Cara Tetapkan Azam 2022 Supaya Achievable!

Masih belum terlambat untuk kita berazam sempena tahun 2022. Jika anda hanya punyai azam sahaja, itu sukar dicapai. Berazam memerlukan anda mempunyai pakej lengkap Azam tersebut supaya ia boleh dicapai atau achievable.  Azam bukan sekadar kata-kata dan impian, tetapi adalah fikirkan cara capai dan tindakan.

Apakah yang perlu anda tahu untuk tetapkan azam 2022 supaya lebih tercapai? Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tetapkan, bukan hanya 1 ayat azam sahaja. 

Sudah bertahun-tahun kita berazam, apa kata kali ini bukan sahaja berazam di mulut, tetapi di hati serta tindakan. Berikut adalah cara tetapkan azam 2022 supaya achievable yang harus anda tahu. Jika kita fokus, pasti azam 2022 kita tercapai Insha-Allah.

Hasil carian imej untuk 2020

#1 Kenal Pasti Apa Yang Anda Mahukan Secara Spesifik


Ya, pasti anda tahu apa yang anda mahukan. Tetapi, jadikan ia lebih spesifik lagi. Lebih mendalam lagi. Sebagai contoh, nak berjaya dalam kerjaya. Jadi spesifiknya mungkin adalah: Ingin naik pangkat, dapat gaji tinggi lebih dari RM 3K atau mungkin nak buat income pasif RM 500 sebulan.

Ataupun ingin ada simpanan sebanyak 20K untuk tahun 2022. Maksud di sini adalah anda tetapkan secara terperinci apa anda mahukan. Bukan setakat berjaya atau ingin buat simpanan sahaja.  Jelas kan? 

#2 Sediakan Diary Atau Planner 2022


Planner atau diary 2022 penting untuk anda catatkan segala yang anda mahukan termasuk perancangan, strategi dan list to do harian anda. Apa yang nak dicatatkan itu akan saya terangkan di point seterusnya. Namun, jangan lupa sediakan planner yang mudah dibawa ke mana sahaja ataupun yang mesra pengguna. Jika hanya harap untuk mencatat di fon atau di laptop sahaja, tak cukup beb! Tak ada aura dia.

Imej yang berkaitan


#3 Visi Dan Misi


Bukan hanya bisnes dan syarikat sahaja perlu ada visi dan misi, tetapi cara tetapkan azam 2022 supaya achievable pun perlu ada visi dan misi. Termasuklah visi dan misi personal yang anda sendiri ingin capai untuk kehidupan anda.

Visi dan misi anda perlu berkait rapat dengan azam yang anda ingin realisasikan. Visi adalah apa pegangan anda dalam mendapatkan azam tersebut. Misi pula adalah apa perlu anda lakukan dalam menjalankan visi anda.

Sebagai contoh:

Azam: Ada simpanan 20K dalam masa 1 Tahun
Visi: Memastikan setiap hari ada duit masuk bank atau tabung
Misi: Buat income tambahan yang lebih masyuk bermula awal tahun ini

#4 Tetapkan Rancangan Atau Planning 


Jika sudah mempunyai azam, anda wajib senaraikan seberapa banyak rancangan atau planning anda untuk mengecapi azam tersebut. Bagaimana nak tahu apa rancangan atau perkara yang harus anda lakukan?

Fikirkan cara untuk merealisasikan impian anda?
Apa harus anda buat untuk pastikan rancangan tersebut berjaya?
Berapa tempoh masa perlu diambil untuk azam anda tercapai?
Apa langkah pertama perlu anda lakukan?
Apa risiko yang bakal terjadi?
Bagaimana cara untuk hadapi risiko tersebut?

Jawapan bagi persoalan itu adalah tindakan dan rancangan untuk anda kecapi impian atau azam 2022 anda. Mudah kan cara tetapkan azam 2022 supaya achievable! Mula dari sekarang, rangka strategi dan buat satu per satu. Kenal pasti basic dan buat, biar bermula daripada bawah untuk berjaya. Jangan hanya letak azam 2022 tapi tidak mulakan pula. Jom mulakan sekarang.

#5 Rancang Masa Anda Dan Jadualkannya


Jangan lupa untuk merancang masa anda! Buat jadual harian mengenai apa yang perlu ada lakukan setiap hari. Itu adalah cara tetapkan azam 2022 anda supaya lebih achievable. Tak perlu pening-pening, selepas adanya jadual kerjaya dan harian anda, pastinya lebih mudah untuk azam dikecapi!

Hasil carian imej untuk jam meja belajar

Alhamdulillah, kita semua sudah buat azam 2022. Pastikan azam tersebut achievable dengan senaraikan tindakan dan rancangan anda. Insyallah pada tiba masanya nanti, kita akan tunaikan azam-azam kita pada tahun 2022 ini. Aamiin. Teruskan usaha, jangan sesekali mengalah. Anda boleh boleh lakukan. Ya, kita semua boleh lakukannya InshaAllah pasti berjaya!


Jom baca juga:







Catat Ulasan

1 Ulasan

ray berkata…
I am so bad at this but trying my best