Urus Masa Dengan Jadual Kerja Harian / To Do List

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ini hidupku kian sibuk dan sibuk selalu. Ya Allah ya tuhanku, Kau berikan aku masa yang berkah dan kerja yang berkah untuk aku sempurnakan dan Kau berkatilah kehidupanku ini. Amin. 

Sehinggakan nak update blog pun kadang-kadang tak sempat. Nak curi-curi update, memang tak best. Update blog perlukan masa yang 'tenang' dan saat yang tak sibuk dengan hal yang lain. Sejak bila sis jadi orang yang sibuk ini. 

Sejak sibuk mencari duit. Sedangkan duit tu sekejap sahaja boleh habis. Allahu. Jadi, sejak dua menjak ini, sis nak happy kan diri dan cari keberkatan masa tu. Jadi, salah satu caranya adalah dengan melakukan jadual to do setiap hari.

Dengan adanya jadual ini, lebih fokus lagi dan mudah untuk kita lakukan kerja seharian mengikut masa yang telah ditetapkan di jadual. Apa sahaja terjadi, ikut jadual tu. Semoga jadual ini akan memudahkan lagi urusan sis.

Sis dalam proses buat jadual sis, tapi belum siap. So sis update contoh-contoh jadual harian orang lain yang sis sudah survey dan tengok-tengok contoh. Mungkin jadual-jadual ini banyak membantu kita untuk uruskan masa dengan lebih baik lagi.


Urus Masa Dengan Jadual Kerja Harian / To Do List


Yang ini adalah jadual seorang ibu yang menguruskan rumah tangga dan kerja-kerja blog juga.




Anda juga boleh tambahkan status kerja seperti Penting, Segera dan lain-lain lagi untuk lebih mudah.
Contohnya seperti ini:




Macam jadual di bawah ini boleh dibuat, tetapi ia terlalu simple dan tak menarik:



Teringat zaman sekolah dulu-dulu, kita rajin buat jadual belajar kan? Lebih kurang samalah konsepnya, tapi ini jadual kerja di rumah atau kerja apa yang kita buat. Senang sahaja kan.

Throwback jadual belajar



Ini pula adalah rangka jadual yang boleh kita buat. Isikan ruang kosong dengan kerja harian kita. Ini jadual yang simpel je, kalau nak buat jadual padat pun tiada masalah.



So, jom urus masa dengan jadual kerja harian / to do schedule! Mudah je nak buat, yang penting kena ikut jadual lah selepas ni. 


ray berkata...

uwahhhhh so cool boleh buat jadual cmtu. i fail when it comes to this hahahha

Rika Saini berkata...

waa... terlalu details ya.. kalau sy jadual semua sama.. tak perlu update hari2.. heheh...

Rinazul berkata...

terpulang kepada individu.. ada yg suka edit2 jadual semula..ada yg ikut 1 jadual tu je..selalu yg edit2 jadual tu sebb kerja dorang lain2 pula utk hari seterunya hehe

Amim Najmie berkata...

Terima kasih utk sharing berkenaan jadual harian ni. Info yang sangat berguna :)

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates