Komited Dengan Perniagaan, Sebab Kau Ada Big Why!

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt kalian semua.

Sama ada kita berniaga sendiri, kita bekerja makan gaji, semuanya sudah pasti ada sebabnya. Ya, kalau ikut jawapan Islam, kita akan cakap kita bekerja atau berniaga kerana Allah SWT.

Tetapi kalau kita fikir dari dunia atau logik, kerana kita semua nak cari duit atau rezeki. Apapun sebab kita bekerja, itu adalah kerana Big Why kita. Ya, kita semua sebenarnya ada big why atau sebab utama yang membuatkan kita betul-betul nak buat sesuatu.

Cuma sayang, tak ramai daripada kita tahu apa big why kita dan ramai tak sedar sebenarnya dia pun ada big why. Rina pasti anda semua di sini kerana anda juga ada big why atau mungkin tengah mencari kekuatan atau inspirasi untuk terus berjuang.


Big Why Yang Kuat, Buat Kau Komited Gila-Gila



Itu jawapannya. Kalau kau buat bisnes, kau gila-gila kena komited. Sebab kau ada big why. Seseorang pasti akan ada big why. Siapa hidup dia tidak ada impian? Mungkin ada orang akan angkat tangan dan mengaku. tetapi selepas balik rumah, dia fikir nak duit, nak rumah, nak bahagia macam orang lain, nak bebas kewangan, nak ada banyak masa, itu semua big why. Apa sahaja yang korang nak, itu adalah big why.

Sekarang faham kan?


Jika Pilih Perniagaan Sebagai Jalan Hidup

Betapa ramai orang yang buat pilihan untuk berniaga dan sanggup tinggalkan segalanya kerana minat berniaga. Itu adalah pilihan. Kerana dalam hidup ni banyak pilihan tapi berniaga atau yang kita pilih.

Bisnes sendiri tak salah tetapi salahnya adalah bila kita buat bisnes tanpa ilmu. Akhirnya kita gagal dan menyalah diri serta orang lain. Mungkin ada orang berkorban untuk kita capai cita-cita kita, tapi berbaloikah pengorbanan mereka.

Ingat, ketika kita sudah pilih jalan untuk berbisnes sendiri, jangan rasa menyesal. Dugaan dan cabaran itu normal, itu semua adalah cabaran bisnes yang perlu kita hadap bila bisnes sendiri ni. 



Dan anda kena tahu kelebihan buat bisnes ni lebih banyak dari bekerja sendiri. Kena tahu tujuan sebenar anda. Kalau objektif semata-mata kerana dunia memang takkan ke mana. Pada hari pertama kita decide untuk buat bisnes sendiri, saat itu jugalah kita serah segalanya pada Allah SWT.

Kenapa? Bisnes dan kerja umpama ibadah, Tetapi bisnes atau berniaga ini adalah dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabat Nabi. Malah, isteri tercinta Nabi Siti Khadijah RA juga merupakan salah seorang peniaga paling berjaya dan kaya. Begitu juga dengan Abdul Rahman Bin Auf, Umar Al-Khattab, Abu Bakar As Siddiq dan ramai lagi.


Jadi, Apa Big Why Atau Sebab Kita Berniaga?


Apa tujuan utama anda berniaga? Perlu ada tujuannya, jika belum ada, cepat cari dan fikirkan. Sebenarnya ia bukanlah semata-mata kerana duit, nak cari rezeki dan sebagainya. Tetapi ia adalah kerana saham akhirat.

  • Dengan berniaga, kita dapat bantu bagi manfaat kepada orang lain
  • Dengan berniaga, kita dapat bantu orang yang ada masalah dan selesaikan masalah dia
  • Dengan berniaga, kita dapat bersedekah dengan banyak dari segi wang, tenaga, dan lain-lain lagi.
  • Dengan berniaga, kita dapat wujudkan peluang perniagaan dan bantu lebih ramai orang untuk beri manfaat kepada orang lain lagi
  • Dengan berniaga, kita dapat sebarkan ilmu bermanfaat juga

Banyak lagi sebenarnya, tujuan berniaga ni kita kena gali lagi. Yang pasti, ia juga adalah sunnah yang dituntut dan ia juga adalah merupakan satu ibadah buat kita juga. 

Kemudian, penting untuk kita jadikan perniagaan ini sebagai salah satu saham dunia dan akhirat. Dekat sinilah yang dikatakan kita kejar dunia dan akhirat. Tapi bila dah berniaga nanti, kita akan terasa bila kita kejar akhirat, pasti dunia akan kejar kita. Itu sudah pasti.

Jadi, apa big why korang lepas ni? Jangan lupa ya, komited dan fokus pada bisnes korang semua, Ingat big why, buat sungguh-sungguh dan sunguh-sungguh gila-gila. Capai impian bergelar jutawan dunia dan akhirat insyallah.


My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates