Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Bergaji RM 1,000 (Bersih)

Teringat zaman nak kahwin dengan suami dulu. Waktu tu suami umur 23 tahun,aku pula umur 25 tahun. Al-kisahnya dah jodoh, jadi kami pun bertunang. Tapi kami fikir nak kahwin lagi 2 tahun atau 1 tahun selepas bertunang tu. Cuma pada waktu tu, pihak ibu bapa perempuan ni tak suka lama-lama, siap dah plan suruh kahwin pada bulan 5 2017 sebab itu adalah hari buruh. Ramai orang cuti, jadi senang nak buat kenduri.


Maka, aku pun cakaplah dekat bakal suami masa tu. Si dia ni jenis yang cool. Dia kata ok. Tapi dalam hati tu aku tahu dia struggle nak cari duit. Waktu tu dia kerja biasa-biasa jerr, okey aku cerita sini sebagai tatapan, iktibar rakan-rakan atau pembaca yang mungkin sama situasi seperti ini.

Bakal suami sebelum berkahwin dengan aku, dia cuma bekerja di cybercafe je guys. Kerja pantau komputer orang main cc dan lain-lain tu. Gajinya cuma RM 1,200 kalau tak silap aku.

Boleh dikatakan gaji aku lagi lebih banyak dari si dia. Banyak sangat dari dia hahaha. kenapa aku gelak? hahah Jahat. takpe korang dengar dulu cerita aku ni.


Tapi disebabkan kami kenal, berkawan baik dan rasa keserasian tu sangat kuat, tak pernah gaduh, kalau berjumpa asyik nak bergelak je. Tu yang kami setuju nak tunang. Padahal kami tak pernah cakap pun nak kapel-kapel ni. Hihi untuk pengetahuan, ini lah seorang lelaki yang paling matang yang aku pernah jatuh hati. Yang lain dulu macam budak, tak matang, tak boleh pakai. Opps sorry.

Disebabkan kematangan, kehenseman dan keserasian ini, menjadikan kami sehati sejiwa dan nak ada ikatan. Tapi sebab gaji kecil, kami sama-sama dah bertekad jom kita himpun duit sama-sama.

Ini gambar kami bertunang dekat rumah. Semua ni buat sendiri, DIY je. Kain pelamin tu semua beli kat mydin pasti buat-buat sendiri je belit-belit tu.

cara kumpul duit kahwin



Hantaran 10K Dalam Masa 5 Bulan Kumpul Duit


Bila dah ditunangkan, datanglah cabaran baru kepada kami iaitu.. Dalam masa 5 bulan je kami akan dinikahkan, makanya suami nak kumpul 10k untuk duit hantaran kepada aku. dan untuk meringankan beban, aku bagi cadangan kita satukan je majlis ni laki dan pempuan. Family semua setuju je.

Jadi, macam mana kami kumpul duit. Sebenarnya duit hantaran ini adalah yang nak guna untuk majlis tau atau untuk bahagian sebelah perempuan, sebabnya duit hantaran ni sebenarnya adat sahaja. Kalau mas kahwin tu barulah untuk pengantin perempuan. Dan mas kahwin ni wajib pengantin perempuan seorang je gunakan untuk peribadi dia ke, untuk apa-apa je dia nak buat pun takpe.  Yang penting, mas kahwin tu isteri punya.

Jadi, hukum duit hantaran 10K tu adalah bukan hak milik pengantin perempuan 100% sebab itu dengan duit hantaran 10K tulah kami nak guna buat majlis dan sebagainya.


Mula Buat Perancangan



Setelah selesai je majlis bertunang dan pihak lelaki dari KL dah gerak ke KL. Aku dekat Penang ni dah wasap-wasap dengan si dia pasal rancang nak kumpul duit ni. Kami plan dan kira-kira gaji. Di sini wanita pun main peranan penting kena share simpan duit juga walaupun untuk hantaran perempuan tu. Nak buat macam mana, korang pun nak sangat kawen 5 bulan lagi kan hehe.


Jadi, ceritanya, setiap bulan, suami akan bankin RM 800 kepada aku untuk simpanan hantaran. Kenapa dia tak simpan sendiri dan terus bagi 10k? haa lain orang lain cara, tambah-tambah couple muda macam kami yang gaji rendah ni, cara ni lebih mudah dan cepat untuk kami uruskan majlis. Tak perlu terus bagi seketui 10k, bagi sikit-sikit tiap bulan supaya aku terus guna bayar untuk majlis apa yang patut dulu.


Beri Duit Hantaran Setiap Bulan



Bulan pertama suami bagi RM 800, aku simpan duit aku RM 500. 

Bulan kedua suami bagi RM 1,000, aku simpan duit aku RM 600. aku ni gaji besar tapi dia yang kuar duit lebih, well kat sini nampak kesungguhan dia. so macam mana gaji seribu boleh bagi 1000 setiap bulan?

Bulan kedua dan keatas tu dia dah buat part time atau kerja sampingan, so dapat duit lebih sikit. Katanya setakat belanja tu dia cuma bawa bekal dari rumah je tiap hari. Hanya guna untuk minyak kereta bagi kerja yang hanya 5-10 minit sampai dari rumah. Nak naik motor, belum ada motor.

Jadi, pada bulan-bulan seterusnya dia bagi duit hantaran sikit-sikit tu makin meningkat jumlahnya.

Oh ya, apa aku buat tiap kali dia bagi. Jangan harap aku nak simpan semua banyak-banyak, kang tak pasal-pasal habis pula. Lepas dia bagi, aku terus guna untuk bayar dewan, bayar katering, bayar baju pengantin, itu ini..

Contoh Dewan RM 400
Katering RM 3,500
Baju Pengantin dan Pelamin RM 700
Doorgift dan kegunaan lain RM 1,500 
fotografi dan banyak lagi.

Ini antara barang hantaran yang telah dibeli dan dirancang kami hehehe. Barang hantaran kami simple je tapi cantik-cantik, gubahan tu minta tolong kakak je buat kan.

cara himpun duit kahwin gaji 1000



Berkongsi | Sama-Sama Menyimpan


Persoalan: Adakah semua belanja ini termasuk dengan duit aku? Ya, aku ada menyumbang RM 300, 500, dan lain2 lagi ikut mood aku hahah. Tapi alhamdulillah tak sangka dalam bulan ke 3 je dah selesai bayar katering, dewan , baju, pelamin apa semua. Kadang-kadang aku pun tak tahu dari mana datangnya duit-duit yang mencukupkan ni. 

Suami pun pelik juga, dia seolah-olah bagi semua gaji dia untuk aku uruskan majlis ni dan guna untuk duit hantaran. Pelik sangat sebab dia rasa cukup jer tak guna semua gaji tu. Tapi salah satu sebab waktu tu sebab dia tak ada komitmen. Dia punya part time pun macam balik kerja tolong kawan hantar barang katering, barang pindah rumah dan dapat payment. Suami ni dia jenis tak reti bab online-online atau buat duit online. Rina jela time nak kawen tu buat affiliate la apa la macam-macam hehe, tapi cashout pun selepas dah kahwin hehe

Ok, sedar tak sedar bila aku senaraikan , duit kitorang time majlis tu adalah total 8,740 macam tu yang berjaya dikumpul dan digunakan. Itu bermakna kami guna banyak tu je untuk majlis? Ya memang betul. Tapi macam tak sangka kan. Ok lupa nak habaq, untuk mas kahwin rina adalah seutas rantai emas.

Ini gambar kami akad nikah, suami tengah lafazkan akad.

cara himpun duit kahwin




Ini gambar sebelum Majlis mula, buat tahlil. Ini pelamin kami tak sampai RM 1,000 pun.

cara kumpul duit kahwin



cara simpan duit kahwin gaji seribu

Ini doorgift majlis kahwin kami. Dalam ni ada 1 botol kacang, tasbih, air kotak, snek, apa lagi tak ingat dah.

cara kumpul duit kahwin

Ini baju pengantin dan baju bersanding kami 

cara kumpul duit kahwin


Baju simple, selesa, sejuk, tak panas, kain sedap dipakai.

cara kumpul duit kahwin


Sedara mara sponsor makanan

cara kumpul wang hantaran gaji 1000



Selepas je selesai majlis, malam tu kami kira duit sampul, dapat dalam 3 ribu lebih Alhamdulillah. Semua duit tu suami bagi kat aku katanya cover lebihan duit hantaran sebab sepatutnya 10K tapi hampir 9K sahaja duit yang dapat kumpul dengan gaji RM 1,200 dia katanya. Dah tu, sebab share dengan duit aku sikit, jadi semua RM 3,000 rezeki tu buat aku katanya. Alhamdulillah. So apa lagi, aku buat guna shopping pergi honeymoon heheh.


Kesimpulannya Bagi Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Gaji 1,000


Cuma tula, macam tak sangka sangat, dengan gaji RM 1,200 sebulan, kalau suami dan isteri bekerjasama insyallah cukup dan Allah mudahkan. Kadang-kadang bakal pengantin perempuan ni sangat berkira kononnya duit hantaran tu hanya laki je wajib bagi. Sedangkan ia hanyalah adat, perempuan pun boleh bantu belanjakan atau simpan duit sama-sama, tak salah pun.  Bila semua buat sama-sama, Alhamdulillah Allah permudahkan. 

Subhanallah. kami pun tak sangka waktu tu. Time tu kami belum ada apa-apa, dua-dua kerja biasa-biasa. Tapi lepas kahwin, macam-macam rezeki kerja datang. Jadi, jangan takut kalau nak kahwin tapi tak ada duit atau kerja biasa-biasa je ok. Doa banyak dan usahakan sama-sama.

Alhamdulillah akhirnya cukup duit kahwin, walaupun bunyinya macam kawen bajet atau koboi tapi sebenarnya majlis kami agak meriah dan lengkap! 




****



NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.

Sii Nurul berkata...

Alhamdulillah, sgat memberi inspirasi.. Sy dalamm fasa nak kahwin juga.. Nak kumpul duit sama2 tp si dia xnak.. Sbb nak usaha sendiri..tp sy diam2 kumpul duit juga haha

Rinazul berkata...

Alhamdulillah terbaik. betul tindakan tu sis. Apa2pun pmpuan pun simpan duit , nanti2 ada keperluan blh guna.. just buat saving walaupun laki yang bagi duit hantaran kawin :)

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates