulanya aku tak tahu bahawa itu adalah impian. Namun, aku sedar, sebenarnya itulah yang aku mahukan. 

Big why itu adalah impian atau apa yang kita betul-betul nak dalam hidup.

Ya, big why itulah impianku. Tak terlambat jika kita makin hari makin berusia tapi baru nak bercerita tentang big why. Ingat ya, belum terlambat lagi. Hatta kau umur 40,50 sekalipun masih belum terlambat.

Semua orang layak untuk berimpian, berjaya, bahagia dan dapat apa sahaja yang dia inginkan. Termasuklah cita-cita kita. Itu juga adalah big why.

Semua orang berhak ada impian. Semua orang berhak ada matlamat hidup. Dan tiada siapa yang boleh halang kita. Ya, mungkin tetap aja ada orang halang kita, tapi ketahuilah bahawa kita akan berjaya kerana kemahuan kita. Itu sudah juga. 

TETAPI, aku juga belajar bahawa kemahuan saja tidak cukup. Rupanya tindakan lah segalanya yang menjadikan kemahuan kita sebagai satu kenyataan. Tetapi berjuta manusia di bumi ini berusaha, ada yang tetap gagal. Ada sebab di sebalik itu sebenarnya. tapi hari ini kita akan bercakap tentang big why.


Kenapa big why penting?

Big why akan memacu kita untuk berjaya. Percayalah, tanpa big why tak mungkin kita berjaya, tapi dengan big why, sudah pasti kita berjaya. Apa big why anda? Pernahkah anda terfikir apa impian atau cita-cita anda?


Impian Dan Big Why Rina Kifli



Sebagai seorang wanita yang hidup bersederhana bersama keluarga, aku dibesarkan di sebuah rumah kampung bersama nenek dan ibuku. Ya ini realiti hidup aku. Sehingga aku tamat belajar dan berusia 25 tahun sampai aku berkahwin, baru ibuku pindah ke rumah flat yang sebelum ni ibu sewakan rumah itu. 

Kiranya aku membesar secara sederhana. Hidup bersederhana dan alhamdulillah aku syukur dengan apa yang aku lalui sepanjang hayatku. Terima kasih Ya Allah.

Apabila aku dewasa kini, aku sangat terkesan apabila memikirkan susah payah ibu membesarkan aku seorang diri. Tanpa abah di sisi. Aku sangat terkesan fikirkan ibu besarkan adik-adikku juga. Sebagai anak, aku nak sangat balas jasa ibuku, tapi aku sedar tak mudah untuk anak balas jasa dan takkan terbalas. 

Untuk balas jasa ibu, selain meluangkan masa bersama, meringankan beban keluarga dan lain-lain, of course kita perlu berjaya, perlu wang untuk bantu keluarga dan lain-lain. Amat sedih pun ada bila kita fikir orang lain berkorban untuk lihat kita berjaya.  Apa yang kita fikir, pasti sesuatu yang datang dari hati. 

Disudut hati, aku rasa aku tak ada apa-apa. Aku masih lagi level ikan ikan bilis yang anak. Aku kena mula dari bawah semula untuk berjaya. Kesilapan aku masa lalu adalah aku tak all out dengan apa yang aku usahakan. Dan aku taknak buang masa lagi. Aku akan tebus semua kesalahan itu untuk berusaha sungguh-sungguh capai impian aku.

Apa impian aku? Impian utama aku? Terlalu besar dan banyak. Aku sendiri tak tahu adakah Allah izinkan aku capai impian aku ini atau tidak.

Tapi big why aku cukup kuat.


Kebebasan Kewangan 


Bebas kewangan dimana aku mampu bahagiakan semua orang tersayang terutamanya mak, keluargaku, adik-adikku, suamiku dan semua orang yang memerlukan di luar sana. 

Aku selalu terbayang aku ada freedom yang tak perlu untuk aku korbankan masa aku bekerja atau buat apa-apa. Contohnya, kita boleh beri wang atau sedekah sesuka hati tanpa fikir kita perlu cari duit atau struggle lagi. 

Contoh yang lain, kita boleh beri wang berapa ribu kepada mak kita tanpa perlu susah-susah fikir nak kerja lagi cari duit. Tapi kalau itu berlaku, tak rasa lah kita akan kehidupan ini. 

Cuma aku percaya aku akan dapat freedom life, financial freedom dan retired young!

Sungguh aku nakkan bebas kewangan sebegitu. Jangan kata mustahil, ia sebenarnya tak mustahil. Aku sudah jumpa penyelesaian dan dalam proses capai big why aku tu. Semoga dipermudahkan. Nanti aku kongsikan apakah penyelesaiannya.


Baca Juga:


Sebuah Rumah Idaman Keluarga



Rumah idaman rumah teres atau landed house. Ini adalah idaman aku untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku sangat idamkan nak beli atau nak duduk rumah idaman aku walaupun kecil takpe. Janji aku nak rumah sendiri yang landed house dan rumah hasil titik peluh aku sehingga aku dapat retire young dan retire rich dalam usia yang muda.

Alhamdulillah , aku bersyukur bila Allah tunjuk jalan yang tepat pada aku. Sekarang Allah cuma nak aku usahakan sahaja dengan platform atau kepakaran yang Allah beri pada aku. 

Perjalanan takdir aku adalah bersama mereka yang minat bisnes, yang sukakan bisnes, circle yang suka mencari ilmu bisnes. Alhamdulillah aku syukur dengan rezeki Allah beri ini.

Aku juga mengenali seseorang yang memberi peluang dan ruang perniagaan untukku. 

Gambar bersama seorang hamba Allah yang Allah hantar.


Bersama beberapa Bisnes Partner Rina yang sempat hadir juga



Dalam video di bawah ini, adalah rumah dia. 

Terima kasih dia sebab banyak ajar aku untuk terus berjuang dalam platform ini. Dan hampir 1 tahun aku baru bermula , kini tengah membina legasi untuk ini. Terima kasih juga bisnes partner aku yang join sama-sama untuk berjaya sama-sama. 




Macam mana? Terbakar kan tengok rumah mentor aku. Terima kasih banyak kepada beliau yang sudi bimbing aku dan partner bisnes aku sehingga berjaya! amiin.

Alhamdulillah, aku masih buka peluang untuk sesiapa yang berminat nak jadi bisnes partner dengan aku. Yang berminat dan ada impian, yang nak ubah hidup supaya lebih bermanfaat dan bebas kewangan dan masa. Cukup lah kalau betul-betul nak, itu saja yang paling penting.


Boleh terus wasap Rina ya di SINI. BTW ini adalah pasif income sampingan, untuk penulisan, korang boleh hubungi rina macam biasa!



Jom Baca Juga:

Tarbiah Big Why Bisnes
7 Tips Fokus Capai Matlamat
50 Kata Semangat untuk Berjaya Dan Motivasi Diri

Isnin, 13 Jun 2022

Big Why Perlu Jelas Dan Visualkan

7:49 PTG 0
Big Why Perlu Jelas Dan Visualkan

Sudah lama kita dengar pasal big why. Dan kita sedia tahu apa itu big why. Namun, tak ramai dalam kalangan kita yang faham apa itu big why tapi mampu lakukannya dengan baik. Agak sukar jika kita fikirkan, tahu apa yang kita nak dan lakukan tindakan untuk mencapainya. Amat sukar sekali. Serius.

Jadi, bagaimana nak konsisten dan pastikan kita benar-benar on track untuk capai big why kita? Apa yang kita perlu buat? Sebelum tu, anda kena tahu dahulu apa itu big why. Big why adalah sesuatu sebab atau titik yang kita letakkan untuk kita benar-benar capai sesuatu seperti kejayaan dan lain-lain. Ia adalah apa yang kita ingin capai, tak kiralah dalam hidup, hubungan, kerjaya dan freedom dan banyak lagi.



Baca Juga: Apa Itu Big Why?


Big Why Perlu Jelas

Sekiranya kita sudah tahu apa yang kita nak, kita perlu fikirkan bagaimana untuk membuatnya menjadi lebih jelas. Nyata sekali, kita perlu fahami apakah big why kita, kenapa kita inginkan ia, bagaimanakah gambaran big why kita itu. Jadi, Big Why perlu benar-benar jelas untuk memudahkan kita mencapainya. 


Big Why Yang Jelas

Bagi mendapatkan big why yang jelas, mudah sahaja. Kita kena buat formula ini. 

Apa, Kenapa, Bagaimana, Kesannya.


1. Apa Big why kita?

2. Kenapa kita mahukannya?

3. Bagaimana cara untuk kita capai big why tersebut?

4. Apa kesannya jika kita dapat capai big why itu?


Apabila kita cukup fahami secara mendalam akan apa yang kita inginkan dengan berpaksikan jawapan-jawapan tersebut, pasti kita akan jelas akan big why kita. Big Why ini perlu jelas seolah-olah kita sudah nampak apa akan berlaku jika kita capai impian tersebut. Sebelum capai pula, kita sudah tahu dan rancang apa kita akan buat untuk capai semuanya.

Ia juga melibatkan jangka masa panjang dan pendek. Matlamat itu pula perlulah yang boleh kita capai dengan usaha dan rancangan yang kita telah buat. Benda tak mustahil tau. Jadi, kita kena kerja keras. Kita kena buat dan mencapainya.





Big Why Perlu Visual

Apakah maksud visual? Big why perlu visual maksudnya kita perlu menampakkan big why itu dengan mata kasar. Maksudnya kita perlu lihat gambarnya, perlu ada gambar nya untuk kita lihat hari-hari, selalu, setiap masa. 

Apabila kita visualkan big why kita, ia akan menyuntik semangat kita untuk terus berusaha melakukan usaha dan kerja kita bagi mencapai big why tersebut hari demi hari. 

Tapi tujuan utama big why perlu divisualkan adalah untuk mengingatkan kita hari-hari bahawa kita ada big why. Sebabnya, manusia mudah lupa. Harini ada duit sikit, kita malas nak usaha. Kita fikir takde bigwhy atau tak kisah sebab ada duit, nanti boleh usaha balik. 

Salah tu, sebaliknya kalau kita gila-gila nak capai big why, kita ingat dan nampak big why kita hari-hari, maka kita akan lebih kuat berusaha walaupun kita baru senang sikit jer.


Cara Visualkan Big Why


Cara visualkan big why adalah mudah, kita boleh gunakan gambar apa yang kita nak, impian kita. Contoh macam jika nak umrah, kereta, rumah dan lain-lain. kita tulis ayat apa yang kita mahu itu dan gambar apa yang kita nak tu. Print dan tampal di tempat kerja, rumah, bilik atau mana-mana sudut yang anda selalu lihat atau duduk hari-hari. 

Untuk lebih menarik, anda juga boleh buat vision board. Vision board ni lebih kepada gambaran impian kita serta tempoh berapa lama yang kita nak dapatkannya atau mencapainya.

Sekiranya anda tidak berapa suka melihatnya didalam bentuk gambar atau ayat, anda boleh letakkan di dalam telefon bimbit sebagai sesuatu yang boleh anda lihat selalu untuk lihat setiap hari.


Jom baca juga:

20 Cara Bebas Kewangan Dan Bebas Hutang

Cara Buat Duit Di Internet Jika Terdesak

Sebab Perlu Gila Menulis Mudah Buat Duit Cara Ini


Untuk memudahkan kalian, pada next entry rina akan share apakah big why dan impian rina serta buat rancangan terperinci supaya anda boleh lihat contoh macam mana kita perlu pastikan big why kita terlalu jelas dan visual tu.

Setakat ini dulu perkongsian berkaitan Big Why perlu jelas dan visual ini. Terima kasih semua pembaca. Semoga entry ini bermanfaat, ringankan tangan untuk share link blog ini dengan masyarakat di luar sana ya.


Assalamualaikum wbt.

Jumaat, 25 Februari 2022

Anak Datuk K Tiada Potensi Diri, Kini Jutawan Kelahiran Azizan Osman

6:45 PTG 1
Anak Datuk K Tiada Potensi Diri, Kini Jutawan Kelahiran Azizan Osman

Anak Datuk K Tiada Potensi Diri, Kini Jutawan Kelahiran Azizan Osman | Buka Instagram ternampak video Datuk K yang memberi ucapan santai menarik untuk didengar. Anak Datuk K iaitu Asyraf Khalid sedang hangat dibualkan.

Perubahan anak Datuk K Ini dikatakan kerana Azizan Osman yang merupakan seorang guru ataupun Mentor usahawan. Ini mesti sudah terjebak dengan seminar Azizan Osman. Salah tu. Terjebak dalam Mentoring bersama Pakar Pemasaran No 1 Asia.



Ini zaman 2022, ahli perniagaan seperti Datuk K sekalipun mengagumi Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana kejayaan yang beliau alami saban hari. Bagi Asyraf pula, sebenarnya beliau mula berniaga dan memperoleh Ilham untuk produk mutiara adalah apabila beliau mengalami masalah hutang suatu masa dahulu.


Selain menjadikan hutan sebagai pembakar semangat untuk berjaya, Asyraf juga mempunyai big why yang sangat kuat untuk membuktikan kejayaannya kepada bapanya.


Maklumlah dia dikatakan sebagai seorang budak yang nakal dan tidak berjaya malah pernah mengecewakan ayahnya dahulu. Kini beliau bangkit untuk lebih berjaya.


Makan Malam Datuk K Dan Asyraf Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman 



Sempena hari lahir Datuk K, Datuk Wira Dr Azizan Osman dijemput oleh Datuk K makan malam bersama keluarga mereka. Sebenarnya Datuk K ingin merakam penghargaan buat Datuk Wira. Beliau sangat berterima kasih dan terhutang budi kerana Datuk Wira sangat banyak membantu anaknya Asyraf. 






Sampai satu tahap, Asyraf telah berjaya dalam perniagaan dalam masa yang singkat, hanya 3 tahun saja perniagaan sudah mencapai jualan berjuta. Tidak itu sahaja, Datuk K juga dapat lihat perubahan kehidupan Asyraf lebih baik daripada dulu.


Asyraf meluahkan, sebab utama beliau bersungguh-sungguh melakukan perniagaan dan ingin berjaya adalah ingin membanggakan bapanya.



"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelas Asyraf.


Asyraf Tepat Memilih Datuk Wira Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Beliau


Asyraf sangat berterima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki mentor yang dikurniakan kepadanya.


Betapa syukur apabila Datuk Wira sendiri dapat membimbingnya. Kenapa Asyraf terlalu gembira berada dibawah bimbingan Datuk Wira? 



Didikan Azizan Osman Tak Sama Seperti Sifu Lain


Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja mengajarkan tentang bisnes, tetapi secara holistik turut membimbing usahawan dari segi kepimpinan, perhubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan yang Maha Esa.  


Selain itu, didikan Azizan Osman juga menerapkan nilai-nilai baik bagi usahawan-usahawan. Oleh itu, masing-masing akan menjadi lebih baik kerana dikelilingan usahawan yang baik-baik, tidak kedekut ilmu, sudi belajar bersama dan lain-lain lagi nilai murni.  Inilah yang membuatkan Asyraf suka berada dalam Program Mentoring Titanium.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," kongsi Asyraf pada malam itu.



Datuk K Sedar Kekuatan Azizan Osman Bawa Kejayaan Pada Usahawan




Datuk K sangat terbuka dan menghargai Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau turut menyatakan perasaannya juga cemburu dan kagum jika melihat kebolehan dan bakat Datuk Wira melahirkan ramai usahawan jutawan.


Kita fahami, Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai pengalaman yang cukup besar dalam bidang usahawan dan pemasaran. Beliau juga ada pengalaman hidup biasa-biasa sehingga menjadi lebih baik. Sangat inspirasi kisah Datuk Wira jika kita benar-benar ketahuinya.


Disebabkan pengalaman lalulah, Datuk Wira benar-benar kuat dan berjaya sekarang. Alhamdulillah terima kasih Datuk Wira sebab sentiasa ada dengan kami para usahawan ni.


Kata Datuk K ini buat kita benar-benar dapat lihat keikhlasan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam membimbing para usahawan dan mereka yang benar-benar memerlukan.



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan, Kongsi Datuk K.



Datuk K Selit Pesanan Buat Usahawan



Alang-alang bagi ucapan pada waktu itu, Datuk K turut selit pesanan kepada bangsa usahawan yang berjaya. Jika sudah berjaya nanti, jangan lupa pula pada usahawan diluar sana yang masih gigih berusaha untuk berjaya.


Apabila kita berjaya, jangan sombong tetapi bantu sedaya upaya juga untuk menaikkan orang lain dengan lebih berjaya lagi.



“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujar Datuk K.


Sesungguhnya kisah perubahan Anak Datuk K ini memberi inspirasi buat kita semua.




Tak salah nak cari mentor usahawan berjaya, itulah yang patut kita buat. Bukan hanya duduk tengok orang berjaya dan orang gagal. Mari kita bangkit, usaha dari sekarang!


Jom sertai Telegram Azizan Osman Official, boleh tengok usahawan jutawan, ambil aura dan jadi seperti mereka.


https://t.me/AzizanOsmanOfficial