Beza Mandi Wajib Dan Mandi Junub

Ramai yang konfius dan ragu-ragu akan mandi wajib dan mandi wujud. Adakah sama? Atau selama ni ia berbeza? Persoalan mandi wajib dan mandi junub ada bezakah ini sering menjadi pertanyaan bagi para remaja dan juga dewasa. 


Kalau lepas haid atau lepas bersetubuh tu perlu mandi apa? Ramainya yang konfius pasal beza mandi wajib dan junub ni. Senang cerita macam ini, mandi wajib tu wajib dilakukan atas beberapa sebab.  



Mengikut sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. 


Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:

  1. Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj
  2. Keluar air mani
  3. Keluar darah Haid
  4. Keluar darah Nifas
  5. Keluar darah Wiladah
  6. Mati. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117)


Maksudnya Mandi wajib itu wajib untuk semua sebab-sebab di atas. Itu bermaksud mandi wajib ini adalah mandi yang diperlukan sekiranya berjunub/berjimak hahah. So, sama je la maksud mandi wajib dan mandi junub. tu. Saja nak bagi korang faham.


Mandi junub dan mandi wajib adalah sama. Ia dipanggil mandi junub sebab berjunub. Dipanggil mandi wajib sebab wajib mandi selepas habis haid. So sekarang kita semua dah faham ia tidak ada beza pun. Sama sahaja.

beza mandi wajib dan mandi junub

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.

(Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

(Surah al-Maidah: 6)

Jom dengar apa penjelasan Ustaz Azhar Idrus untuk perbezaan mandi wajib dan mandi junub ini. Semoga menjawab persoalan anda dan bermanfaat.



My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates