TITIK PERMULAAN KEHIDUPAN

Ramai yang berfikir jangka masa panjang tentang kerjaya, keturunan, simpanan dan macam-macam lagi. Bagus, itu tandanya kita berfikir ke hadapan.

Namun, jarang orang berfikir dimana titik permulaan kehidupan kita?

Apakah kita dihidupkan menjadi bayi atau diciptakan roh itu merupakan titik permulaan kehidupan kita.

Ya, ramai yang cakap begitu. Sebabnya di situ kita mula hidup.

Tapi

Salah sebenarnya.

Inilah yang Harus Diperhatikan Saat Ingin Mencari Jodoh Lewat ...

Jika difahami sesungguhnya, titik permulaan kehidupan kita adalah bila mana kita sudah mencapai mumaiyiz, sudah baligh dan bermulanya ditulis amalan dan dosa dalam kitab amal kita.

Kerana, titik permulaan kehidupan kita adalah apabila kita bangkit di akhirat atau padang masyar kelak. Di sana adalah titik permulaan kehidupan sebenar kita. Cuma, hasilnya adalah berdasarkan apa yang telah kita lakukan di bumi ini. 

Ketahuilah bahawa akhirat adalah kehidupan sebenar, sedangkan dunia adalah ujian atau kehidupan yang sementara untuk kita menempah peperiksaan di sana kelak.



Kalau difikirkan, selepas kita meninggal, dimana akan kita berada? 

Bila kita akan dibangkitkan?

Bagaimana keadaan kita dibangkitkan?

Selepas itu, apa yang kita perlu lalui?

Dan akhirnya dimana tempat istirehat kita selamanya?

Mari sejenak kita fikirkan supaya kita tahu apa yang patut kita buat.

Jadikanlah solat, Al-Quran, Sedekah dan Silaturrahim sebagai persediaan kita. 

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates