7 Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Dan Orang Tua

Tabiat buang air besar setiap individu boleh dikatakan tidak sama caranya. Sebahagian orang membuang air besar sehingga 3 kali sehari. Ada juga yang membuang air besar sekali dalam 3 atau 4 hari sekali. Tapi masalahnya bila 1 kali buang air besar pun duduk dalam toilet berejam - jam. ehhh korang.. Ni buang masa, penyakit atau isi masa lapang sebenarnya? heehe gurau je, jangan ambil hati ya.


Tahukah anda, sembelit berlaku apabila pergerakan usus agak lambat daripada keadaan normalnya dan menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar. Bermaksud, sembelit menyukarkan proses pembuangan! So proses pencernaan pun terganggu sebenarnya. Ini adalah sangat-sangat serius ye, tak boleh biar-biar perkara ini berlarutan.


Baiklah, ini antara 7 cara atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Jom lihat satu per satu, mungkin akan membantu anda atau sesiapa yang anda kenal mengatasi sembelit! Dengan cara atasi sembelit ini, korang tak perlu risau lagi. Jom sama-sama kita ikhtiar yang terbaik.





1. Banyakkan Bersenam


Bagi anda yang mengalami sembelit, cara atasi sembelit adalah anda harus kerap bersenam dan meregangkan badan anda. Sekiranya anda telah duduk lebih daripada 2 jam, maka bangun dan berjalanlah sebentar.


Pergerakan fizikal akan dapat meningkatkan peredaran darah, baik untuk pencernaan dan merangsang pergerakan pada usus kita. Paling mudah, peruntukkan selama 30 minit atau 1 jam untuk buat zumba di rumah. Mudah jer ikut youtube je hehe.


2. Banyak Pengambilan Makanan Probiotik


Makanan yang mengandungi bakteria baik (probiotik) seperti yogurt dapat merangsang pencernaan yang terganggu. Jadi, dengan memakan makanan yang kaya dengan probiotik juga mampu untuk atasi sembelit yang sering terjadi kepada anda.


Jangan lupa makan vitamin, buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran. Elakkan makan makanan ringan sebarangan. Makanan juga adalah faktor utama yang mempengaruhi tubuh badan.


3. Sentiasa Mengambil Makanan Berherba Dan Berempah


Sentiasa memasukkan herba dan rempah dalam masakan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan juga dapat atasi sembelit. Ramuan ini biasanya dapat memudahkan pencernaan dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ badan seperti limpa, hati, perut dan sebagainya.


Cara atasi sembelit ini agak mudah bagi mereka yang suka makan masakan laut berempah atau yang tidak cerewet memilih makanan. Setiap bahan rempah juga memiliki keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri.



4. Sentiasa Melakukan Senaman Cangkung


Ramai yang tak tahu bahawa senaman cangkung akan memberi tekanan pada perut dan usus. Pada masa yang sama, ia akan mempercepatkan dan memudahkan kita membuang air besar. Jadi, dengan melakukan senaman ini, cara atasi sembelit dan menyihatkan bahagian perut kita memang menjadi.


5. Elakkan Pengambilan Minuman Manis Dan Kopi


Kopi biasanya mengandungi kafein. Jadi, tubuh kita akan terdedah kepada dehidrasi dengan meminum banyak kopi. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda kerap minum minuman yang manis.


Oleh itu, untuk atasi sembelit, pastikan anda tidak kerap minum air manis dan juga kopi. Okey? Tukarkan kepada minuman yang lebih berkhasiat seperti susu dan air suam je.


6. Amalkan Meminum Minyak Zaitun


Amalan meminum minyak zaitun pada waktu pagi, biasanya akan memudahkan kita untuk membuang air besar. Sekiranya di klinik atau farmasi, kita akan diberi parafin cair yang merupakan sejenis minyak sintetik supaya najis mudah untuk keluar.


7. Jangan Tahan Berak


Sekiranya anda ingin membuang air besar, pastikan anda segera ke tandas. Untuk pengetahuan anda, tahan berak tidak baik untuk kesihatan usus kita. Sebabkan itu juga, kemungkinan anda akan mengalami penyakit lain sama juga seperti kalau anda tahan kencing selalu.


Namun begitu, beberapa cara di atas boleh dilakukan untuk atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Namun, sekiranya masalah sembelit itu berlanjutan, segerakanlah berjumpa dengan doktor. Rawatan khusus akan diberikan untuk mengatasi masalah sembelit tersebut.



Cegah Sembelit Dengan Buah Kurma Ajwa Asli Madinah



Ajwa Asli Madinah adalah buah kurma Ajwa yang original ditanam di tanah Madinah. Ia mengandungi zat khasiat dan nutrisi yang sangat hebat terhadap tubuh badan. Salah satu fungsi buah kurma Ajwa Asli Madinah adalah mengatasi sembelit dan masalah pembuangan yang sukar.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran membuang dan masalah pencernaan, namun penyelesaian yang terbaik tanpa risiko adalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. 

Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, kurma Ajwa adalah makanan yang penuh dengan serat menyebabkan tubuh badan bertenaga, melancarkan darah dan melancarkan metabolisme tubuh justeru dapat mencegah dan mengatasi masalah sembelit.





Ia adalah makanan kesihatan yang wajib dan perlu diambil oleh golongan dewasa dan berumur serta kanak-kanak. Barulah sihat dan sistem pencernaan pun lancar. Nak cuba?

Pastikan anda dapatkan kurma Ajwa yang benar-benar asli dan original dari Rihura sahaja.

Harga mampu milik, berpatutan, paling penting ia adalah Kurma Ajwa Asli ditanam Di Tanah Madinah!



JOM DENGAR KISAH PUAN SHAKILA BERKAITAN SEMBELIT YANG DIALAMI:








Harga Ajwa Asli Madinah Dari Rihura

Terdapat 2 jenis Gred kurma Ajwa iaitu Gred 1 dan juga Gred VIP. Gred VIP adalah bersaiz lebih besar daripada gred 1. Isi lebih padat dan besar. Tapi kedua-duanya memang sedap!



HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH GRED 1

100G RM 10
200G RM 20
300G RM 30
500G RM 50
1KG         RM 90

==================

HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM

100g     Rm 15
200g    Rm 28
300g    Rm 40
500g    Rm 60
1kg       Rm110



Catat Ulasan

10 Ulasan

Infoawam berkata…
Wah tq sharenya
iam.umifuzy berkata…
Alhamdulillah so far tak ada masalah sembelit tapi memang betul makan kurma tu mmg elok utk mengelakkan dari sembelit mcm yg pernah kakak saya alami..
ray berkata…
sedappppp ray suke sangat !!!
Cuya berkata…
singgah sini ^^Y

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html
Rina Kifli berkata…
Terima kasih semua yang tinggalkan komen. Alhamdulillah, betul tu. SEmoga bermanfaat kurma ajwa madinah ini untuk semua. Amiiin..
Deo berkata…
Orng selalu amalkan kurma ajawa ni terutama wanita, masa bersalin anak mudah keluar..
Mrs Pip berkata…
Thanks utk info sembelit ni.
Mmg kalau sembelit, sakit dia lain macam.
Adeh...
Banyakkan bersenam n minum air putih tu mmg mujarab utk Saya.
Amirrah Othman berkata…
Kalau yang premium tu tak manis macam yang lagi satu tu kan? Ke sama je ya kak? Hihi
Zati Salim berkata…
waahh kurma..sedap nye..
Shalimar Yusof berkata…
Sha laaa tuu selalu sembelit haaa... masalah betul... ���� byk tips leh pakai nihh.. tq rin